VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label ROYALTI PETROLEUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROYALTI PETROLEUM. Papar semua catatan

18 Januari 2012

KERAJAAN PUSAT TIDAK AKAN MERASA SESEN PUN HASIL PETROLEUM JIKA KELANTAN TIDAK BERADA DALAM PETA MALAYSIA!!!



UMNO MEMBELA BANGSA? ATAU KALIAN SEKADAR MEMENUHKAN TEMBOLOK?!!! KELANTAN MAJORITI UMATNYA ADALAH MELAYU ISLAM, KENAPA MELAYU KELANTAN DIPINGGIRKAN OLEH UMNO YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU?

KENAPA RAKYAT KELANTAN DINAFIKAN HAK UNTUK MENDAPAT ROYALTI PETROLEUM? JIKA KELANTAN TIDAK BERADA DALAM 'PETA' MALAYSIA, MAKA KERAJAAN PUSAT LANGSUNG SESEN PUN TAKKAN MERASA HASIL PETROLEUM!!!!! UMNO USAH MENJADI PETUALANG, ANJING DAN BAJINGAN...!!!! USAH DINAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN. KEMBALIKAN HAK ROYALTI PETROLEUM KEPADA KAMI RAKYAT KELANTAN!!!!!!!

DATUK PADUKA HUSAM MUSA : "Kenapa Kelantan dianak-tiri, padahal kita sama-sama rakyat Malaysia, sama-sama satu komponen daripada Malaysia, ini penganiayaan yang berterusan sejak daripada zaman orang putih. Orang putih telah pinggirkan Kelantan, jalan-jalan Kelantan tidak dibina dengan baik, (landasan) keretapi dibina kemudian, pelabuhan tak ada, airport tidak diberi taraf antarabangsa, universiti pun baru kebelakangan ini dibuat di Kelantan, jadi sampai bila orang ISLAM Melayu Kelantan patut dianak-tirikan."

"Satu saja cara kita boleh membetulkan keadaan ini, iaitu 14 kerusi PARLIMEN di Kelantan kita kena menang, supaya dengan itu Pakatan Rakyat boleh memerintah Putrajaya dan segala dasar, diskriminasi, dan pilih kasih yang berlaku selama ini dapat kita betulkan dan Kelantan akan diberikan hak untuk dapat royalti petroleum ini pada hari pertama kita dapat membentuk kerajaan."

"DAN JANGANLAH SEBAHAGIAN KAMU MEMAKAN HARTA SEBAHAGIAN YANG LAIN DI ANTARA KAMU DENGAN JALAN YANG BATHIL DAN (JANGANLAH) KAMU MEMBAWA (URUSAN) HARTA ITU KEPADA HAKIM, SUPAYA KAMU DAPAT MEMAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA HARTA BENDA ORANG LAIN ITU DENGAN (JALAN BERBUAT) DOSA, PADAHAL KAMU MENGETAHUI." [AL-BAQOROH : 188]

16 November 2011

Tiada Sebab Nafikan Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan!!!

Allahyarham Kamarulzaman Abdullah
(Mantan Presiden Gamis)


ROYALTI : GAMIS Simpati Nasib Rakyat Kelantan
K
UALA LUMPUR, 16 November : Tidak ada sebab kenapa rakyat Kelantan dinafikan hak mereka untuk menerima wang saku hasil dari bumi mereka, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan. "Gamis yakin anak muda dan mahasiswa pada hari ini celik dan sedar apa yang berlaku seolah orang yang membajak tanah rumah kita untuk pertanian namun yang mendapat hasil dan tuaian ialah rumah jiran sebelah," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, isu royalti minyak adalah suatu tuntutan asasi dan perjuangan hak rakyat Kelantan. Tambahnya, terbaru ialah penemuan Telaga Surya dan Telaga Bumi dari Blok PM 301, North Malay Basin yang mengeluarkan 60,000 tong sehari atau 21.6 juta tong setahun.

Katanya, pendapatan keseluruhan dua telaga ini adalah sebanyak RM5.24 billion setahun mengikut harga pasaran minyak mentah dunia dengan andaian harga minima USD80.00. "Sekiranya 5% royalti diberikan, ini bermaksud RM262 juta setahun dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan," katanya.

Menurutnya, projek pembinaan lebuhraya yang sangat ditunggu-tunggu dan menjadi keperluan rakyat boleh dilaksanakan segera jika wang royalti itu diberikan. Hal ini, ujarnya termasuk juga bantuan rakyat termiskin dan program pembangunan lain dapat dilaksanakan.

Lebih menyedihkan, tambahnya ialah apabila ada nyawa yang terkorban dalam usaha menuntut royalti rakyat Kelantan ini. Ini ekoran bekas Presiden Gamis dan aktivis masyarakat, iaitu Allahyarham Saudara Kamarulzaman Abdullah yang terlibat dalam kemalangan maut setelah pulang dari menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Kami mendesak agar pihak kerajaan pusat menilai dan pertimbangkan hak rakyat Kelantan ini tanpa sempadan politik dan mengutamakan keperluan rakyat daripada parti yang memerintah. Jika Perdana Menteri dapat tunaikan hasrat rakyat Kelantan ini, baru kami rasa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' boleh digunapakai dalam pentadbiran kerana situasi sekarang ialah 'rakyat dipinggirkan, pencapaian politik diutamakan' akibat kepentingan yang ada," katanya. - Harakahdaily
Related Posts with Thumbnails