VVIP DENAI CINTA

24 Mei 2013

'Pathma ada motif bunuh Sosilawati'

SHAH ALAM – Hakim Datuk Akhtar Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai motif untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kerana tersepit isu penjualan tanah di Pulau Pinang. 

23 Mei 2013

Pathmanabhan, Tiga Pekerja Ladang Ke Tali Gantung Kerana Bunuh Sosilawati Dan Tiga Individu Lain

SHAH ALAM, 23 Mei : Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. 

22 Mei 2013

Nasib Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Diketahui Esok

SHAH ALAM, 22 Mei : Selepas hampir dua tahun, nasib empat tertuduh dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat serta mendapat liputan meluas media, akan diketahui esok selepas pembelaan menutup kesnya pada Selasa lepas. 

16 Mei 2013

Keterangan Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Perlu Ditolak

SHAH ALAM, 16 Mei : Keterangan empat tertuduh dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah tidak selamat dan tidak boleh dipercayai, Mahkamah Tinggi diberitahu Rabu. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Saiful Edris Zainuddin berkata ini kerana keterangan tertuduh keempat bercanggah dengan keterangan tertuduh lain, terutama berhubung isu sama ada Sosilawati dan tiga individu lagi berada di Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010, selain pembabitan mereka membunuh sekurang-kurangnya tiga mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin. 

15 Mei 2013

Tiada Pembunuhan Kejam Babitkan Sosilawati Dan Tiga Individu Pada 30 Ogos 2010 - Peguam

SHAH ALAM, 14 Mei : Tidak ada bukti atau keterangan langsung yang menunjukkan terdapat pembunuhan kejam membabitkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos 2010, Mahkamah Tinggi diberitahu Selasa. 
Related Posts with Thumbnails