VVIP DENAI CINTA

16 Februari 2010

TEKNIK REBONDING : HAKIKAT DAN HUKUM

28 Safar 1431H
http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH
Sudah lama persoalan hukum teknik rebonding ditimbulkan. Cuma kesibukan dan sumber rujukan yang menyebabkan lambat untuk saya menulis tentangnya. Mudah2an dgn penulisan ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat agar mereka sentiasa berada di landasan kebenaran.


APAKAH ITU TEKNIK REBONDING

‘Rebonding’ merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia yang tertentu dan melalui proses yang tertentu. Bahan kimia tersebut akan mengurai struktur asal rambut dan membinanya kembali mengikut bentuk yang dikehendaki. Rambut yang melalui proses rebonding akan kekal dalam keadaan lurus sehinggalah rambut baru tumbuh.


PROSES REBONDING

Proses ini mengambil masa lebih kurang 8 jam. Jika rambut lelaki biasanya 3 jam.

  • Rambut dibasuh dengan syampu
  • Kemudian rambut dipisah-pisahkan dan dikenakan krim pelembut atau ‘relaxant’ untuk menjadikan rambut lurus. papan plastik kecil diletak bagi memastikan rambut kekal lurus
  • Krim pelembut atau ‘relaxant’ tadi dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian rambut dipanaskan dengan wap sebelum dibilas
  • Rambut dikeringkan dan dikenakan ‘keratin lotion’
  • Kemudian sejenis seterika khas untuk rambut yang mempunyai permukaan yang rata digunakan bagi memastikan seluruh rambut menjadi lurus, tiada saki baki yang tertinggal
  • Rambut dipisah-pisahkan sekali lagi, dan ‘neutraliser’ digunakan bagi mengukuhkan balik struktur rambut
  • Neutralizer dibiarkan selama 30 minit dan dibilas. Kemudian ‘seterika khas’ digunakan sekali lagi dan rambut akan kelihatan lurus dan berseri.

ADAKAH REBONDING MEMBAWA MUDARAT KEPADA RAMBUT?

Krim pelembut atau ‘relaxant’ yang digunakan dalam teknik rebonding mengandungi unsur-unsur kimia yang mengubah struktur rambut dan boleh mengakibatkan rambut kering, lemah, dan masalah rambut gugur. Antara bahan kimia tersebut adalah sodium hydroxide, calcium hydroxide dan ammonium thioglycolate. Rambut yang dilakukan rebonding perlu mendapat penjagaan yang istimewa, jika tidak rambut tersebut akan mudah rosak.



MENGUBAH BENTUK ASAL RAMBUT MENURUT ULAMA
Ulama Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya. Imam Ramli (Ulama mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj:

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suamniya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi." (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama, seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.


SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ia adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA: PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda:

لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتلفجات للحسن المغيرات خلق الله
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu, pencukur kening dan orang yang dicukur kening, orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

إحداث تغييردائم في خلقة معهودة
"Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama, KEKAL di sini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikkan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata :
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.


KESIMPULAN
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda :


مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." Hr Abu daud - hasan sahih

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. (terima kasih pd ikhwah yg cari maklumat tentang teknik rebonding)

11 Februari 2010

KOPI EREKSI UNTUK WANITA DIRAMPAS

Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
10 Feb 2010
11 pagi

Perhatian: Entry ini mengandungi bahan-bahan bacaan yang diklasifikasikan sebagai 18SX.


Bayangkan, apabila wanita menelan Viagra / Cialis


Apakah reaksi yang berlaku pada sistem tubuh wanita itu?


Mengikut testimoni dari wanita yang telah meminum kopi yang dirampas ini, mengakui nafsu seks mereka menjadi lebih teruja dan memberangsangkan selepas meminum kopi ini.


Bagaimanapun, sebenarnya wanita itu tidakpun mengetahui bahawa kopi yang diminum itu mengandungi bahan yang merupakan untuk mengubati mati pucuk (impontensi) yang sebenarnya digunakan untuk lelaki mempunyai masalah demikian.


Kopi campuran yang dirampas di dalam operasi besar-besaran di seluruh negara ini sebenarnya telah berada dalam pasaran sejak lebih 2 tahun lalu.


Ia dijual secara jualan langsung (MLM)


Harganya bukan murah, RM30 sepeket 20gm, (RM300 untuk sekotak 10 peket).dan mempunyai dua jenis pembungkusan - kopi untuk lelaki dan kopi untuk wanita.


Syarikat yang diserbu ini sebenarnya telahpun dibatalkan Lesen Jualan Langsungnya oleh Kementerian Perdangangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK


Lesen jualan langsungnya telah dibatalkan sejak 19/09/2008


Setelah beberapa bulan menjalankan siasatan, risikan dan mendapatkan maklumat dalaman, akhirnya ibupejabat syarikat yang terletak di Taman Shamelin Perkasa diserbu.


Turut diserbu, kilang pembungkusannya di Melaka dan semua pejabat stokis di seluruh negara.Rampasan bernilai kira-kira RM1 juta.


Nampak mudah, tetapi sebenarnya banyak 'homework' perlu dibuat sebelum serbuan dilakukan kerana sebarang kesilapan boleh membawa implikasi besar.


'Kunci' utama ialah laporan kimia setelah sample produk diuji di makmal, membuktikan kandungan sebenar di dalam kopi campuran ini.


Ada dua jenis sample diujikaji dan hasilnya:

Extremen - (untuk lelaki) - mengandungi hydroxythiohomosildenafil
sejenis analog sildenafil iaitu sildenafil yang telah diubahsuai strukturnya dan sukar ditemui / dikesan melalui ujikaji jika makmal yang digunakan tidak canggih.

Sildenafil (Viagra) - digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi; ketikdamampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Sildenafil adalah di dalam kelas fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Sildenafil meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual berlaku.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Extrewomen - (untuk wanita) - mengandungi
tadalafil dan kaffein
Tadalafil digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi;ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Tadalafil berada dalam kelas disebut fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Ia bertindak dengan meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual.Hal ini meningkatkan aliran darah dapat menyebabkan ereksi. Tadalafil tidak menyembuhkan disfungsi ereksi atau meningkatkan hasrat seksual.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, orangramai seharusnya tidak mudah terpedaya dengan sebarang produk yang kini kebanyakannya dibungkus dan didakwa sebagai kopi dan mempunyai pelbagai 'kuasa luarbiasa'.


Harga yang begitu mahal serta dakwaan-dakwaan ajaib itu sepatutnya menimbulkan kecurigaan kepada mereka dan boleh meminta nasihat dari pihaknya jika meragui kandungan di dalamnya.


Beberapa lagi produk syarikat ini akan diuji dimakmal bagi menetukan kandungan sebenar di dalamnya.



Disalin tampal dari blog : ONDSCENE

06 Februari 2010

PAKU DI DINDING HATIMU

-->
Ada seorang pemuda yang bersifat pemarah (panas baran). Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

04 Februari 2010

DAGING HALAL?


Gambar ini pastinya bukan dirakamkan di Malaysia. Ia mungkin situasi di Tanah Seberang. Apa komen anda? :-D
Related Posts with Thumbnails