NORSIAH LANTIK KARPAL BELA KEMATIAN ANAKNYA
03.05.2010 : Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP akan mengiringi keluarga Aminulrasyid Amzah ke lokasi di mana remaja berusi 14 tahun itu ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu.
"Perkara pertama ialah meninjau di lokasi kejadian," kata Karpal pada sidang media bagi mengumumkan perlantikannya sebagai peguam keluarga itu. Menurut Karpal, dia dilantik oleh keluarga tersebut oleh Norsiah Mohamad, ibu kepada remaja berkenaan.
"Saya telah diminta bagi bertindak bagi pihak ibu Aminulrasyid berhubung semua perkara yang timbul akibat kematian anaknya, termasuk memulakan prosiding undang-undang - kedua-dua sivil dan juga jenayah - terhadap polis dan kerajaan," katanya. - MALAYSIAKINI
PAKAR FORENSIK AMIDON TAWAR BANTUAN
03.05.2010 : Pakar forensik Amidon Anan - yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.
Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.
Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon (gambar) di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu. "Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993. Kamaruddin menambah sekiranya keluarga Aminulrasyid menerima tawaran Amidon, ia akan membolehkan mereka membuat perbandingan laporan kejadian itu dengan versi polis. "Kami mahu pandangan kedua," katanya. - MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan