VVIP DENAI CINTA

27 Julai 2012

Mahkamah Rayuan Perintah Bicara Bunuh Sosilawati Ditangguh Sementara

PUTRAJAYA, 26 Julai : Mahkamah Rayuan di sini Khamis memerintahkan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ditangguh sementara.

26 Julai 2012

Kes Sosilawati : Dua Hakim Mahkamah Rayuan Tarik Diri Dengar Permohonan Tangguh Perbicaraan

PUTRAJAYA, 25 Julai : Dua daripada tiga anggota panel Mahkamah Rayuan Rabu menarik diri daripada mendengar permohonan empat orang yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, agar perbicaraan yang mereka hadapi ditangguh sementara menunggu keputusan permohonan mereka untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya sebagai saksi, diketahui.

23 Julai 2012

BUKTI BERGAMBAR : Hubungan UMNO & KOMUNIS CHINA

Disalin-tampal dari blog tukanglawan.blogspot.com

UMNO - KOMUNIS CHINA, Zahid Ini 10 Gambar Bukti
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis. Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis. "Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT).
INI BUKTINYA!!!

UMNO Zaman Dulu


19 Julai 2012

KISAH TELADAN : Harga Segelas Susu

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

Kes Sosilawati : Sapina Dikemuka Untuk Malukan Pihak Pendakwaan

SHAH ALAM, 6 Julai 2012 : Tindakan mengemukakan sapina kepada tiga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah bertujuan untuk memalukan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi diberitahu di sini Jumaat.

15 Julai 2012

BERCERAI Selepas Dicabar TALAK 3!!!

PASIR MAS : "Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga," ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi. 
 
Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

10 Amalan TERBALIK Yang Tidak Disedari

http://mencariygbenar.blogspot.com
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal :

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah  SAW telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

14 Julai 2012

Seminggu Menjelang Tibanya Bulan Penuh Barokah

Alhamdulillah, dan semoga Allah swt mengurniakan kita usia yang panjang untuk bersua kembali dengan bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak. Bagaimana persiapan kita untuk memasuki institusi Ramadhan? Semoga Ramadhan ini memberikan kita jutaan rahmat serta bisa beroleh keampunanNYA.
 
Ramadhan 2 Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
 
Ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
 
Mereka gembira kerana kehadiranmu
Kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disimbah nur al Quran
tapi malam kami muram bertemu dengkur
 
Mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
 
Takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
 
[nasyid by The Zikr]

ANAK KELANTAN JUARA TILAWAH ANTARABANGSA

 


JUARA TILAWAH JADI INSPIRASI ANAK KELANTAN
KOTA BHARU, 14 Julai : Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali (gambar kiri) yang telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H.

09 Julai 2012

10,000 Warga Asing Huni Penjara Di Malaysia!!!

Jumlah banduan di negara ini seramai 36,728 orang. Aku bagi contoh mudah, sekiranya kos makan untuk banduan ni adalah RM5.00 sehari (takkan la RM5.00 konpem lebih RM5.00, tapi kita ambil contoh RM5.00 je)

36,728 x RM5.00
= RM183,640.00 sehari
RM183,640.00 x 365 hari
= RM67,028,600.00 setahun!!!

05 Julai 2012

Tiga Timbalan Pendakwa Raya Dalam Kes Bunuh Sosilawati Disapina

SHAH ALAM, 4 Julai : Tiga Timbalan Pendakwa Raya dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Rabu disapina bagi menjadi saksi dalam permohonan pihak pembelaan untuk membuang dua eksibit dalam kes itu.
Related Posts with Thumbnails