VVIP DENAI CINTA

30 Januari 2011

TAZKIRAH : Perkataan 'SALAM' Apa Maksudnya?

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'?
Apakah maksud di sebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka
dan katakanlah : "Salam (selamat tinggal)."
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. 43 : 89)

Gunakanlah : ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu 'Assalamualaikum''Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh'.
Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan : 'Assalamualaikum' dan… menjawab salam dengan ucapan - 'Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh'.

RAHSIA PAKCIK POWER!!!

NI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah
yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union

myMetro
SEGAMAT :
Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.
Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.

Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.
Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.

27 Januari 2011

Pizza-HUT Atau Setepatnya PIZZA-jaHAT...?

KENANGAN 'TERINDAH' tanggal 11.01.11, lebih kurang jam 9:50malam, kununnye nak makan pizza, so pegi la ke Pizza-Hut (Giant, Kuantan). Hampeh tul, ada ke dihantarnya Pizza yang hangus-keras-& xperfect bentuknya!!! Pizza-Hut cawangan Giant, Kuantan ni aku tengok lebih mementingkan pelanggan yang 'tapau' (take-away). Servis dah la lambat, hantar pulak pizza yang hangus, keras pulak tu. Macammana la anak aku yang umur 2 tahun ni nak makan lempeng keras camtu.

Rupa pizza PERTAMA yang dihantar, tengoklah betapa rangupnya
pizza ini, aku pi hantar balik pizza ni. Bahan untuk
intinya pun kurang xsebagaimana biasa...!!!


Setelah dikomplen, inilah pizza KEDUA yang dihantar, kurang keras berbanding pizza yang PERTAMA, inti pizza tetap kurenggg dan pizza pun bentuknya xsempurna. Lapar punya pasal (COZ' LAMA MENUNGGU), terpaksalah juga aku dan anak-anak makan.

Pizza ni belum digigit, tetapi bentuknya macam kita dah makan.
Langsung tiada ungkapan maaf dari pekerja pizza-hut ni.
Kambing punya staff!!!


KES BUNUH SOSILAWATI : SEBUTAN SEMULA 24 FEBRUARI

BERNAMA
BANTING, 27 Jan : Mahkamah Majistret Telok Datok di sini Khamis menetapkan 24 Feb depan untuk sebutan semula kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada Ogos tahun lepas.

CUCU DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MEMBUNUH DATUK

BERNAMA
BAHAU, 26 Jan : Dua remaja berusia 17 tahun, termasuk cucu mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majisteret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Jempol pada 13 Jan lepas. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.


Mereka juga turut didakwa mengikut Seksyen 34, kanun yang sama kerana mencederakan isteri mangsa dengan menggunakan pisau pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua tertuduh. Majistret Elyana Razali menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 28 Feb ini. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.

: : Apa sudah jadi dengan remaja hari ini...?



26 Januari 2011

Garis Panduan Mengenai Tiga Akta Berhubung Penyebaran Maklumat, Internet

AKTA... Nampak macam ada pihak yang takut dengan 'suara rakyat'. Dan sepertinya takut rakyat dapat maklumat tentang sesuatu isu yang melanda. Seakan menyekat kebebasan bersuara. Terlebih bersuara, boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, sesaje je meringkuk dalam lokap. Tak bebas dah nampaknya lepas ni nak mengomen. Facebook pun turut dipantau... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! JOM DUDUK BAWAH TEMPURUNG!!! Kah kah kah kah kah kah kah!!!

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Jan : Kerajaan akan menyediakan garis panduan berhubung penyebaran maklumat dan internet untuk memudahkan orang ramai memahami undang-undang yang diliputi tiga akta berkaitan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tiga akta berkenaan adalah :
Akta Hasutan 1948,
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata cadangan itu dipersetujui Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi Kerajaan yang bermesyuarat hari ini dan akan dibentangkan pada Jemaah Menteri supaya ia boleh diguna pakai. "Kami perlu cepat, harap-harap (semuanya) akan selesai sebelum penghujung Februari," katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Permohonan Mencelah N. Pathmanabhan Ditolak

SHAH ALAM 26 Jan : Permohonan peguam, N. Pathmanabhan bagi mencelah dalam semakan kehakiman dan rayuan pekerja ladangnya yang dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan itu. Beliau turut menolak permohonan peguam Amer Hamzah Arshad agar prosiding rayuan dan semakan ditangguh sementara rayuan terhadap keputusan itu didengar. - Utusan

25 Januari 2011

JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA, KENAPA DIA TIDAK MEMILIH MALAYSIA...?

JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA

mStar Online
SINGAPURA : Bintang filem Hong Kong, Jet Li (gambar) secara terbuka mengisytiharkan, Selasa, yang beliau telah pun memperoleh kerakyatan Singapura kerana mahu anak-anaknya memperoleh pendidikan dwi-bahasa di negara ini.


Li - yang filem-filem lakonannya termasuklah filem Hollywood seperti "The Expendables" dan "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" berkata, keputusannya untuk menukar kerakyatan itu turut dipengaruhi oleh suasana 'aman' di Singapura yang bebas daripada di hendap paparazzi.
"Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.

HALAL STEAMBOAT @Kuantan : East Coast Buffet Steamboat Restaurant

Nikmati gambar-gambar ini dahulu, broadband lombab cam cimpanzee, banyak lagi gambar yang belum diupload. InsyaAllah maklumat dan gambar-gambar lain mengenai restoran ini akan dimasukkan kemudian.





21 Januari 2011

WAJIB PASANG BEG UDARA MULAI 2012 : RAKYAT DIKENAKAN, KANTUNG KRONI DIPENUHKAN!!!

BERNAMA DAN AKU
RANTAU PANJANG, 21 Jan : Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Macam SHIYALLLLL jea kau punya alasan. Kalau dah nak mati tu, mati jugak!!! Kalau dah kecuaian memandu laju, pakailah beg udara pun, mati jugak!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Woi Kong Cho Ha, kenapa kau tak wajibkan PENGELUAR kereta kat Malaysia ni had laju kenderaan yang dikeluarkan hanya 90km/jam sahaja???? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!! Bawak slow, lagi kurang risiko kemalangan... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

20 Januari 2011

ANGGOTA POLIS KANTOI KETIKA SYOK BERJUDI

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Nak merompak, nak merogol, nak membunuh, nak meliwat, nak mencuri, nak merasuah dan menerima rasuah, nak minum arak, nak berjudi, nak menyundal, pendek kata kalo nak buat MAKSIAT dan JENAYAH, janganlah jadi anggota polis atau letak dulu jawatan sebagai anggota polis, lepas tu lantak engkaulah kalo nak jadi iblis atau syaitan sekalipun!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! BUAT MALU PDRM je malaun macam ni!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

4 ANGGOTA POLIS ANTARA 9 DITAHAN BERJUDI
BERNAMA
KUCHING, 20 Jan : Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini Khamis. Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain 'holo' ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau awal pagi ini.


Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan reman sehari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata kesemua anggota terlibat akan dikenakan tindakan tegas. "Saya tidak boleh kata dalam sebakul epal tidak ada buah yang busuk, tetapi kita akan lakukan apa yang perlu. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Tiada kompromi atau double standard dalam menyiasat kes yang melibatkan anggota polis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuching di sini.

18 Januari 2011

PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN BERKUATKUASA FEBRUARI 2011 INI!!!

mymetro
CYBERJAYA : Pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang
berkuatkuasa 1 Februari ini akan mengambil kira kepentingan orang ramai, termasuk membenarkan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak terhadap pesalah trafik di semua jalan seluruh negara termasuk di kawasan kebun, ladang, kampung, kawasan perumahan dan tempat letak kenderaan bertingkat.

17 Januari 2011

Lumrah Dalam Cinta

Lumrah cinta, ada suka ada duka,
ada tawa, ada jua tangisan...
Cinta kadang hadir tanpa diduga
menerima dengan rela, kadang waktu seakan dipaksa
Cinta itu indah, kerana cinta itu rasa yang dianugerahkanNYA...

Kita kan sepi tanpa cinta
kita kan sunyi tanpa dia yang menyinta...

Jangan terlalu mengharapkan 100%
sempurna dalam cintamu

SEMPURNA itu hanya milik Dia...
Mungkin ia tidak sempurna di mata kasarmu
namun yang tersirat sebaliknya
mungkin ia paling ideal untukmu...


Hargailah cinta,
selagi punya nafas, selagi nyawa masih bersisa...
cinta yang pergi, mungkin kan kembali
dan tak mustahil juga ia terus berlalu...

pergi dan tetap pergi...

Semailah cinta, dengan sabar dan penuh ketabahan...
walau 1000 tahun cintamu terbina,
1 minit kemarahan bisa menjahanamkannya...

Sabar, tabah, memahami dan bersangka baiklah...
bahagia itu tidak hadir begitu sahaja,
apakah layak kaumenuntut bahagia
tanpa menempuh 1,000,000 dugaan...?!!!


.....................................
cinta dan airmataku...
kumohon agar ia untukMU Tuhan...
3.10pagi 17.01.2011 @Sofa rumahku ;)

Teater Muzikal LASKAR PELANGI Cetus Fenomena

LAMPU pentas di panggung utama Teater Jakarta malap perlahan-lahan. Muzik orkestra terus mengalun tanpa henti. Begitu lampu padam, seluruh panggung gemuruh dengan tepuk sorak menyambut tamatnya pementasan lebih dua jam Muzikal Laskar Pelangi. Apabila lampu dinyalakan semula, semua penonton bangun hampir serentak memberikan standing ovation kepada para pemain yang masuk pentas untuk curtain call. Tepuk gemuruh itu berakhir lebih 15 minit.

15 Januari 2011

Keraguan Dalam Kefahaman Agama Punca Melayu Kurang Derma Organ - NTRC

KUALA LUMPUR, 14 Jan : Keraguan dalam kefahaman agama menjadi antara faktor orang Melayu kurang aktif menderma organ berbanding kaum lain di Malaysia, kata Ketua Koordinator Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) Datin Dr Lela Yasmin Mansor. Beliau berkata sejak 1976, terdapat hanya 17 penderma organ Melayu berbanding bangsa Cina 179 dan India 81.

"Memang terdapat fatwa membenarkan pendermaan organ dan fatwa itu telah terpakai sejak 1970-an lagi, malah turut diamalkan di setiap negeri di mana menderma organ adalah sesuatu yang harus, yang dianggap sebagai amal jariah untuk membantu orang lain."

14 Januari 2011

Nyawa Hanya Pinjaman, Hargailah Ia

WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN
mymetro
LEDANG : Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

PEGUAM JUMPA PM SURUH PERLAHANKAN LAUNGAN AZAN?

Ekoran Aduan, AZAN Masjid Kg Kerinchi DIPERLAHAN
MALAYSIAKINI
13 JANUARI : Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu 'amat lantang'. Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

13 Januari 2011

LASKAR PELANGI

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya


Laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa


Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…


Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi.

LASKAR PELANGI by : NIDJI

12 Januari 2011

Rasa Nak Makan Steamboat ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat sahabat-sahabat yang sudi singgah...

Rasa malas nak kopi-pes berita hari ni. Jemu dan muak dengan segala macam cerita sengal sama ada dunia politik yang makin hanyir, kisah jenayah yang seolah takkan surut, ditambah dengan segala macam kenaikan harga barangan yang menghimpit sekalian rakyat...

Nak release tension jap malam ni. Nak gi pekena steamboat!!! Sape nak ikut...? Jom gi belanja diri sendiri...!!! Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!!

InshaAllah lepas maghrib malam ni, nak lepak dan makan-makan untuk PERTAMA KALI kat Restoran East Coast Buffet Steamboat, Jalan Beserah, Kuantan. Apa-apa info tentang makanan kat situ serta gambar. InshaAllah akan di'update' nanti... ;)

11 Januari 2011

Pendengaran Semakan, Rayuan Kes Lupus Mayat Sosilawati Ditetapkan 26 Januari

BERNAMA
SHAH ALAM, 10 Jan : Selepas tiga kali ditangguh, pendengaran permohonan semakan dan rayuan yang difailkan pekerja ladang K. Sarawanan yang dipenjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditangguhkan sekali lagi sehingga 26 Jan ini oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin.

10 Januari 2011

Budak Umur 14 Tahun Dan 10 Tahun ROGOL Budak 9 Tahun!!!

AMPANG : Usia baru mencecah 14 dan 10 tahun, namun gelaran 'setan kecil' layak diberikan buat mereka apabila merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ketika itu mahu membuang air kecil di sebuah restoran berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Memanda 5, di sini. Dalam kejadian jam 10 malam Selasa lalu itu, mangsa ketika itu menemani ibunya yang berniaga berhampiran pasar raya berkenaan sebelum dia meminta izin untuk membuang air kecil.

09 Januari 2011

JPJ SEMAKIN RAKUS - DUIT RAKYAT MENJADI IDAMAN?

JPJ RAKUS? Bagi aku, ia rakus kerana dalam tahun ini JPJ mungkin akan melaksanakan penguatkuasaannya di SEMUA JENIS JALAN!!! Bukan hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, bahkan penguatkuasaan akan turut dilaksanakan di jalan ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan!!!

Jangan HAIRAN BIN AJAIB andai suatu hari nanti anda akan menemui penguatkuasa JPJ melakukan sekatan jalan di jalan kampung!!! Mamat dalam gambar tu, saje jea nanti kena saman kerana tidak memakai topi keledar!!! JPJ kata, bahayakan keselamatan bawa motorsikal tak pakai topi keledar di kawasan pokok kelapa, nanti kang eksiden dengan buah kelapa yang jatuh!!!

Tawan Suami Dengan Ke'MANTOP'an Payudara

KEKAL MENAWAN PIKAT SUAMI
SANDAKAN : Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan. Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika 'disusukan'," begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
"Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur."

MINGGU PERTAMA 2011 = 7 BAYI DIBUANG

TAHUN 2011 baru 9 hari kita tempuhi. Namun amat mengejutkan apabila dalam MINGGU PERTAMA di tahun 2011, TUJUH KES BUANG BAYI dicatatkan berlaku dalam negara kita. Itu yang dilaporkan, bagaimana pula dengan kes yang masih belum terbongkar...? Purata 1 bayi dibuang sepanjang baru seminggu kita memasuki tahun 2011, MEMBIMBANGKAN SERTA MENGGERUNKAN kita!!! Apakah gejala sosial dan perbuatan zina ini akan terus mekar-subur dalam kalangan generasi hari ini? Apa peranan yang dimainkan agensi-agensi kerajaan? Sudah sampai masanya kita meletakkan ISLAM sebagai TUNJANG dan ASAS dalam segenap perkara. Hanya dengan ISLAM kita selamat. Selamat di dunia, dan inshaALLAH selamat jua di akhirat kelak.
7 Kes Buang Bayi Dalam Minggu Pertama Tahun Ini
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 8 Jan : Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan. Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

08 Januari 2011

Perrrggghhh!!! Sos Berperisa Cicak. Anda Berani? Cubalah!!!

Pemilik Kedai Makan Terkejut Dalam Sos Ada Cicak
BERNAMA
ALOR SETAR, 7 Jan : Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas. Nor Hashima Mohd Noor, 29, berkata bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak. Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak," katanya.


Nor Hayati Abu Bakar, 25, menunjukkan bangkai cicak
dari botol sos cili. Foto: Mohd Khairul Fikri Osman.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. Beliau turut membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Negeri dan kini menunggu keputusan hasil siasatan kejadian itu.

Nor Hashima yang menjalankan perniagaan makanan menggunakan sos berkenaan hampir 10 tahun dan ini adalah kali pertama perkara seumpama itu berlaku. "Kami bimbang perkara seumpama ini akan berlaku kepada peniaga lain dan sekaligus menjejaskan perniagaan apabila berlaku kes keracunan makanan," katanya.

07 Januari 2011

MALAYSIA Pengeluar Utama Minyak Sawit Dunia Tetapi Rakyat Sukar Mendapatkan Minyak!!!

CAP Bimbang Minyak Masak Tidak Cukup
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap pengeluar minyak masak bagi menangani masalah kekurangan bekalan itu yang semakin menular ke seluruh negara. Walaupun menteri berkenaan memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah pada waktu ini dan jaminan bekalan yang mencukupi tetapi ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

06 Januari 2011

Bagaimana Serangan Jantung Terjadi?

Oleh Dr Haizal Haron Kamar

Arteri koronari adalah pembuluh darah yang mengelilingi jantung dan membawa di dalamnya darah yang kaya oksigen serta nutrien ke otot-otot jantung. Ini penting untuk jantung berfungsi dengan sempurna.

Dengan pembentukan plak di dinding dalam arteri akibat proses aterosklerosis (pengumpulan lemak atau kolesterol pada dinding dalam salur darah), ruang di dalam arteri menjadi sempit dan mengganggu perjalanan darah.
Sakit di dada (angina pectoris) berlaku apabila darah tidak sampai ke otot jantung ketika melakukan aktiviti cergas, tetapi kembali normal selepas berehat beberapa minit.

KONSERT WALI BAND @KOTA BHARU 31.12.2010 - (02)

GAMBAR sekitar Konsert Wali Band di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV pada 31 Disember 2010 yang lalu, atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.











BERITA AUTA : Harga Minyak Masak Tidak Akan Dinaikkan, Kata Ismail Sabri

PUTRAJAYA,5 Jan : Jemaah Menteri Rabu memutuskan harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa harga bahan tersebut akan dinaikkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.
Oh! Tak naikkan buat masa ini je la yea Mail Sabri? Tu pun sebab nak ambik hati masyarakat Cina, kan? Lepas Tahun Baru Cina, Encik Mail pun tak pasti harga tu kekal macam sekarang kan...?

"Sehubungan itu, kepada pengguna yang panik membeli (minyak masak) secara banyak, cukuplah buat kerja itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Kau bolehlah cakap macam tu Mail Sabri. Sebabnya kau tak pernah kekeringan duit. Rakyat bawahan ni tentulah panik kalau dengar harga barangan nak dinaikkan. Sesedap rasa je kau suruh orang jangan buat macam tu (beli minyak secara banyak) walhal pada masa yang sama kau dah ada perancangan nak naikkan harga.

Beliau juga menjelaskan kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah tempat adalah akibat tindakan sebuah syarikat yang menghentikan penjualan sebanyak 4,000 tan metrik bahan itu pada bulan lepas, selain berlaku penyelewengan pada kalangan pemborong dan syarikat membungkus semula minyak.

Cakap banyak pun tak guna derrrr... Suruh rakyat jangan panik tapi kau tak ambil tindakan tegas kepada syarikat-syarikat serta pihak menyeleweng tu. Kuasa kat tangan kau, so kau gunakanlah kuasa tu sebaik mungkin.

Sebagai penyelesaian, Ismail Sabri berkata bekalan bahan itu akan ditambah sebanyak 14,000 tan metrik, menjadikan jumlah pengeluarannya meningkat kepada 84,000 tan metrik pada bulan ini.

Kalau betul bertambah, baguslah. Kalau sekadar pengeluaran bertambah tetapi pihak menyeleweng turut menambahkan stok untuk disimpan dan tak dihantar kepada pengguna, tak de maknanye gak dollll!!!

Selain itu, pihaknya bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengatasi isu penyelewengan tersebut, kata beliau.

Eh! Lembab cam siput gak kau ni Mail. Rasanya rakyat dah sekian lama terbeban dan melalui episod demi episod kes menyorok barangan keperluan ni. Dulu gula pun pernah disorok. Baru nak tubuhkan pasukan petugas khas? kahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!

"Pasukan petugas khas ini ditubuhkan untuk mengambil tindakan dan menyiasat semua syarikat membungkus semula dan kilang-kilang penapis minyak masak yang melakukan penyelewengan termasuk menjual semula minyak masak kepada industri," kata beliau.

Ambil tindakan? Menyiasat semua syarikat? Bagus. Kata biarlah dikotakan...

Mengulas mengenai harga petrol RON 97 dan minyak tanah yang masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, beliau berkata hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.
"Memanglah kita tidak umumkan, melainkan minyak Petrol RON 95 yang dikawal kerajaan," katanya.
Hal ni tak menjadi isu bagi kau Mail. Sebabnya kauberjawatan dan bergaji besar!!! Kalau kau ambil tahu hal rakyat, mungkin kau akan tahu jerih perihnya rakyat dalam menghadapi segala macam kenaikan ni. Cakap biarlah guna akal Mail. Tolonglah jangan guna kepala lutut.

Kenapa gunakal dalil dan letakkan harga minyak mengikut pasaran minyak mentah dunia sedangkan kita adalah NEGARA PENGELUAR MINYAK? Harga minyak mentah dunia naik, bukankah kita sebagai pengeluar minyak turut untung? Lagiiii mau tipuuuu ka Mail??? Hahahahahahahaaaaaa!!!


Semalam Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman memberitahu dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

05 Januari 2011

HARGA PETROL[RON97] & MINYAK TANAH NAIK LAGI!!!

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman. Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

04 Januari 2011

PERTANDINGAN MEMANCING ADALAH PERJUDIAN

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan berdosa besar, demikian menurut bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin @DRMAZA.COM
Setelah diteliti didapati kebanyakan pertandingan joran yang sekarang begitu meluas dalam negara ini berasaskan ‘judi’ atau qimar. Malangnya, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian ini begitu telah membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain. Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu disebutkan ;

01 Januari 2011

TEKNIK PEMBUANGAN BAYI

Aku bukan nak menyokong. Tetapi 'kaedah' pembuangan bayi sebegini adalah lebih berperikemanusiaan dari mereka yang membiarkan bayi yang dilahirkan dengan meletakkannya dalam tong sampah hingga digonggong anjing. Atau membuang bayi di dalam tandas mahupun tempat-tempat lain yang memungkinkan bayi itu tadi terbunuh!!! APA-APAPUN, SEBAGAI MANUSIA DAN SEBAGAI UMAT ISLAM, GEJALA ZINA DAN PEMBUANGAN BAYI WAJIB KITA ELAKKAN. - Wallahu a'lam.

CARA BARU BUANG BAYI?
SEREMBAN, 31 Dis : Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu. Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas.

Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya. "Kemudian, saya tunggu, dan tunggu...hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul. Saya mula panik, curiga dan bimbang... Saya hubungi ibubapa saya di Rantau (Negeri Sembilan). Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban," katanya kepada Bernama di sini.

Qurratnaini berkata, atas nasihat ibubapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserah kepada Hospital Tuanku Ja'afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis. Sebelum itu, Qurratnaini, pelajar jurusan kejururawatan bersama seorang rakannya menaiki komuter dari stesen keretapi Seremban pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk ke KL Sentral. Mereka tiba di stesen itu di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 10 pagi.

KONSERT WALI BAND @KOTA BHARU 31.12.2010

WALI BAND telah mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


KUALA LUMPUR, 1 Jan : Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari pada Sabtu di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Related Posts with Thumbnails