VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makluman. Papar semua catatan

31 Mac 2012

Temui Kartunis Anti Lynas Di Kuantan HARI INI!!!

WARGA KUANTAN datang beramai-ramai untuk memberi sokongan dalam menjayakan Program amal "Kartunis Anti Lynas" bersama Zunar, Jonos, Johhny Ong, Azmie Taha, Abdullah Jones, Azman Md Noh dan ramai lagi di Kuantan pada 31 Mac 2012. Program seperti pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi melukis kartun, karikatur wajah percuma untuk orang ramai.

LOKASI :
BALOK - Dewan Balok Putra, Balok (belakang Petronas) (jam 3.00ptg - 5.00 ptg)
PANTAI TELUK CEMPEDAK - 8.00 mlm

27 Mac 2012

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK ADIK MAWAR

SHAH ALAM : Wang terkumpul bagi membantu kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit kini mencecah RM4,572. Ibunya, Sahida Ramli berkata, beliau bersyukur kerana jumlah itu semakin bertambah berbanding kelmarin hanya RM457.
Menurut Sahida, disebabkan beberapa kesulitan dialami mereka yang ingin menghulurkan sum­bangan melalui akaun Bank Islam, sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki di nombor akaun 1622 5471 9300. "Ramai hubungi kami memberitahu ada kesulitan, jadi, kami harap sesiapa yang mahu beri sumbangan boleh menggunakan akaun ini," katanya. - SINAR HARIAN

20 Mac 2012

Gadis Diculik Di Kuantan


Bersama membantu mencari adik ini.
Semoga dia selamat dan segera dijumpai!!!

Jenayah di mana-mana, berwaspadalah!!!

07 Mac 2012

TABUNG Adik Nur Suhaila - Bersama Kita Membantu

KOS RAWATAN KESELURUHAN RM60,000
SETAKAT INI, RM13,000 BERJAYA DIKUMPUL

SHAH ALAM, 6 Mac 2012 :
Sejak kisah adik Nur Suhaila Tukijan, 15, yang menghidap 'Congenital Disorder' dipaparkan dalam Sinar Harian 22 Februari lalu, sumbangan orang ramai meningkat kepada RM13,000 hingga petang semalam.

25 Februari 2012

Wajib Baca Sekiranya Anda Ingin Hadiri HIMPUNAN HIJAU 2.0

Ada yang akan turun HIMPUNAN HIJAU 2.0 di Padang MPK 4 esok (24 Februari 2012)? Persiapkan diri sebelum turun ke medan, baca ini dahulu :

Soalan Lazim Ditanya (FAQ)

1. Apakah matlamat kami? Kita akan bertemu di padang MPK 4 untuk menunjukkan bahawa 20,000 orang rakyat Malaysia berganding bahu mempertahankan tanah air kami daripada "penjajahan toksik" syarikat asing. Sesiapa yang tidak ingin memandu ke tapak padang MPK4 boleh meletakkan kenderaan di pusat bandar dan berjalan ke sana. Ini akan mengambil masa kira-kira 20-30 minit.

14 Februari 2012

MENGAPA GANTUNG PATUNG BAWAH KERETA?

Mengapa ada yang 'pandir' gi gantung atung bawah kereta? Tak cukup gantung kat cermin (dalam kereta) dibantainya pula gantung bawah kereta. Mula-mula tengok, aku 'bersangka-baik' dengan mengatakan tentu pemilik kereta tu mengamalkan VOODOO agar orang yang dipedajaikannya tu merasa pening-pening lalat terhoyong-hayang macam patung yang digantungnya tu.

Rupa-rupanya, amalan menggantung patung ni memang ada dalam kepercayaan masyarakat bukan Islam di negara jiran kita. Melalui perkongsian di internet, maka aku terjumpa dengan persoalan dan jawapan mengapa ada yang menggantung patung di bawah kereta mereka.

11 September 2011

13 Julai 2011

Honda Civic Plat WSE983 Dilarikan Penjenayah

13 Julai 2011 : Honda Civic Warna Silver WSE 983 telah hilang pagi tadi. Sesiapa yang terjumpa dan terlihat kereta ini sila hubungi talian 016 210 2478 atau hubungi Pihak Berkuasa berdekatan. Sila sebarkan berita ini. Terima kasih.

Sumber : Topeng Perak Unmasked
Related Posts with Thumbnails