VVIP DENAI CINTA

29 Ogos 2011

Ramadhan 2 Zaman

Ramadhan satu nasib tak serupa,
peluangnya sama natijah berbeza..

Ramadhan mereka gembira cemerlang
,
Mukmin berjasa di awal zaman.
Ramadhan kami malam terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatanganmu
,
kami gembira dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran,
tapi malam kami muram bertemu dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrifat
,
tapi kami lesu diburu nafsu.
Hati mereka bercahaya digilap takwa,
jiwa kami gelap didera dosa.

Takbir mereka takbir kemenangan
,
hadiah mujahadah sebulan Ramadhan.
Takbir kami lesu tak bermaya,
tanda kalah lemah tak berdaya.
Puasa sekadar lapar dan dahaga...

.........................
Nasyid oleh The Zikr

27 Ogos 2011

Hasil Bumi Kelantan 'Dirompak' Lagi!!! Kelantan Dipinggir Isu Gas Malay Basin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kelantan tidak wajar dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion.

Kes Sosilawati : Ketua Pengarang, Wartawan Utusan Malaysia Diberi Amaran

SHAH ALAM, 26 Ogos : Ketua pengarang dan seorang wartawan Utusan Malaysia pada Jumaat diberi amaran supaya tidak menerbitkan sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang masih berlangsung. Mereka diperintah hadir ke Mahkamah Tinggi di sini bagi memberi penjelasan berhubung penerbitan artikel yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

25 Ogos 2011

Urusan Jual Beli Tanah Babitkan Sosilawati : Dua Pekerja Diarah Jadi Saksi Dan Nama YB Datuk Abdul Rahman Palil Turut Dikait

SHAH ALAM, 25 Ogos : Dua bekas pekerja N.Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mereka diarah menjadi saksi dalam dua perjanjian jual beli tanah di Pulau Pinang membabitkan syarikat milik jutawan kosmetik itu, walaupun tidak melihat wanita tersebut menandatangani dokumen berkenaan terlebih dahulu.

LUPUS MAYAT : Hukuman 20 Tahun Dua Lelaki Kekal

PUTRAJAYA, 24 Ogos : Keputusan Mahkamah Tinggi untuk menambah tempoh penjara dua pekerja ladang, masing-masing kepada 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.

KELANTAN Berikan Kebenaran Konsert JOM HEBOH Diadakan

KOTA BAHARU, 24 Ogos : Kerajaan PAS Kelantan buat kali kedua membenarkan konsert "Jom Heboh" tahun ini, selepas kali pertama diadakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Konsert Jom Heboh itu dijadual diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada 29 Okt.

23 Ogos 2011

ARAK, MUZIK, ARTIS WANITA, BABI DAN KERA


Abu Maalik Al Asyaari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya : Nanti ada umatku akan meminum khamr (arak) yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, akan dimainkan alat-alat muzik lalu kepala mereka bergoyang mendengar nyanyian penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan musnahkan negara mereka bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai KERA dan BABI." [Hadith sahih - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani]

22 Ogos 2011

ULAMA DAN PENJENAYAH DIBENTUK DARI RUMAH : FIKIRKAN WAHAI IBUBAPA

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya "pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini." Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata "kita kena kembali kepada Islam."

20 Ogos 2011

LULUSKAN SEGERA AKTA MURTAD!!!!!

IPOH – Akta Murtad perlu diluluskan segera bagi menyekat dan menghalang mana-mana pertubuhan agama bukan Islam mempengaruhi umat Islam supaya memeluk agama mereka. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, senario hari ini memperlihatkan umat Islam terlalu bertolak ansur atau berkompromi dengan pihak terbabit sehinggakan mereka berani bertindak sedemikian.

19 Ogos 2011

Kes Sosilawati : Penerbit Buletin Utama TV3 Diperintah Hadir Ke Mahkamah

SHAH ALAM, 19 Ogos : Sehari selepas wartawan dan editor Utusan Malaysia diperintah memberi penjelasan berhubung artikel yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan penerbit Buletin Utama TV3 pula berbuat demikian. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Manjeet, yang mewakili N.Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes itu.

17 Ogos 2011

SEGELAS Laici RM5.30 Di Restoran Mamak....???!!!

Minum air suam atau air kosong jea masa pi Restoran Mamak!!! Kalau kebuloQ sangat nak minum air Laici, pi supermarket beli je setin Laici dan hang teguk le pepuas kat umah......! hahaha~
KUALA LUMPUR, 16 Ogos :
Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici. Seorang pengadu memberitahu Bernama hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

Kes Sosilawati : Tidak Perlu Kemahiran Untuk 'Pecah' Suspek!

SHAH ALAM, 16 Ogos 2011 : Pegawai polis yang mengendalikan sesi soal siasat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu, beliau tidak memerlukan sebarang kemahiran untuk 'memecahkan' tertuduh sehingga mereka memberikan maklumat berhubung kes tersebut.

14 Ogos 2011

Larangan Guna Pembesar Suara Baca Al-Quran

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut :

12 Ogos 2011

Kes Sosilawati : Giliran Tertuduh Ke-4 Pula Dakwa Didera


SHAH ALAM : Dua hari selepas tertuduh kedua dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberi keterangan bahawa dia didera oleh polis, pada Khamis, giliran tertuduh keempat pula 'menceritakan' saat-saat getir yang dilaluinya semasa berada dalam tahanan reman. R.Kathavarayan, 31, mendakwa, penderaan secara fizikal itu berlaku pada 11 September 2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dekat sini apabila dia dibawa keluar dari lokap dan dibawa ke sebuah bilik kecil yang mempunyai sebuah meja kecil.

Kes Sosilawati : Pembelaan Mohon Pendakwaan Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah

SHAH ALAM, 11 Ogos : Pembelaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Khamis agar pendakwaan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Ini ekoran tindakan mendakwa saksi utama kes itu, U.Suresh, 27, di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memberi keterangan palsu semasa perbicaraan kes berkenaan.

10 Ogos 2011

Suresh Didakwa Beri Keterangan Palsu Dalam Perbicaraan Kes Sosilawati

SHAH ALAM, 10 Ogos : U Suresh, saksi pendakwaan dalam kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Rabu atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes itu pada Julai lepas. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

BANTUAN MENCARI GADIS HILANG

KAMPAR, 10 Ogos : Orang ramai diminta membantu mencari gadis, Seri Najwa Ferda, 17, yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu di Tualang Sekah, Malim Nawar. Menurut abangnya, Ameerul, gadis yang berketinggian 156 cm itu dipercayai membonceng motosikal yang ditunggang seorang lelaki kira-kira jam 6.00 pagi.

Katanya, kehilangan adiknya itu telah dilaporkan kepada pihak polis. Sehubungan itu, ujarnya mereka yang mempunyai maklumat berhubung adiknya itu boleh menghubunginya di talian 017-5351451 atau ibunya, Puan Seri Wang (017-5999137) serta Sarjan Norhisham (019-5162896)
. - Harakahdaily

Kes Sosilawati : Lawat Lokasi Kejadian Esok

SHAH ALAM, 9 Ogos : Pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya termasuk empat tertuduh akan dibawa melawat tempat kejadian Rabu. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Akhtar Tahir juga memerintahkan keempat-empat tertuduh iaitu bekas peguam N.Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 20, R.Matan, 21, dan R.Khatavarayan, 31, turut serta.

09 Ogos 2011

BATAL KAHWIN : Bekas Tunang Disaman RM1.1juta

KUALA LUMPUR, 9 Ogos : Seorang penjawat awam yang sanggup membeli barang hantarannya di Amerika Syarikat, menyaman bekas tunangnya bagi menuntut ganti rugi lebih RM1 juta selepas wanita itu didakwa membatalkan majlis perkahwinan mereka lima jam sebelum akad nikah dilangsungkan pada 3 Jun lalu.

Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan saman tersebut melalui peguamnya, Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam. Masran menamakan bekas tunangnya, Zulyana Mat Hassan, 28, dan bapa wanita tersebut, Mat Hassan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, sebagai defendan pertama dan kedua.

Tertuduh Dakwa Kemaluan Ditendang Dan Dicubit

SHAH ALAM, 8 Ogos : Tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia telah dipukul, diugut dan dipaksa semasa disoal siasat polis termasuk kemaluannya ditendang dan dicubit serta mulutnya diacukan dengan pistol.

08 Ogos 2011

Harga Juadah Berbuka Mahal? Jadikan Ramadhan Bulan Berjimat-Cermat Bukannya Bulan Mentekedarah!!!

Ramadhan tiba, maka bermulalah 'pesta makanan' di Malaysia. Bazar ramadhan di segenap ceruk tak kira di kota, di desa, di taman perumahan malahan di kampung-kampung...!!! Ramadhan dah jadi bulan memenuhi tuntutan selera serta nafsu makan. Harga makanan mahal...? Itu tak menjadi masalah kepada mereka asalkan apa yang dihajatkan terpenuhi untuk disantap apabila masuk waktu berbuka nanti.

Tetapi usahlah kita terlalu menurutkan nafsu makan yang membuak-buak! Contol la sikit derrrr. Andai puasa itu kita laksanakan untuk 'merasai' keperitan golongan fakir miskin yang kehidupan mereka susah serba kekurangan sentiasa kurang makan, maka janganlah di waktu berbuka kita melantak bagai tak hengat donia...!!! Kununnye masa seharian berpuasa 'rasai' keperitan fakir miskin, tapi bile masuk waktu berbuka, nahhh ambikkk kau juadahnya...!!!

Ada baiknya kita berjimat cermat di bulan yang Maha Mulia ini. Apa salahnya andai masak sendiri juadah berbuka itu lebih jimat dan berbaloi-baloi serta kebersihan juadahnya pun terjamin. Kalau nak beli juadah di luar pun, sesekali tu boleh la dan pastikan jangan terlalu menurutkan 'nafsu atau LAPAR MATA' semasa di bazar Ramadhan.
- SELAMAT BERPUASA. ELAKKAN PEMBAZIRAN DAN MENGIKUT NAFSU DI RAMADHAN KAREEM INI.

FOMCA Akui Juadah Berbuka Lebih Mahal
KOTA BHARU, 7 Ogos
: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mengakui berlaku peningkatan harga makanan pada Ramadan ini. Timbalan Presiden Fomca, Ahmad Othman berkata, kenaikan harga makanan berlaku berikutan harga bahan mentah meningkat sekarang.

Gereja Lebih Cepat Salur Bantuan

Apa sudah jadi? Mengapa susah dan sukar sangat bantuan disalurkan kepada umat Islam yang memerlukan? Sehingga mereka lebih senang berurusan dengan pihak gereja untuk meminta bantuan.....?

BANYAK SONGEH | K
UALA LUMPUR : "Kita sedih perkara ini berlaku, malah ada yang menelefon saya pagi tadi (semalam) memberitahu bagaimana dia diperlekehkan ketika meminta bantuan daripada pihak berkuasa sedangkan katanya pihak gereja cepat bertindak."

06 Ogos 2011

3 Kesan Cap Jari Ditemui Dalam Kereta BMW Milik Ahmad Kamil

SHAH ALAM, 5 Ogos : Seorang pegawai forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Jumaat bahawa tiga kesan cap jari ditemui di dalam kereta jenis BMW milik Ahmad Kamil Abdul Karim, peguam yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang ditinggalkan di tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, Subang Jaya pada tahun lepas.

05 Ogos 2011

Aku Bukan Yang Terbaik Di Kalangan Kamu Namun Andai Ada Yang Baik Dari Kata-Kataku, Maka Dengarilah.....

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - Imam Hasan Al-Basri

Kes Sosilawati : Saksi Nampak Empat Lelaki Buang Barang Di Beberapa Lokasi Di Banting

SHAH ALAM, 4 Ogos : Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Khamis bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lepas.

04 Ogos 2011

Saksi Dengar Wanita Menjerit Malam Sosilawati Dibunuh

SHAH ALAM, 3 Ogos : Seorang pembantu rumah warga Indonesia memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau mendengar dua kali jeritan wanita di kawasan ladang di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat.

Saksi pendakwaan ke-33, Siti Hamidah Karnax, 18, berkata beliau mendengar jeritan wanita itu pada kira-kira pukul 9 malam, 30 Ogos 2010 semasa sedang mengisar adunan tose, sejenis makanan kaum India, di dalam asrama pekerja di ladang itu. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani apakah reaksi beliau selepas mendengar jeritan itu, Siti Hamidah berkata beliau buat biasa sahaja manakala yang lain di dalam asrama itu sedang menonton televisyen dan menikmati tose.

02 Ogos 2011

Rakaman Percakapan Terhadap Suresh Dilakukan Dua Kali

SHAH ALAM, 1 0gos : Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa rakaman percakapan saksi utama pendakwaan U.Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dilakukan sebanyak dua kali.

Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Mohd Ishak Yaakob, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bersetuju dengan cadangan peguam bela Manjeet Singh Dhillon bahawa rakaman yang dibuat pegawai perakam, ASP Ong Seng Keong, pada 26 Okt 2010 adalah kali kedua.
Related Posts with Thumbnails