VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label PENGGUNA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGGUNA. Papar semua catatan

30 Oktober 2012

HARAMKAN SHISHA - Sama Bahaya Dengan Rokok!

Shisha oh shisha. Entahla, aku bukan penghisap shisha dan setakat ni tak pernah teringin untuk menenyedutnya sebagaimana rokok yang juga tidak mampu membangkitkan ghairahku untuk menikmatinya. Buat sahabat yang menghisap rokok mahupun shisha, cubalah seboleh mungkin untuk mengurangkan dan andai boleh berhentilah dari tabiat menghisap 2 benda yang memudaratkan kesihatan ni..... Tubuh ini hanya pinjaman dari ALLAH SWT, jagalah ia sebaiknya.

CAP Gesa HARAMKAN Shisha Mudarat Kesihatan
KUALA LUMPUR : Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

12 September 2012

JIJIK DAN MEMALUKAN - Tandas Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 WAJIB DIBAIK-PULIH DAN DINAIK-TARAF!!!

AMARAN : Jika anda sedang menikmati juadah, jangan dilihat gambar-gambar dibawah ini kerana dibimbangi ia membantutkan selera makan anda.

Apa sudah jadi? Pahang Darul Makmur, mampu menyediakan jutaan Ringgit Malaysia (RM) untuk menyediakan prasarana sukan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2012. Tetapi amat malang apabila Masjid Sultan Ahmad Shah 1 yang merupakan MASJID NEGERI di negeri kelahiran Perdana Menteri 1Malaysia ini amat dhaif dan meloyakan...!!!

Amatlah diharapkan agar sesuatu dapat dilakukan untuk membaik-pulih tandas-tandas di Masjid Negeri ini kerana ia merupakan tempat tumpuan umat Islam di bandar Kuantan untuk mengerjakan ibadah. Masjid ini juga kerap dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri Pahang. Amat memalukan apabila tandas di masjid yang cukup gah ini nyata begitu kotor dan paip serta pam tandasnya ada yang langsung tidak berfungsi.

Menteri Besar Pahang, sesekali jenguklah permasalahan di masjid yang letaknya hanya bersebelahan dari pejabat anda di Wisma Sri Pahang.

Gambar-gambar ini dirakam pada 12 September 2012, sekitar jam 5:50 petang di tandas lelaki. Hampir 80% tandas tidak dapat digunakan!!! Masalah pam tandas rosak, pintu tercabut dan paip tidak berfungsi. Sesuatu harus dilakukan. TANDAS MASJID NEGERI PAHANG INI WAJAR DIBAIK-PULIH DAN DINAIK-TARAF SEGERA...!!!!!

Banyak tandas yang ditinggalkan 'khazanah berharga'.



Pintu tandas tercabut dan lihatlah najis-najis yang memualkan ini.
Inikah imej tandas Masjid Negeri?

Paip tidak boleh digunakan!!!


Pintu bilik mandi turut rosak...!!!
Keadaan bilik mandi juga amat menyedihkan!!!


Apa sudah jadi.....?

20 Mac 2012

Alahai Pizza Hut Delivery - Servis Mengecewakan

Pizza Hut Delivery atau ringkasannya PHD (bukan Perasaan Hasad Dengki ye). Teruja jugak nak mencuba servis PHD ini. Aku tak la buat panggilan supaya Pizza dihantar ke rumah, cuma kebetulan melalui premis PHD ini di Indera Mahkota (Kuantan), maka aku terus menapau pizza untuk dibawa balik. Servis OK dan pantas, cuma agak kecewa apabila membuka kotak pizza ini sebaik sahaja sampai di rumah.

Ini gambar risalah iklannya. Memang syok je tengok gambar pizza ni. Ditambah dengan harganya yang cukup berbaloi untuk dua pizza regular + 2 sup. So tanpa ragu-ragu, menu Double deals ini aku pilih.


Sebaik sahaja kotak dibuka... adeh! Entri ini aku tulis bukan untuk menghina makanan ini (apatah lagi pizza ini tetap aku, isteri dan anak-anak makan sampai habis - dah beli, makan je la), tetapi entri serta gambar-gambar ini aku paparkan untuk menyatakan kekecewaan terhadap penyediaan pizza oleh pihak Pizza Hut Delivery. Amat tidak wajar sama sekali pihak PHD menyediakan pizza sedemikian kepada pelanggannya.

Andai tidak mampu menyediakan pizza sebaik yang terpapar di dalam risalah iklan, cukuplah pizza yang disediakan menyamai mutu pizza yang dihidangkan kepada pelanggan yang makan (dine-in) di restoran-restoran Pizza Hut.

Mentang-mentanglah kami beli tapau/take away/delivery, maka pizza yang disediakan pun ala-kadar je. Pihak Pizza Hut Malaysia sewajarnya memantau cara penyediaan serta cara kerja staf sama ada di restoran mahupun di premis seperti PHD ini. TITIK-BERATKANLAH kualiti kerana kami sebagai pengguna mengharapkan hidangan yang bermutu serta berkualiti setiap kali berkunjung di sini.

Keras dan liat jugak la pizza ni...... :)




Tapi aku pelik jugak, kenapalah aku ni banyak sangat pengalaman yang agak tak menarik setiap kali berkunjung ke premis Pizza-Hut. Sebelum ini pernah juga alami dengan servis buruk sebegini sebagaimana yang pernah aku nukilkan dalam entri dengan tajuk Pizza-Hut Atau Setepatnya Pizza-jaHAT? Namun pengalaman itu tidaklah seperti pengalaman seorang pensyarah yang makan Spageti Bolognaise dengan harga RM55,000.00 di Pizza-Hut...!!! :)

16 Mac 2012

Kaki Lipas Dalam Spageti Bolognaise Pizza Hut : Ganti Rugi RM55,000 Kepada Pensyarah


PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognaise' yang mengandungi kaki lipas.

02 Februari 2012

Jarum BOM JANGKA Telah Bergerak Untuk Rakyat Pahang - Lynas Dibenar Beroperasi!!!

"Hari ini kita menerima berita yang sangat dukacita, sedih dan marah apabila kerajaan meluluskan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang, dalam keadaan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh EIA dan EALB masih belum dipenuhi."

"Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut."

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300,000 warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2km dari kilang, bagaimana kalau minyak sawit kita tercemar, ini akan menjahanamkan masa depan warga felda dan terlalu besar untuk digambarkan."

"Kenapa kerajaan mengambil projek yang terlalu besar rasiko untuk rakyat ini, dan semalam lesen pra operasi telah diluluskan, bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak." - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Pengerusi Eksekutif Lynas Berniat Jahat
KUALA LUMPUR, 1 Februari : PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah Salleh dan PKR sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.

29 Januari 2012

KAKI KANAK-KANAK TERCUCUK SKRU TAJAM DI JUSCO BUKIT TINGGI

KECUAIAN SEBABKAN KECEDERAAN DI JUSCO BUKIT TINGGI - HARAKAHDAILY
Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil
Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi. Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.


10 Januari 2012

SAMSUNG Keluarkan Telefon Berinspirasikan Lesung? Galaxsung S?


ADUH!!! Galaxy Lesung Batu!!! [BERHATI-HATI ANDAI MEMBELI SECARA ONLINE]
JOHOR BAHRU : Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran. Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

22 Disember 2011

2012 : Wang Kertas Dan Syiling Baru!!!



BNM Perkenal Matawang Siri Baharu Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2011 : Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia yang terdiri daripada wang kertas dengan reka bentuk baharu. "Wang kertas yang dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 itu akan berada dalam edaran pada separa kedua tahun depan. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran," kata BNM dalam kenyataan Rabu.

16 November 2011

Asian Broadcasting Network (ABN) Bakal Saingi ASTRO?

Alhamdulillah, ini berita baik buat rakyat/pengguna yang melanggan siaran televisyen berbayar. Tahun hadapan, sebuah lagi syarikat yang menyediakan siaran televisyen berbayar akan memulakan operasinya. Semoga kehadiran Asian Broadcasting Network (ABN) akan memeriahkan dunia penyiaran serta memberi impak positif kepada pengguna dengan memberi saingan kepada ASTRO. Takde la ASTRO terus berlagak dengan menaikkan kadar caj sesedap rasa bila dah ada pesaing!!!

Kerajaan Galakkan Persaingan Siaran Televisyen Berbayar - Rais Yatim
KUALA LUMPUR, 16 November : Kerajaan menggalakkan persaingan dalam industri penyediaan siaran televisyen berbayar untuk mengelakkan monopoli oleh sesetengah pihak dalam industri itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998, amalan monopoli termasuk kandungan hiburan televisyen tidak akan berlaku.

20 Oktober 2011

MENU RAKYAT 1MALAYSIA - Lunch Hanya RM4.00!!!

Alhamdulillah, pengenalan Menu Rakyat 1Malaysia yang disertai 1004 restoran di seluruh negara wajar disokong dalam menyediakan menu yang mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia pada harga berpatutan (murah). 

Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan pakej makanan dengan harga murah, harga maksimum bagi sarapan pagi di Semenanjung Malaysia ialah RM2.00 manakala Sabah dan Sarawak RM2.50. Harga maksimum pakej makan tengah hari di Semenanjung Malaysia pula ialah RM4.00 manakala di Sabah dan Sarawak RM5.

Errr... Makan malam takde ke...? ;)

Sekiranya berminat nak acu cuba try test Menu Rakyat 1Malaysia di restoran berhampiran kalian, korang try le search kat website ni, KLIK : 1PENGGUNA - SENARAI MENU RAKYAT 1MALAYSIA dan segala maklumat Restoran yang menyertai program ni ada di situ (termasuk bangsa pemilik restoran tersebut).

PM NAJIB RAZAK menerai Menu Rakyat 1Malaysia, tapi kalau lelauk sebanyak tu
yang korang ambik (macam PM ambik) jawabnye melebihi RM4.00 tu!!! :-D

"Enak, Berkualiti" - PM
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan 30 minit menikmati hidangan tengah hari Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Ukhwah di sini bagi merasai sendiri keenakan serta kualiti makanan disediakan.

05 Oktober 2011

BUAH DIPERAM DENGAN Carbide TIDAK SELAMAT DIMAKAN

Carbide atau orang kita gelornye sebagai 'kabait' / karbait
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide
mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.

12 September 2011

Jangan Senang Hati Sangat, Cukai 6% Prabayar Hanya Ditangguh

Telco Setuju Tangguh Kutipan Cukai Prabayar
Semua empat pengendali utama telekomunikasi (telco) di negara ini bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini."

09 September 2011

Caj Enam Peratus Prabayar - Rakyat Sentiasa 'DIDAHULUKAN'

Yang kaya terus KAYA, yang miskin berterusan KAYAP!!!!! Rakyat sentiasa DIDAHULUKAN dalam bab diKENA dan terKENA cukai! Keuntungan tokey-tokey besar ini terus DIUTAMAKAN...!!! Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersamanya semalam berkata CAJ 6% ke atas PEMBELIAN TAMBAH NILAI dan PEK PERMULAAN Kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

Syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) ini yang saban tahun mengaut keuntungan jutaan ringgit kini semakin tamak untuk menggandakan hasil keuntungan mereka! Apa tindakan KERAjaan yang konon slogannya "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"?

PEMIMPIN POLITIK, SAMM GESA PUTRAJAYA BATAL CAJ 6%
KUALA LUMPUR, 9 Sept : Pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata, keputusan mengenakan caj itu tidak munasabah dan mahu pentadbiran Najib membatalkan pendekatan tersebut. Dalam mesej yang dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter malam tadi, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, 'saya bantah'.

17 Ogos 2011

SEGELAS Laici RM5.30 Di Restoran Mamak....???!!!

Minum air suam atau air kosong jea masa pi Restoran Mamak!!! Kalau kebuloQ sangat nak minum air Laici, pi supermarket beli je setin Laici dan hang teguk le pepuas kat umah......! hahaha~
KUALA LUMPUR, 16 Ogos :
Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici. Seorang pengadu memberitahu Bernama hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

26 Julai 2011

Bir Halal Dikeluarkan Syarikat Tak Halal Nak Mohon Sijil Halal?

Bir Halal Dikeluarkan 'Syarikat Tak Halal' Nak Mohon Sijil Halal?

Aku sebelum ni dok tertanya-tanya jugak, apekejadah sebenarnye BIR HALAL ni...? Dan hari ni baru agak jelas, rupa-rupanya minuman tenaga seperti MALTA dalam gambar ni antara minuman dalam kategori 'Bir Halal'. Malta sendiri merupakan minuman yang agak popular bahkan umat Islam di Malaysia ni aku tengok ramai yang tanpa was-was menikmatinya.

Kalau betul sekalipun nak menikmati 'bir halal', tengok-tengok le jugak kilang yang pengeluarnya. Untuk korang yang bantai minum je Malta, ni aku nak bagitau yang Malta ni dikeluarkan oleh syarikat pembuat ARAK Guinness Anchor Berhad. Kilang yang mengeluarkan arak jenama seperti Tiger, Guinness, Heineken dan Anchor. Maklumat lanjut, KLIK : Guinness Anchor Berhad.

Apa yang aku ralat sangat, minuman ni dikilangkan di kilang yang turut keluarkan produk minuman keras. Ramai org Islam yang beli produk MALTA. Agak-agaknya apakah kita akan membeli daging lembu 'HALAL' yang dijual pengeluar daging yang turut menjual daging khinzir di bawah satu premis.....!!!

Memang aku bersetuju dengan saranan serta nasihat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia agar pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal. Tapi kenapa Jawatankuasa Fatwa ni langsung tak nak menasihati pengguna Muslim agar tidak membeli minuman sebegini dari kilang yang turut menjadikan arak sebagai keluaran utamanya.....???!!! Kenapa? Takut kena saman dengan tokeh arak ke?

Dan wajar juga sebenarnya untuk pengeluar Muslim sendiri mengeluarkan produk minuman sebegini kerana ia lebih menjamin kesucian serta keHALALan produk yang dikeluarkan. Wallahu a'lam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Nasihat Pengeluar 'Bir Halal' Dapatkan Sijil Halal KUALA LUMPUR, 25 Julai : Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menasihatkan pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri (MAIN).

02 Julai 2011

Kabinet Tak Lulus Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan


1 Julai 2011 : Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

PEKERJA KFC BIADAB!!! AYAM TAPAK KASUT.....!!!!!



Harap pihak KFC menyiasat kes ini. Dan kita sebagai ahli masyarakat serta PENGGUNA perlu berhati-hati apabila memilih untuk makan di luar. Perkara ini bukan hanya berlaku di KFC, bahkan tidak mustahil perkara sebegini turut terjadi di premis lain. Pengusaha dan pekerja yang terlibat dalam menyediakan makanan serta minuman sewajarnya ikhlas dalam kerja yang dilakukan. Perlakuan biadab sebegini sememangnya sesuatu yang tidak sama sekali boleh diterima dan dimaafkan!!!!!

26 Mei 2011

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG?

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG? Jika benar, Alhamdulillah syukur. Tapi biasanya apabila berita sebegini dikeluarkan (penafian menteri akan kenaikan harga), itu tanda-tanda awal akan berlakunya kenaikan harga!!! Kalau lembu kita pegang pada tali, cakap Pak Menteri ni langsung dah tak boleh dipakai dan dipercayai lagi!!!
| Bernama | PUTRAJAYA, 25 Mei : Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

20 Mei 2011

KOPI GELATIN KHINZIR?

NAFI JUAL KOPI GELATIN BABI
[myMetro]
KLUANG : Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

17 Mei 2011

RASIONALISASI SUBSIDI MINYAK - Usah Terus Perbodoh Rakyat!!!

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.
KUALA LUMPUR, 16 Mei : Kerajaan sekali lagi dilihat mahu perbodohkan rakyat negara ini dengan kajian rasionalisasi subsidi minyak yang dijalankan dan berkemungkinan menaikan harga petrol RON95. Menurut Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan PAS, Kerajaan dilihat mahu mencabar rakyat dan menguji kesabaran rakyat dengan mahu menaikkan harga minyak sekali lagi.
Related Posts with Thumbnails