VVIP DENAI CINTA

08 April 2010

CARI DUIT SELUK COLI

PEKAN : “Saya terpaksa menyimpan wang saku dalam kasut kerana mereka pernah menyeluk ke dalam coli saya untuk mencari wang,” kata Norizan Janal Abidi, 15, pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang menjadi mangsa buli empat pelajar lelaki sebaya, semalam. Kejadian malang itu menimpa pelajar tingkatan tiga terbabit hampir tiga bulan lalu sejak dia bertukar ke sekolah berkenaan pada pertengahan Januari lalu.

Kemuncaknya apabila empat pelajar berlagak samseng itu menumbuk serta melibas punggung mangsa dengan kerusi apabila mangsa mengadu perkara itu kepada pengetua selepas waktu rehat, semalam.


Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa bercuti tiga hari berikutan lebam di pangkal leher dan bengkak urat pinggul menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis. Menurut Norizan, dia bukan satu-satunya mangsa kepada empat pelajar terbabit, malah beberapa lagi pelajar lain turut menjadi mangsa buli mereka termasuk dipukul dan meminta duit.


“Mereka turut mengugut kami supaya jangan berani melawan Geng Kapak iaitu kumpulan yang disertai mereka menyebabkan kebanyakan mangsa tidak berani membuat aduan kepada pihak sekolah."

“Kejadian menimpa saya itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari selepas mereka tiba-tiba menyerang dan memukul saya kerana berang dengan tindakan saya mengadu kepada pengetua mengenai kegiatan mereka,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. Ibu mangsa, Jelamah Abdullah, 40, pula berkata, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan polis selain berjumpa pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu. - HARIAN METRO

................................

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Umur baru setahun jagung tapi perangai masing-masing macam setan! Apa sudah jadi dengan pelajar-pelajar kita? Kementerian berkaitan sewajibnya memantau dan mengkaji dengan seberapa segera serta mengubah modul pendidikan negara yang nyata GAGAL dalam membentuk akhlak anak-anak remaja kita.

Jika keadaan berterusan begini, apakah hasrat KERAjaan untuk melahirkan MODAL INSAN BERKUALITI akan tercapai?!!! Jangan nanti yang lahir hanya insan rendah akhlak yang SIFAR MODAL INSAN! -wallahu a'lam-

3 ulasan:

I_Hate_Lolipop berkata...

ya allah..takde keje ke apa budak2 tu.

Rohaifi Azri berkata...

siap ada geng pulak tu, buli dan cabul budak pompuan. budak2 camni elok sumbat jea kat sekolah henry gurney!
.
tapi kerajaan pun perlu perhalusi, kenapa sekian ramai budak2 remaja skrg ni terlibat dengan permasalahan sosial..

shapoji berkata...

kat pahang lagi...opps org pahang jgan terase...no offense...

pengetua pon cam bodo jer...kenape budak tue bulih tahu dier report...rahsia la sket...mmg bodo...
sian budak tue...ker kepala dier pengetua...budak 4 org tue hye kuli jer...

nasib ko la budak skolah tue..

Related Posts with Thumbnails