VVIP DENAI CINTA

13 April 2010

BUDAK GATAL NAK BERLAKI DAKWA TERKENA ILMU HITAM?

HALIMATON BATAL HASRAT KAHWIN
ALOR SETAR : Pelajar pintar (pintar ke? atau bingai?), Halimaton Abd Rashid, 15, yang kini dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kaunseling, membatalkan hasratnya untuk berkahwin sebaliknya mahu menyambung semula persekolahan dan menumpukan pada persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), hujung tahun ini.

Halimaton, yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 22 Mac lalu, kerana ingin berkahwin dengan teman lelaki yang melarikannya, kini mahu kembali ke sekolah dan mengikuti pelajaran seperti biasa.

Dia yang dibawa pulang oleh keluarganya dengan bantuan kakitangan JKM dan polis Jumaat lalu, dikatakan merindui alam persekolahan, termasuk rakan dan gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang.

Sumber yang rapat dengan keluarga gadis terbabit memberitahu, Halimaton yang sudah kembali ke pangkuan keluarganya kini beransur pulih dan dia semakin tenang selepas mendapat rawatan tradisional dan menjalani sesi kaunseling yang diberi oleh JKM. "Ketika pertemuan pertama selepas menghilangkan diri, Halimaton sering menangis dan meminta maaf kepada keluarga terutama ibunya. Dia menyesal kerana melakukan kesilapan sebelum ini selain mendakwa segala yang berlaku sebelum ini tanpa disedarinya."

"Dia juga amat merindui rakan dan guru di sekolahnya selain ingin kembali bertemu dengan anak jiran yang mengikuti kelas Matematik yang dikendalikan Halimaton sendiri sebelum ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam. Katanya, Halimaton juga terkejut dengan laporan akhbar mengenai kisah dia ingin berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dan ternyata dia amat sedih kerana semua itu berlaku tanpa disedarinya. "Dia sebenarnya amat terkejut kerana bagi Halimaton, itu bukan dirinya yang sebenar," katanya.

Difahamkan JKM Kedah juga akan membantu membawa Halimaton kembali untuk melanjutkan pelajarannya dengan kemungkinan dia ditukar ke sekolah lain demi masa depannya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi berkata, tempoh reman teman lelaki pelajar pintar itu tamat hari ini. Difahamkan, penyelia restoran di Langkawi itu yang ditahan polis sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kerana menyebabkan kehilangan Halimaton serta menyimpan kad pengenalan gadis berkenaan.

Semalam, akhbar ini melaporkan Mohamad Noor ditahan polis pada Jumaat lalu. Dia ditahan di rumahnya oleh sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi sebelum dihantar ke IPD Kuala Muda. - BERITA HARIAN


UPDATE / BERITA SUSULAN :
TEMAN LELAKI HALIMATON DISAMBUNG REMAN [KLIK]
Berita Harian 14.04.2010

.........................................

Hari tu gi buat laporan polis terhadap mak
dan kakak kau,
kau tak 'sedar' ke budak?

Ini bukan kes Ilmu Hitam atau Ilmu Pengasih. Ini kes Cinta Buta punya pasal. Mohamad Noor jugak yang jadik mangsa. Terkontang kanting seorang diri. Budak pompuan ni, ternyata cukup pintar melepaskan diri dan meletakkan kesalahan hanya kepada Mat Noor. Nasib kau la Mat Noor. yang kau pi cari budak hingusan untuk dibuat bini tu kenapa?

6 ulasan:

Unknown berkata...

[b] xtahu menahu pasal cerita ni..
dia wat laporan ape kat mak ngan kakak dia b4 diz? [/b]

Rohaifi Azri berkata...

Laporan PENAFIAN ke atas laporan yang telah mak dia buat la. Mak dia buat laporan polis dia dilarikan. Dia buat laporan balas yang dia pergi SECARA RELA... Camtu la lbh kurang... Cari artikel kalo rajin, ada dlm ni... tQ ;)

shapoji berkata...

dulu kat skolah aku rami yg kawin awal...tue pon dan sebab bunting la...gatal sgat nak buat...tapi yg pandai2 takder berperangai camtue...sumer yg buat gitu budak kelas last2 dan sosial...paling awal kawin umur 15 thun dan tak amik result PMR dorang sebab yg betina dah sarat...

Tanpa Nama berkata...

bdk halimaton neh kwn aku tyme skolah rendah.. kami men softball sama2.. x sangka lak aku dya jadik cmni skarang neh...sedeyh gak la tgk kwn jadik cmnehh.... sian kat adam jadi mangsa......

Rafi Harumin berkata...

aku tak tau sapa betul sapa salah tapi tindakan dia lari semata mata nak kawin & membelakangkan orang tua dia tu yang buat aku sedih & rasa nak bagi pelempang... mudah mudahan dia sedar sesedar sedarnya...

kamalHS berkata...

kalau pmr power tak blh kate pandai... sebab pmr abcd... nasib die je tu die tembak tepat dapat la 9A...

Related Posts with Thumbnails