VVIP DENAI CINTA

27 Julai 2009

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin

Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli. Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya. Keluarganya rasa sangat kecewa," kata Marina. "Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya. Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. "Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?" Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.

"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara? Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?" kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini. Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, "yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia" - slogan yang yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3. Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes. Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang semalam.

23 Julai 2009

Yasmin Ahmad dikejar ke ICU


MALAYSIAKINI.COM
Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.
Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut. Yasmin kemudiannya dihantar Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di peringkat antarabangsa dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

nota : siti nurhaliza tak bagi bantuan CPR pun kat Yasmin, mungkin tersalah lapor tu... Siti hanya memberikan bantuan CPRnya kepada Datuk K sahaja, harap maklum!!!

06 Julai 2009

jom pakat ke "LORONG BLUES"

SANGGAR TEATER FAUZIAH NAWI
(STEFANI)
SEKALI LAGI AKAN MEMENTASKAN
"LORONG BLUES"
UNTUK KALI KE-2


TARIKH: 24HB JULAI - 7HB OGOS 2009
TEMPAT: STOR TEATER DBP
TIKET: RM30 (DEWASA) & RM20 (PELAJAR)

UNTUK KETERANGAN LANJUT
& TEMPAHAN TIKET, HUBUNGI
:
012-6170697 (FARAH)
012-2429621 (CHIE)
017-3167995 (ANNA)

* UNTUK TONTONAN 15 TAHUN KE ATAS SAHAJA
Related Posts with Thumbnails