VVIP DENAI CINTA

18 April 2010

ACHIK SPIN MAUT KEMALANGAN


Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV)
yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali

sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri

di KM 14, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)

dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA


Keluarga Allahyarham berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

SEREMBAN, 17 April : Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002. Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut. - BERNAMA

........................

17.04.2010

Allahyarham dilaporkan ceria sepanjang rakaman 'live' GAH 1 di RTM1 dan sempat bergurau dengan pasangan duet serasinya Siti Nordiana (Nana) dan krew RTM sebelum keluar meninggalkan studio RTM pada jam 5.30ptg.


Namun Allah swt lebih menyayangi Allahyarham. Persembahan 'live' arwah bersama Nana dengan dendangan lagu 'CARI KETENANGAN' pastinya meninggalkan SEJUTA KENANGAN kepada peminat-peminat arwah... al-Fatihah.

........................

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham terutama isteri dan anaknya. Semoga sabar dengan pemergian arwah dan bersama berdoa semoga arwah ditempatkan Allah swt di kalangan hamba-NYA yang soleh. Al-Fatihah.

1 ulasan:

coach ismail berkata...

asmekom,kpda yg brkenaan dgn arwah achik spin..?
kpda,isteri dan anak arwah.. jgn menolak/kesal takdir yg tlah dtntukan oleh ilahi kpda arwah dgn pmergiannya yg tlah ditentukan masenya.....?
banyakan brdoa kpda arwah smoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T. sgala yang brlaku didlm sklip mata ini smestinya ada rahmatnya...
anggaplah ini sbagai ujian dr allah kpda hamba2nya...?
arwah pergi krna dsayangi oleh allah..?
pertemuan dan perpisahan..
ajal dan maut..
ditentukan olehnya dgn itu tdak usahlh drsaukn lagi... ARWAH ADALAH HAMBA YG DISYGI..
sesamalah kite semua brdoa khadrat ilahi semoga roh arwah dicucuri rahmat dan dtempatkan org2 yg briman....dsyurga
AL-FATIHAH....
AMIN....
ismail buang (jb)
ismail_coach.1986@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails