VVIP DENAI CINTA

24 Mei 2010

Gejala Sosial Yang Menjerumus Generasi Hari Ini 'So SIAL'...

Sekadar Gambar Hiasan

FENOMENA GEJALA SOSIAL MEMBIMBANGKAN

SHAH ALAM, 24 Mei : Yang Dipertua Jamaah Islah Malaysia (Jim) Negeri Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi melahirkan kebimbangan dengan fenomena gejala sosial yang berlaku pada masa ini.

Ini, katanya kes remaja wanita yang mengandungkan anak luar nikah, kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi yang baru dilahirkan, bersekedudukan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim, remaja lari dari rumah mengikut teman lelaki, salah guna dadah dan minum arak di kalangan remaja muslim adalah antara contoh-contoh yang ingin disebutkan.

20 Mei 2010

PANEL KHAS KAJI PENGGUNAAN SENJATA API POLIS

Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah akan mengkaji prosedur penggunaan senjata api oleh polis yang digunapakai di negara lain. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kajian itu dibuat bagi membolehkan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) mengenai penggunaan senjata api dilakukan.

Beliau yang juga pengerusi panel khas itu, berkata antara yang akan dikaji ialah prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Australia, serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

KELUARGA SAKSI BUAT LAPORAN 'CUBAAN BUNUH'

Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin. Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumpang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.

18 Mei 2010

KELANTAN BAKAL LAKSANA 90 HARI CUTI BERSALIN

KOTA BHARU, 16 Mei : Selepas Selangor, Kelantan bakal memberikan cuti 90 hari kepada ibu bersalin khususnya kakitangan kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berehat sebaik mungkin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, bagaimanapun cadangan itu akan dibawa ke mesyurat exco terlebih dahulu.

13 Mei 2010

PENGERTIAN MUNAFIK

Adalah orang munafik termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Alah.

Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya ingkar. Perbuatan orang munafik disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.

12 Mei 2010

TIADA PERMOHONAN MAAF UNTUK KELUARGA AMINULRASYID AMZAH

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas tuntutan keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 14 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu agar pihak kerajaan dan polis memohon maaf kepada mereka.

"Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi undang-undang," kata Musa pada sidang media di Putrajaya. Semalam keluarga Aminulrasyid merayu supaya pihak polis juga membersihkan nama Aminulrasyid daripada dilabelkan penjenayah.

11 Mei 2010

KEMATIAN AMINUL RASYID : KOPERAL DIDAKWA HARI INI

10.05.2010 : Seorang anggota polis didakwa di mahkamah hari ini berhubung kematian adik Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu. Anggota polis berpangkat koperal itu, dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada kira-kira jam 12 tengahari ini.

Koperal Jenain Subi (gambar), 48, dituduh mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, Shah Alam. Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.

09 Mei 2010

LAGI REMAJA DITEMBAK, KONSTABEL DIGANTUNG TUGAS

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi. Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam. "Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

06 Mei 2010

KHALID TETAP DEDAH SEGALA BUKTI, KENYATAAN SAKSI

KUALA LUMPUR, 5 Mei: "Aminulrasyid adalah rakyat di Shah Alam, saya akan tetap mendedahkan segala bukti dan kenyataan saksi supaya dapat mengimbangi apa yang polis (serta) panel buat," tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Justeru, baginya panel lapan anggota yang ditubuhkan bagi menyiasat kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak polis adalah sandiwara Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mencantikkan siasatan polis.


PANEL LAWAT KOKASI KEJADIAN


05.10.2010 : Beberapa jam selepas ditubuhkan, panel khas bagi menyiasat insiden kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis pada 26 April lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian di Shah Alam, malam tadi.

05 Mei 2010

KARPAL TUNTUT TUDUHAN BUNUH KE ATAS POLIS

Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh. Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

04 Mei 2010

10 NEGARA DENGAN HARGA MINYAK TERMURAH DI DUNIA!!!


NEGARA-NEGARA INI SEPERTIMANA JUGA MALAYSIA YANG MENJADI ANTARA PENGELUAR MINYAK DUNIA. TETAPI HARGA MINYAK DI MALAYSIA LEBIH 'MURAH' BERBANDING NEGARA TERSEBUT IAITU HANYA RM2.70/liter. 'MURAH' kerana kerajaan kita mengamalkan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN.

PENTING : FAKTA TENTANG MINYAK YANG PERLU ANDA TAHU!!!

Artikel ini dipetik dari e-mel seorang sahabat, mana yang baik kita renung-renungkan bersama.
Baru-baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.

KPN : Jangan Pertikai Tugas Polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mengingatkan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mempertikaikan tugas polis berikutan insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lalu.

Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah. "Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan," katanya.

PEGUAM OTAI DAN PAKAR FORENSIK UNTUK AMINULRASYID

NORSIAH LANTIK KARPAL BELA KEMATIAN ANAKNYA
03.05.2010 : Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP akan mengiringi keluarga Aminulrasyid Amzah ke lokasi di mana remaja berusi 14 tahun itu ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu.

"Perkara pertama ialah meninjau di lokasi kejadian," kata Karpal pada sidang media bagi mengumumkan perlantikannya sebagai peguam keluarga itu. Menurut Karpal, dia dilantik oleh keluarga tersebut oleh Norsiah Mohamad, ibu kepada remaja berkenaan.

SAKSI NAFI AMINULRASYID CUBA REMPUH POLIS

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

03 Mei 2010

KEMATIAN AMINULRASYID : Media Perlu Cermat - GAMIS

KUALA LUMPUR, 2 Mei : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru pihak media agar berhati-hati membuat laporan berhubung kes remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis awal minggu lalu.

Mereka dalam satu kenyataan berkata, sikap tidak cermat dan terburu-buru media membuat laporan boleh menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa malah menambah versi cerita asal sehingga menimbulkan kekeliruan pembaca.

HISHAM MAHU RAKYAT ADIL TERHADAP POLIS

02.05.2010 : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan. Beliau berkata isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, Isnin lepas tidaklah perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.

01 Mei 2010

UTUSAN MELOYA : AMPUSANA-AMPUSINI


KEMATIAN AMINULRASYID AMZAH

PUNCA UTAMA AMARAH RAKYAT :
  • APABILA FAKTA TIDAK TEPAT DARI PIHAK POLIS DiRAJA MALAYSIA YANG SEOLAH MENYEMBUNYIKAN SALAH-LAKU ANGGOTANYA. MALAH MANGSA DILABELKAN SEBAGAI PENJENAYAH.
  • MEDIA PENGAMPU, YANG SECARA SEMBERONO MENYIARKAN BERITA TIDAK TEPAT DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!!

.........................................................
BACA LAPORAN AKHBAR PENGAMPU INI

ARKIB : 27/04/2010
REMAJA MAUT DITEMBAK KETIKA CUBA REMPUH POLIS


SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

IGP MESTI LETAK JAWATAN ATAU BERDEPAN DEMO

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Related Posts with Thumbnails