VVIP DENAI CINTA

15 April 2010

APAKAH PELAJAR BINGAI INI DIROGOL?

Akhbar Berita Harian keluaran hari ini, 15 April 2010 melaporkan : Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rogol membabitkan teman lelaki kepada pelajar pintar dan menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan terhadap lelaki berusia 19 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Beliau berkata, lelaki bekerja sebagai penyelia restoran di Langkawi itu dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin. "Polis sudah melengkapkan siasatan kes berkenaan dan kertas siasatan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menunggu tindakan lanjut. Kita masih menunggu arahan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, sempena Hari Polis ke-203, semalam.

Ditanya sama ada keluarga itu turut disiasat kerana bersubahat menyebabkan kehilangan gadis berkenaan sejak 22 Mac lalu, Syed Ismil berkata, siasatan kes itu tidak ada kaitan dengan keluarga lelaki berkenaan. "Siasatan kes ini tidak membabitkan ahli keluarga lelaki itu," katanya.

.............................................



Kronologi kes mengikut laporan akhbar :

  • Pelajar BINGAI ini dilaporkan hilang pada 22 Mac 2010. Dan satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga pelajar ini dan pihak polis telah menyatakan : yang pihaknya sudah membuka kertas siasatan kes selepas menerima laporan kehilangan Halimaton. Katanya, kes disenaraikan sebagai orang hilang dan gambarnya sudah diedarkan ke balai polis di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai membantu mengesan mangsa.
  • Berita Harian 31 Mac 2010 menyiarkan berita dan gambar pelajar BINGAI ini membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Teriang sebagai menafikan laporan polis yang dibuat keluarganya sebelum ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan yang dihubungi mengesahkan menerima kedua-dua laporan itu.
  • 01 April 2010 akhbar Berita Harian melaporkan satu pertemuan di antara keluarga pelajar BINGAI ini dan keluarga teman lelakinya diadakan bagi mencari jalan penyelesaian. Pertemuan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. Perbincangan itu yang turut disertai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Langkawi, Asisten Superintendan Ismail Ibrahim. Gagal mencapai sebarang penyelesaian apabila Halimaton dikatakan enggan kembali ke pangkuan keluarganya.
  • Ketua Pemuda Umno bahagian Langkawi, Norsaidi Nayan yang turut berada di situ mengambil inisiatif membawa kedua-dua belah pihak menyambung rundingan di rumahnya
  • Akhbar pada 02 April 2010 menyatakan : Perbincangan kedua di rumah Ketua Pemuda Umno Langkawi, Norsaidi Nanyan yang turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah menyaksikan kedua-dua pihak lebih bertolak ansur dan mencapai kata sepakat bersetuju pasangan itu berkahwin dalam tempoh terdekat.
  • 12 April 2010 : Teman lelaki Halimaton Abdul Rashid, pelajar pintar yang melarikan diri untuk berkahwin, ditahan polis pada Jumaat (09 April) lalu untuk disiasat kerana disyaki melarikan pelajar berkenaan daripada penjaganya.
  • 13 April 2010 : BATALKAN HASRAT BERKAHWIN DAN KONONNYA TERKENA ILMU HITAM. Halimaton Abd Rashid, 15, yang kini dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kaunseling, membatalkan hasratnya untuk berkahwin sebaliknya mahu menyambung semula persekolahan dan menumpukan persiapan untuk menduduki PMR.
  • 14 April 2010 : Berita Harian melaporkan teman lelaki Halimaton disambung tahanan reman.
  • 15 April 2010 : Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rogol membabitkan teman lelaki kepada pelajar pintar dan menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, semalam.
.............................................

Terserah kepada anda untuk membuat penilaian terhadap kes ini. Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis pada 22 Mac 2010. Dan pelajar ini tampil dan seolah membuat 'sidang media' selepas membuat laporan polis bersama teman lelakinya di Balai Polis Kuala Teriang, Langkawi.

Mengapa pihak polis tidak dari awal lagi mengheret pelajar ini serta teman lelakinya 'kemuka pengadilan' berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh keluarga Halimaton? Mengapa masih terhegeh-hegeh untuk kononnya mengadakan perbincangan di
Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. Perbincangan itu turut disertai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Langkawi, Asisten Superintendan Ismail Ibrahim.

Dan apa pula relevannya campurtangan pihak Pemuda Umno Bahagian Langkawi yang dilihat tidak sehebat PERKASA dan PEKIDA apabila seolah tunduk sahaja dengan kehendak 2 budak hingusan ini?

Nasi sudah menjadi bubur. Dan kemungkinan pelajar ini telah DIROGOL! Bila dia dirogol, di mana dia dirogol, kita tunggu setelah kes ini dibawa ke mahkamah. Diharap pihak semua pihak mengambil perhatian terhadap kes ini agar usah lagi berulang :
  • Sewajarnya pihak polis Daerah Langkawi memberikan kerjasama dan bertindak dari awal ke atas teman lelaki dan Pelajar BINGAI ini kerana laporan telah dibuat pada 22 Mac 2010 lagi.
  • Membiarkan pelajar BINGAI ini untuk terus tinggal di rumah keluarga teman lelakinya adalah satu kesilapan besar yang boleh mengundang perlakuan maksiat dan serangan seksual.
  • Kemana perginya peranan Jabatan Agama Islam. Apakah hanya menutup mata apabila pasangan kekasih boleh tinggal serumah (walaupun ada ahli keluarga lain, maksiat tetap boleh berlaku!!!)
  • Kementerian yang kononnya berjuang mengenai hak-hak wanita juga nampaknya diam membisu. Agaknya menunggu pelajar ini dirogol barulah mahu membuka mulut!!!

6 ulasan:

♥MiSs WaFa♥ berkata...

ye..sy mmg 200 prts sokong apa yg tuan blog ni tulis.bila dh jadi perkara2 x elok ni mulalah nanti org tu salahkan orang ni..erm.budak ni xlayak pgg title pintar.sapa yg bg gelaran pintar kat bdk ni mmg xptt la.adoi.apa nak jd la bdk ni.bru 15 tahun dah galok...sian mak dia..mmg kuat ksabaran mak dia menangung malu anak dia

Tanpa Nama berkata...

Ni apa punya BINGAI & TOLOL yg budak NGLETIS GATAL BIJIK diberikan GELARAN BUDAK PINTAR... Ni bukan budak PINTAR la NI BUDAK BAHLOL...

Tanpa Nama berkata...

Herm nk salahkan mane2 pown xtau..
masing2 yg terlibat tau apa sbenarnya yg terjadi..mgkin kenyataan ini dibuat untuk kepentingan sesebuah pihak..hanya tuhan yg tahu apa sebenarnya yg berlaku..kita hy mendengar namun tidak semestinya percaya..

Tanpa Nama berkata...

terkena ilmu hitam konon.. pigi dah..

Myst3Rious!! berkata...

hurmm apa la nk jadi dunia skrg ni.. aish takotnya adakah kiamat makin hampir

Tanpa Nama berkata...

sape ada anak perempuan ,,,pada umur2 belasan tahun hormon gatal bermula la.lagi dikongkong lagi la dia memberontak.kene2 pulak terkene cium ke atau apa2la.pasti nak tambah sikit lagi dan lagi sampai buncit barula sesal konon dan sijantan pasti punya alasan.pompuan punya rambut panjang sbbtu pikir pendek,,,laki2 rambut pendek sbb tu pikir panjang .yang lahabaunya asyik nak aniaya pompuam.Jgn cakap kene didik pasal agama kuat2,,,,bila dah kene sidrom ni semua dibuang tepi.kalau dah belendiak tu kene jaga2 la

Related Posts with Thumbnails