VVIP DENAI CINTA

30 Oktober 2012

HARAMKAN SHISHA - Sama Bahaya Dengan Rokok!

Shisha oh shisha. Entahla, aku bukan penghisap shisha dan setakat ni tak pernah teringin untuk menenyedutnya sebagaimana rokok yang juga tidak mampu membangkitkan ghairahku untuk menikmatinya. Buat sahabat yang menghisap rokok mahupun shisha, cubalah seboleh mungkin untuk mengurangkan dan andai boleh berhentilah dari tabiat menghisap 2 benda yang memudaratkan kesihatan ni..... Tubuh ini hanya pinjaman dari ALLAH SWT, jagalah ia sebaiknya.

CAP Gesa HARAMKAN Shisha Mudarat Kesihatan
KUALA LUMPUR : Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

25 Oktober 2012

Sosilawati Dibaring Dan Ditikam Di Tengkuk

SHAH ALAM, 25 Oktober : Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.

24 Oktober 2012

Tertuduh Nafi Buat Pakatan Tidak Libatkan Pathmanabhan

SHAH ALAM, 23 Okt (Bernama) : Tertuduh kedua dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa menafikan bahawa dia telah berpakat dengan dua tertuduh lain untuk tidak melibatkan bekas peguam, N Pathmanabhan dalam kes itu.

SOSILAWATI : Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan EMPAT TERTUDUH

PUTRAJAYA, 23 Oktober : Mahkamah Persekutuan di sini Selasa sebulat suara menolak rayuan empat tertuduh dalam kes pembunuhan di Banting untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya menjadi saksi pembelaan dalam perbicaraan ke atas mereka.

10 Oktober 2012

PEMBATALAN SAAT AKHIR KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG!!!



Pembatalan KONSERT K-POP ooooppppsssss, pembatalan KULIAH AGAMA oleh penceramah tersohor USTAZ AZHAR IDRUS!! Inilah wajah Malaysia yang kononnya sebuah negara ISLAM.

Pemimpinnya amat takut sekiranya rakyat mahu kembali kepada agama. Pemimpin sebegini amat trauma seandainya rakyat makin celik perihal agama KERANA ia bakal menyedarkan rakyat tentang salah laku serta kemungkaran yang leluasa dilakukan sekian lama oleh mereka.

Justeru itu, melalui pengaruh dan kuasa yang ada, digunakan 'sebaiknya' untuk menyekat majlis ilmu sebegini. ANGIN PERUBAHAN TELAH MAKIN KUAT TERASA. LUBANG KUBUR JUGA LUAS TERNGANGA, SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK MENGUBURKAN PEMIMPIN YANG HANYA TAHU MENJAGA TEMBOLOK SEHINGGA SANGGUP MENOLAK AGAMA KETEPI.


Info panas dari Facebook blogger CMK CUCUMATKILAU : Di saat KULIAH USTAZ AZHAR  IDRUS (10 OKTOBER) DIBATALKAN, satu konsert sempena konvo UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG yang dijangka diadakan pada JUMAAT 12 OKTOBER 2012 BAKAL DITERUSKAN!!!!!



Related Posts with Thumbnails