ROSNANI (kanan) bersama ibunya, Yatmah menikmati
bubur pulut merah kegemaran Allahyarhamah Sosilawati

Tiap Hari Tanya Kak Wati
BATU PAHAT (Berita Minggu) : Sudah hampir setahun berlalu, tetapi hati seorang ibu tetap teringatkan anaknya, meskipun Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya sudah tiada lagi di dunia ini. Wang, hadiah serta harta benda sekalipun tidak dapat menggantikan kasih sayang serta kerinduan yang dipendam seorang ibu terhadap anaknya yang saban hari dinanti kepulangannya.
Itulah yang ditanggung Yatmah Abdul Rahman, 74, yang sehingga ke hari ini masih menantikan kepulangan anak keenamnya itu. Hidupnya penuh kesunyian di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini sejak ketiadaan jutawan kosmetik itu yang pembunuhannya Ogos tahun lalu, menggemparkan negara.
Walaupun ibu tua ini kelihatan masih sihat dan ramah sekali melayan kunjungan tamu, ada riak resah dan rindu yang dapat dilihat pada wajahnya apabila sesekali dia termenung jauh ketika ditanya mengenai perjalanan hidupnya setelah ketiadaan Sosilawati.
Anak ketujuhnya iaitu adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 46, berkata walaupun ibunya dikurniakan kesihatan yang baik, ingatannya terutama membabitkan kisah tragis yang menimpa Sosilawati seolah-olah terlekat di fikirannya.
"Beginilah keadaan mak sekarang. Mungkin Allah mahu melindungi mak dengan membuatkannya seakan 'terlupa' peristiwa sedih yang menimpa Kak Wati. Namun, naluri ibu yang kuat menjadikan mak setiap hari akan bertanya di mana Kak Wati dan mengapa sudah lama Allahyarhamah tidak pulang bertemunya. Luluh hati kami setiap kali mak bertanya begitu... namun setiap kali ditanya, kami adik beradik akan segera menjawab apa yang terjadi kepada Kak Wati."
"Apatah lagi saya hampir setiap hari membawa ibu ke salun saya di sini dan apabila mak terpandang poster gambar Kak Wati yang masih tergantung, dia akan bertanya di mana Kak Wati," katanya.
Malah Berita Minggu turut berkesempatan mendengar sendiri keluh kesah Yatmah yang amat merindui Sosilawati apabila dia sekali lagi bertanyakan mengenai anaknya itu dengan Rosnani di hadapan kami membuatkan orang luar yang mendengar pasti dipagut hiba.
Antara pertanyaan Yatmah yang menyentap perasaan kami :
Yatmah : Mana Kak Wati kau Nani? Sudah lama dia tak balik, dia pergi mana?
Rosnani : Kak Wati dah meninggal mak, dia kena bunuh.
Wajah Yatmah bertukar sedih sebelum beristighfar.
Yatmah : Siapalah yang buat anak aku macam itu. Sampai hati anak orang dibunuh-bunuh... tunggulah pembalasan Allah nanti.
Namun, sebelum ini Allahyarham tidak pernah melupakan ibu dan adik beradik setiap kali sambutan Hari Ibu. "Setiap tahun mak dan kami adik-beradik akan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sambutan Hari Ibu yang setiap tahun Kak Wati adakan di hotel-hotel. Sambutan paling besar diadakan pada 2009 apabila Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mencemar duli bagi meraikan golongan ibu."
"Namun, sambutan tahun ibu yang Kak Wati adakan pada tahun lalu (2010) diadakan secara kecil-kecilan. Walaupun turut diadakan di hotel, hanya mak, anak-anaknya, adik-beradik, serta teman rapat saja diundang seolah-olah Kak Wati tahu ia sebagai majlis keraian terakhir yang dapat diadakannya untuk mak. Kini, ia semua hanya tinggal kenangan," katanya.
Ditanya mengenai hadiah bermakna yang diberikan Sosilawati terhadap ibunya, Rosnani berkata, kakaknya itu memang selalu menghadiahkan pelbagai barangan kepada ibunya termasuk baju, perabot dan barang perhiasan.
"Namun sudah tentu, ia tidak akan sama dan bernilai seperti kasih sayang sejati yang diberikan Kak Wati kepada mak selama ini. Lihatnya mak sekarang, adakah semua hadiah berkenaan masih bermakna lagi kepada dirinya, sedangkan dia masih lagi mengharap dan sentiasa menanti 'kepulangan' Kak Wati yang amat dirinduinya," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan