VVIP DENAI CINTA

30 September 2010

Lagu Tema Upin Ipin Bawa Pesan Persahabatan Malaysia-Indonesia


JAKARTA, 29 Sept [Bernama] : Padi, sebuah kumpulan muzik sedang meningkat di Indonesia Rabu melancarkan album single dengan lagu berjudul 'Sahabat Selamanya' untuk lagu tema siri kartun Malaysia 'Upin Ipin', yang membawa pesan persabahatan Malaysia-Indonesia. Penghormatan yang diberikan oleh produser kartun Upin Ipin itu kepada kumpulan muzik itu, sekaligus menjadi daya usaha diplomasi budaya dua negara bersahabat, di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia sejak pertengahan Ogos lalu.

29 September 2010

Temubual Erni Dekritawati Yuliana Buhari Bersama Radio 24 [Bernama]

'Saya Datang Ke Malaysia Bantu Siasatan Polis Dan Tidak Mempunyai Kepentingan Lain' - Usharani

BANTING, 28 Sept [Bernama] : S.Usharani, isteri kepada usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun ini, berkata beliau datang ke Malaysia hanya untuk membantu siasatan polis berhubung kehilangan suaminya dan tidak mempunyai kepentingan lain. Beliau berkata buat setakat ini beliau hanya memberi keutamaan kepada kes tersebut dan tidak mahu tahu mengenai segala harta yang dimiliki oleh suaminya.

Kes Sosilawati : Siasatan Diteruskan Dan Media Jangan Salah Lapor

PUTRAJAYA, 28 Sept [Bernama] : Pengarah Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan kes Sosilawati dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Kita mempunyai kertas siasatan yang boleh dianggap sebagai mantap, tetapi terpulang kepada perbincangan kita dengan pihak Jabatan Peguam Negara. Iaitu sama ada mereka memerlukan kami untuk mencari bahan-bahan tertentu lagi dalam siasatan kami terhadap kes ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Peguam Negara Bimbang Siasatan Kes Sosilawati Diperbesar-besarkan

PUTRAJAYA, 28 Sept [Bernama] : Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail Selasa melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan. Beliau berkata terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan.

28 September 2010

Kes Bunuh Sosilawati: Peguam Tidak Tahu Bila Pelanggan Akan Didakwa

KUALA LUMPUR, 28 Sept [Bernama] : Peguam Ravi Nekoo yang mewakili dua adik beradik peguam yang ditahan berhubung pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, berkata beliau tidak tahu bila pelanggannya dan enam lagi suspek akan didakwa. "Perintah tahanan reman pelanggan saya akan berakhir hari Sabtu, jadi saya rasa mereka mungkin didakwa Jumaat ini, atau polis mungkin memutuskan untuk memohon tempoh tahanan dilanjutkan kepada majistret," katanya kepada Bernama pada Selasa.

RITA TEKAD TERUSKAN LEGASI IBUNYA

KUALA LUMPUR, 28 Sept [Bernama] : Anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, bertekad meneruskan legasi ibunya agar kehidupan beliau dan adik-adiknya lebih terjamin. Beliau yang lebih dikenali sebagai Rita, mengaku telah bersedia menghadapi cabaran sebagai ahli perniagaan berjaya bagi menyambung usaha yang ditinggalkan ibunya.

Rita berkata walaupun ada pihak yang mungkin mempertikaikan keupayaannya berikutan usia yang masih muda, beliau menegaskan mampu berdepan cabaran tersebut hasil didikan dan tunjuk ajar ibunya. "Saya ingin tegaskan yang saya sudah bersedia untuk mengalaminya. Saya tak risau. Kita bersaing secara sihat," katanya yang turut menjadikan ayahnya, Buhari Mohamad sebagai mentor, selain Sosilawati.

'SAYA TAK MAHU ADIK MENANGIS'

TENANG... Rita kelihatan tenang ketika menjawab soalan yang dikemukakan Azlan Idris dalam temubual program Kerusi Panas Radio di Bernama, semalam.

KUALA LUMPUR [myMetro] : "Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat," kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.

Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.
"Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya," katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

27 September 2010

Suspek Utama Dakwa Didera Mental, Fizikal Dalam Tahanan

PETALING JAYA [Metro] : Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendakwa dia diseksa mental dan fizikal ketika dalam tahanan reman sejak hari pertama ditahan pada 11 September lalu.

Dalam laporan polis dibuat kira-kira jam 5 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, peguam suspek, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam berkata, anak guamnya itu mendakwa didera anggota polis yang mengendalikan soal siasat kes berkenaan dengan pelbagai bentuk penderaan.

Polis Dipercayai Tidak Jumpa Mayat Di Lokasi Pembunuhan Sosilawati

BANTING, 26 Sept [Bernama] : Polis dipercayai tidak menemui mayat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dalam operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini.

Pihak media yang menunggu di lokasi berkenaan sejak pagi hingga 6.55 petang melihat lebih 10 kenderaan polis termasuk van yang membawa empat suspek dan sebuah jengkaut meninggalkan ladang tenakan itu.
Bagaimanapun, sumber yang tidak mahu dikenali, berkata polis tidak menemui mayat di dalam kawasan itu tetapi menemui 'sesuatu' yang dipercayai boleh memberi pertunjuk kepada kehilangan seorang ahli perniagaan, Mohd Shafik Abdullah dari Sungai Petani, Kedah.

Anak Sulung Sosilawati Ditemuramah Radio24 Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Sept [Bernama] : Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, akan ditemuramah oleh Radio24 Bernama (93.9FM) menerusi programnya 'Kerusi Panas' mulai pukul 6.30 petang Isnin. Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.



Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati Buat Laporan Polis Dakwa Dipukul

PETALING JAYA, 26 Sept [Bernama] : Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman. Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam.

Jumlah Kes Libatkan Suspek Kes Sosilawati Tidak Didedah Buat Masa Ini - Ismail

KUALA TERENGGANU, 26 Sept [Bernama] : Polis tidak akan mendedahkan angka sebenar kematian atau kes orang hilang yang melibatkan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya sebelum siasatan menyeluruh dilakukan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis masih menyiasat kes pembunuhan Sosilawati serta tiga yang lain dan kemungkinan wujud kes-kes kematian lain yang melibatkan suspek berkenaan.
"Hari ini saya tidak mahu mengesahkan apa-apa. Usaha yang dijalankan itu lebih penting. Apabila sudah dapat bukti dan fakta, baru kita beritahu," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Ibupejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini Ahad. Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

26 September 2010

DATUK SOSILAWATI : Beriya-iya Minta Maaf Dan Berjumpa Dalam mimpi

SHAH ALAM [myMetro] : "Aku minta maaf ya. Manalah tahu raya nanti kita tak jumpa." Begitu luahan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, kepada sahabat 'suka dan duka' nya, Siti Rudziah Lembek, 46, beberapa minggu sebelum jutawan kosmetik itu dipukul sampai mati dan mayatnya dibakar serta abunya dibuang ke sungai.

"Pelukan itu sungguh luar biasa. Sambil memeluk, dia (Sosilawati) meminta maaf. Saya tidak berasakan apa-apa keanehan ketika itu dan menganggap dia bergurau.
Saya beritahu raya nantilah minta maaf tetapi dia menjawab, manalah tahu raya nanti kami tidak berjumpa," katanya.

Sosilawati Mencari Kasih - myMetro

25.09.2010 [myMetro]
SEBAGAI individu, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bertuah kerana dianugerahkan Ilahi harta melimpah ruah hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan, terutama kosmetik, selama ini.
Wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS yang mengenali dan antara teman rapatnya sejak 16 tahun lalu, mempunyai bingkisan istimewa mengenai kisah hidup jutawan berhati waja itu.

"SATU hari ketika saya bermalam di rumahnya, dia pernah meluahkan rasa yang sangat meruntun hati saya sebagai sahabat dan wanita.
Beliau berkata: "Aku ada segala-galanya... (harta). Apa yang aku inginkan semua Tuhan bagi kecuali satu, iaitu kasih sayang. Aku tak pernah mengharapkan harta daripada mereka sebab aku sudah ada. Yang aku inginkan hanya kasih sayang."

ANGGARAN HARTA DATUK SOSILAWATI LAWIYA - myMetro

Info myMetro
  • Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
  • Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
  • Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
  • Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
  • Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
  • Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
  • Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

Info myMetro

'WASIAT' SOSILAWATI : Serahkan Semua Perniagaan Kepada 6 Anak

LEGA ANAK URUS NIAGA
KUALA LUMPUR [myMetro] : "Allahyarham pernah berkata kepada saya, dia lega anaknya boleh diharap dan mempercayai mereka seratus peratus untuk mengendalikan semua perniagaannya, lebih-lebih lagi tiada orang lain yang boleh dipercayai," kata Datuk Zaidi Zain, peguam peribadi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh kejam.

25 September 2010

Sosilawati Sahabat Baik Bantu Perjalanan Seni - Jamal

KUALA LUMPUR, 25 Sept [Bernama] : Raja Pop terkenal, Jamal Abdillah pada Sabtu berkata jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh dengan kejam, merupakan sahabat baik yang banyak membantu dalam kerjaya seninya selama ini.

Malahan, sebelum ini ada perancangan di antara mereka untuk memasarkan satu produk kesihatan Jamal yang terbaru di stokis-stokis beliau dan mengikut perancangan, produk itu akan mula dipasarkan mulai Mei depan.

Siasatan Kes Pembunuhan Sosilawati Dijangka Selesai Dalam Masa Terdekat - KPN

GEORGE TOWN, 25 Sept [Bernama] : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Sabtu berkata siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dijangka selesai dalam tempoh terdekat. "Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)... kita akan selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob sempena Hari Raya Aidilfitri di sini. Pada Jumaat, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Polis Nafi Kenyataan Sebuah Akhbar Mengatakan Sosilawati Dirogol

KUALA LUMPUR, 24 Sept [Bernama] : Polis Jumaat menafikan laporan media yang mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dirogol. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan di sini menafikan laporan itu, yang disiarkan di muka depan sebuah harian berbahasa Melayu semalam bertajuk '8 suspek jalani ujian sperma: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati dirogol'.

Pasukan Forensik Polis Dan Suspek Dibawa Ke Ladang Milik Suspek

BANTING, 24 Sept [Bernama] : Pasukan forensik polis Jumaat melawat lagi ladang ternakan milik salah seorang suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ladang yang terletak di Ladang Gadong Tanjung Sepat, Banting, Selangor adalah tempat dipercayai Sosilawati, 47, pemandunya Kamarudin Shansuddin, 44 peguam peribadinya Ahmad Kamil Abd Karim 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad,38 dibunuh dan dibakar selepas dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas.
Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

24 September 2010

TAK PERNAH TERNIAT AMBIL HARTA ISTERI - SUAMI DATUK SOSILAWATI

TAK TERNIAT AMBIL KESEMPATAN
KUALA LUMPUR [
myMetro] : "Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk mengambil kesempatan terhadap harta isteri dan keluarganya seperti tohmahan yang dilemparkan. Bagi saya, tiada lebih penting selain keharmonian keluarga dan anak-anak tiri saya," kata suami Datuk Sosilawati Lawiya. Ahli perniagaan berusia 48 tahun itu yang masih enggan identitinya didedahkan berkata, dia kurang menonjolkan diri di sebalik kematian tragis isterinya kerana tidak mahu orang tersalah anggap dan menuduh dia ingin mengambil harta jutawan wanita itu.

Isteri Jutawan India Yang Hilang Dedahkan Rakaman Perbualan Telefon Dengan Suspek

KLANG, 23 Sept [Bernama] : S Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, Khamis mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Kapar di sini.
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.

Ketua Polis Negara Ulangi Janji Beri Perkhidmatan Terbaik

SUNGAI PETANI, 23 Sept [Bernama] : Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengulangi hasratnya mahu pasukan itu memberikan perkhidmatan terbaik, meminta semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan pendekatan lebih mesra dan ikhlas supaya mendapat kerjasama erat masyarakat.

"Mesej saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi kehendak masyarakat mudah difahami walaupun sebenarnya ia sukar dilaksanakan kerana pelbagai faktor.
Faktor itu antaranya memerlukan pengorbanan, layanan mesra, tindakan pantas dan efisien setiap peringkat selaras dengan perkembangan ilmu dan teknologi," kata Ismail kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.

Reman Lima Suspek Kes Bunuh Sosilawati Dan Tiga Yang Lain Disambung Seminggu Lagi

KUALA LUMPUR, 23 Sept [Bernama] : Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi mulai Khamis. Pendaftar Mahkamah Majistret Ahmad Shakib Ismail membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas kelima-lima lelaki yang berumur antara 20-an hingga 30-an yang berakhir pada Khamis bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.

23 September 2010

LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA



Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah
"Larangan menghina sesama manusia"

Sidang jumaat yang berbahagia,
Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah untuk selama-lamanya. Firman Allah taala dalam surah Al-Imran ayat 85

Maksudnya : "Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi."

Lelaki Dipercayai Suspek Utama Dibawa Ke Saluran Air Untuk Cari Bukti

BANTING, 23 Sept [Bernama] : Seorang lelaki, yang dipercayai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sekali lagi dibawa ke sebuah saluran air di sini, dipercayai bagi mencari bahan bukti baru kes itu. Pasukan forensik dilihat membawa suspek, yang berpakaian lokap berwarna ungu dengan tangan bergari, ke sebuah saluran air yang menghubungkan tali air Kampung Sungai Lang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis.

Mereka kemudiannya meninggalkan lokasi itu dua setengah jam kemudian, dengan tidak menemui sebarang objek atau bahan bukti. Kelmarin, suspek berusia 41 tahun itu turut dibawa polis ke lokasi sama dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

BENARLAH MEREKA DIROGOL

Tak tahu nak kata apa. BODOH...? Memang bodoh pun. Masa depan? Gelap la nampaknye. Baru 14 tahun, lari ikut jantan dan akhirnya melakukan seks 'dengan kerelaan'. Susahnya menjaga anak remaja (terutamanya perempuan) dalam zaman yang serba mencabar ni. Betullah kata orang tua dulu-dulu, "Menjaga kerbau sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan seorang...!!!"

....................................
Dua Rakan Lelaki Kepada Tiga Remaja Perempuan Yang Hilang Direman Tujuh Hari
GEORGE TOWN, 22 Sept [Bernama] : Dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, Rabu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu yang berasal dari Kampar dan Teluk Intan, Perak, ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Jam Tangan Jadi Petunjuk Suami Mungkin Senasib Sosilawati

SUNGAI PETANI, 22 Sept [Bernama] : Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilapor hilang April lepas, Mohd Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata dia dipanggil oleh polis untuk mengenalpasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.
"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bunga Raya, di sini pada Rabu.

LAPORAN KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA

22 September 2010

MAT HITAM BIADAB - HANTAR BALIK KE NEGARA MEREKA!!!

Pihak-pihak berwajib, tolong pantau kegiatan / aktiviti / perlakuan; Mat-mat Hitam warga Afrika ni. Datang ke Malaysia kononnya sebagai pelajar tetapi seringkali berlagak samseng dan tak menghormati warga tempatan. Kes pergaduhan, mengganggu ketenteraman penduduk, mengganggu anak dara serta isteri orang dan pelbagai lagi lagak buruk Mat Hitam ini sewajarnya diambil perhatian. Mana-mana yang dilihat melampau, hantar je balik negara diorang!!! Jangan nak 'memberatkan' bumi Malaysia ni dengan perilaku buruk tak bertamadun. Menyusahkan masyarakat dan pihak berkuasa je Mat-mat Hitam ni.

......................


5 Bergaduh Rebut 2 Wanita
AMPANG [
myMetro] : Gara-gara berebut teman wanita, sekumpulan lima lelaki warga Afrika bergaduh menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan pergaduhan itu di Bandar Baru Ampang, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, semua lelaki Afrika terbabit tidak mengendahkan amaran polis supaya berhenti bergaduh menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi menghentikan tindakan itu.

Kes Bunuh Sosilawati : Kontraktor Tak Pulang-Pulang

SEDIH... Samsonnahar melihat baju Melayu yang dibeli untuk suaminya
dua hari sebelum menyambut hari raya.


SUNGAI PETANI [myMetro] : "Hati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya," kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

Penyelam Polis Temui Objek Seperti Gelang Emas Di Kunci Air

Gambar oleh myMetro

BANTING, 21 Sept [Bernama] : Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, hari Selasa. Empat anggota penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi.

LAPORAN LENGKAP KES PEMBUNUHAN SIAP 2 MINGGU

Kertas Siasatan Kes Sosilawati Diserah Kepada Peguam Negara - Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 21 Sept [Bernama] : Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara Selasa. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.


"Saya memang rasakan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) sudah lakukan dengan cukup baik. Kerana dalam masa singkat bukan sahaja dapat kenalpasti tetapi juga menahan suspek. Saya juga dimaklumkan oleh Datuk Seri Bakri Zinin (Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman) bahawa kertas siasatan sudah diserah kepada Peguam Negara hari ini," katanya.

21 September 2010

Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati Dibawa Semula Ke Firma Guamannya

BANTING, 21 Sept [Bernama] : Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, Selasa. Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Remaja Perempuan Hilang Ditemui - Umur Baru 14 Tahun Dah Pandai Lari Ikut Jantan!!!

Umur baru 14 tahun, tapi dah pandai lari ikut jantan!!! Apa nak jadi dengan anak-anak remaja sekarang! Pengaruh rakan sebaya dan kecanggihan teknologi menjadi bahana apabila disalahguna. Teknologi perhubungan terutamanya melalui penggunaan text message (SMS) mencetuskan pelbagai masalah sosial. 'Perancangan' ke arah kejahatan lebih mudah dilakukan dalam dunia hari ini melalui SMS.

Nak mengayat anak dara orang pun senang, guna jea SMS, tentu 'cair' si anak dara dan mudahlah untuk perancangan seterusnya...!!! Ibubapa dan penjaga serta pihak-pihak berwajib, bersama-samalah kita menjaga dan mencari jalan agar kebejatan sosial hasil dari perkembangan teknologi ini dapat dibendung agar anak-anak muda kita tidak terus hanyut terleka dibuai mimpi-mimpi indah penuh fantasi.

.......................................
Remaja Perempuan Hilang Di Kampar Ditemui Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 21 Sept [
Bernama] : Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.
Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Insp Mohd Fadzli Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi.

Dua Suspek Bunuh Sosilawati Dibatal Lesen Guaman Sejak 2009

KUALA LUMPUR, 21 Sept [Bernama] : Lesen amalan guaman dua peguam yang menjadi suspek kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain telah digantung dan dilucutkan keahlian bermula 5 Nov tahun lepas, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Beliau berkata pembatalan itu dibuat setelah Majlis Peguam membuat siasatan berhubung salah laku keduanya yang merupakan adik-beradik tetapi mereka telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membuat penangguhan ke atas pembatalan itu.

"Berikutan kebenaran permohonan pembatalan itu mereka masih meneruskan amalan sebagai peguam," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa. Ragunath berkata setiap peguam yang didapati terlibat dalam penyelewengan akaun anak guam, rasuah dan lain-lain kesalahan berat akan dibatalkan lesen amalan mereka serta-merta setelah siasatan dibuat iaitu membabitkan 30 peguam sejak lima tahun lepas.

SELAMAT BERJUANG KEPADA 494,493 CALON UPSR 2010!!!

DOAKAN KEJAYAAN PELAJAR
KUALA LUMPUR, 21 Sept [Harakahdaily] :
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh mendoakan seluruh murid tahun enam yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat menjawab soalan dengan baik dan diberi kejayaan yang cemerlang. Nuridah mengingatkan mereka agar menjaga kesihatan sepanjang tempoh peperiksaan yang bermula hari ini sehingga Khamis ini.

"Kepada para pelajar saya ucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan semoga berjaya dengan cemerlang. Sepanjang musim peperiksaan ini jagalah kesihatan, tidur awal agar dapat bangun awal dan membuat persediaan rapi sebelum masuk ke dewan peperiksaan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

KEMATIAN SARINA TIADA KAITAN DENGAN KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI - PDRM

KUALA LUMPUR, 20 Sept [Bernama] : Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

"Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan... Kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya. Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lepas. Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya.

Kertas Siasatan Kes Bunuh Sosilawati Diserah Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 20 Sept [Bernama] : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok (Isnin, 21.09.2010). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ SYOR KELUARGA SOSILAWATI BINA MASJID

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat memberi pendapat agar keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam membina sebuah masjid atau tempat kebajikan atas nama Allahyarhamah bagi mengingatinya.

Katanya, dengan pembinaan tempat terbabit ia bukan saja dapat memberi kemudahan kepada masyarakat setempat malah Allahyarhamah Sosilawati akan dikenang keluarga mangsa dan masyarakat sekitar.

Beliau berkata demikian setelah keluarga mangsa meminta pendapatnya bagaimana untuk mengenang Allahyarhamah yang mungkin tidak mempunyai pusara. "Saya rasa itu cara terbaik untuk mengingati Allahyarham di samping berbakti kepada masyarakat sekitar," katanya. Mursyidul Am PAS itu menziarahi keluarga Sosilawati di kediamannya di Taman Harmonis, Gombak di sini yang turut di temani oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. - BERITA HARIAN 21.09.2010

20 September 2010

Rumah Terbuka Aidil Fitri Datuk Ismail Sabri - Ruginya Tak Dapat Pergi!!!


Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri
@Laman Kerayong, Parlimen Bera. 19 September 2010

Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub, sampainye hati tak ngajok Koi (saya; lohgat Temerloh) pegi rumoh terbuke yang awok buat...!!! Koi pun teringin le jugok nok 'sehati berdansa' dengan penari-penari yang Datuk bawok tu... Kesucian Aidil Fitri...? Suci la tu kan Datuk. Kite Melayu Islam sambut lebaran, yang menari tu dari kaum Cina, sesuweeiii le sangat ngan semangat 1Malaysia...!!! PM Najib tentu suke...!!!

Datuk, tahun depan awok buat le lagi, boleh Koi same-same join, teringin bebenor Koi nak menunjukkan rase syukur Koi dengan cara yang Datuk buat ni. 'Kepimpinan melalui teladan', tak gitu Datuk. Kim salam rindu Koi kat anok Datuk si Dafi tu. Koi minat sesangat kat dia sejak Akademi Fantasia dulu lagi tuuu....

SEKS PENAWAR TERBAIK ATASI TEKANAN

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa DIA jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapat ketenangan dan behagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah ar-Rum ayat 21)
........................................
NEW DELHI, 20 Sept [Bernama] : Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal. Dr Narayana Reddy berkata slogan 'penyembuhan seksual' di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

 Nik Aziz Lawat Keluarga Sosilawati

GOMBAK, 20 Sept [Harakahdaily] : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu. Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.
"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini. Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Kes Bunuh Sosilawati: Keluarga Suspek Utama Lantik Peguam

KUALA LUMPUR [mStarOnline] : Peguam Ravi Nekoo pada Isnin dilantik sebagai peguam yang akan mengetuai pasukan pembelaan bagi dua suspek utama yang terlibat dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, Ravi berkata pelantikannya dibuat oleh ahli keluarga suspek yang mana-mana kedua adik beradik itu merupakan pengamal undang-undang di negara ini

................................
Dua Beradik Yang Ditahan Reman Dalam Kes Sosilawati Lantik Peguam
KUALA LUMPUR, 20 Sept [Bernama] : Dua peguam adik-beradik yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya sudah melantik peguam bagi mewakili mereka. Ravi Nekoo dari Hakemarabi & Associates dalam satu kenyataan Isnin berkata anggota keluarga dua peguam berkenaan melantik peguam pada 12 September lepas.


"Sejak itu kami sudah membentuk satu pasukan pembelaan," kata Ravi, yang menjadi peguam jenayah dan sivil sejak 15 tahun lepas. Sabtu lepas, mahkamah membenarkan tempoh tahanan reman terhadap dua beradik itu dan seorang lagi suspek kes berkenaan dilanjutkan sehingga 25 September ini.

Polis Siasat Dakwaan Kematian Sarina Akibat Terkilan Kematian Sosilawati

GEORGE TOWN, 19 Sept [Bernama] : Polis akan menyiasat dakwaan yang kematian pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, di Permatang Pauh dekat sini semalam, akibat terkilan dan sedih dengan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Sarina, 45, dikatakan membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya di Taman Pauh Jaya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata pihaknya akan menyiasat punca sebenar kematian itu termasuk dakwaan berkenaan. Beberapa akhbar melaporkan bahawa Sarina adalah kenalan rapat Sosilawati. "Polis (bagaimanapun) tidak menolak kemungkinan kes itu langsung tidak ada kena mengena dengan kes Sosilawati dan setakat ini belum ada bukti dan tanda-tanda yang melibatkan unsur 'foul play' (jenayah) dalam kes ini," katanya.

Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri Kerana Masalah Keluarga

BUKIT MERTAJAM, 19 Sept [Bernama] : Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini. Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

18 September 2010

Tempoh Reman 'Datuk' Kes Bunuh Sosilawati Dan Tiga Individu Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 18 Sept [Bernama] : Tempoh tahanan reman seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' bersama adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dilanjutkan sehingga 25 Sept ini.

Majistret Mohd Azeli Ibrahim pada Sabtu membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas ketiga-tiga lelaki yang berumur lingkungan 30 dan 40an itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Perintah dikeluarkan Mohd Azeli di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat semua suspek terbabit ditahan.

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI : Tempoh Lanjutan Reman Tiga Suspek Diketahui Sabtu

KUALA LUMPUR, 18 Sept [Bernama] : Polis akan memohon lanjutan reman untuk tiga dari lapan suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata permohonan itu akan dikemukakan Sabtu dan tempoh lanjutan itu bergantung kepada keputusan Majistret.

"(Reman) akan sambung Sabtu. Kita belum tahu keputusan (berapa hari). Tunggu mahkamah benarkan," katanya kepada Bernama menerusi SMS di sini Jumaat malam. Polis membuat tangkapan pertama pada 9 Sept melibatkan seorang lelaki dipercayai Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam di Banting manakala enam lagi ditahan pada 10 Sept.

17 September 2010

M. RAJOLI KEMBALI KERAHMATULLAH - AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

PETALING JAYA [mStar Online] : Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu.
M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

M. RAJOLI BERADA DALAM KEADAAN NAZAK

PETALING JAYA [mStar Online] : Pelakon veteran M. Rajoli, 65, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang Indah, Ampang selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Menurut anak sulungnya, Siti Zaleha, 34, yang dihubungi mStar Online, kira-kira pada pukul 8 malam Jumaat, ayahnya dimasukkan ke hospital itu selepas mereka mendapati keadaannya semakin uzur.

Pada waktu ini, M. Rajoli berada dalam keadaan nazak dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke hospital petang Khamis.


"Ayah dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Khamis) selepas kami mendapati dia tidak dapat membuka mata dan tidak boleh bergerak.
Pada waktu ini, apa yang boleh saya katakan memang keadaan ayah tenat dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan kerana dia tidak boleh bernafas secara normal lagi," katanya.

KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI : Media Dibenar Dekati Ladang Gadong

KUALA LANGAT, 17 Sept [Bernama] : Selepas seminggu dikawal ketat oleh polis, petugas media pada Jumaat dibenar mendekati kawasan pintu hadapan Ladang Gadong, yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Bagaimanapun, ketika menghampiri kawasan itu kira-kira pukul 3 petang tadi, terdapat dua anggota polis masih berkawal dan tidak membenarkan pihak media melepasi laluan serta kawasan dalam ladang berkenaan. Tinjauan Bernama mendapati kawasan ladang itu dipagari dengan tembok batu setinggi kira-kira dua meter dengan pintu masuk utama menggunakan pagar kawalan automatik serta terdapat satu lagi pagar 100 meter dari pintu utama ladang. Pintu masuk utama ladang milik suspek utama kes itu turut tertera dua tanda amaran iaitu 'Dilarang Masuk' dan 'Awas Anjing Ganas'.

LAPORAN SIASATAN KES BUNUH SOSILAWATI KE PEGUAM NEGARA MINGGU DEPAN & SUSPEK UTAMA TIDAK PERNAH DIANUGERAH GELARAN DATUK

LAPORAN SIASATAN KES BUNUH SOSILAWATI KE PEGUAM NEGARA MINGGU DEPAN
KUALA LUMPUR, 17 Sept [
Bernama] : Laporan lengkap siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya yakin bahawa mereka telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti kukuh bagi mengaitkan dan mengheret suspek ke muka pengadilan. "Polis percaya kes pembunuhan melibatkan Sosilawati dan empat rakannya itu telah dapat diselesaikan berdasarkan tindakan yang telah diambil dan bahan-bahan bukti yang telah berjaya diperoleh."

Siasatan Pembunuhan Sosilawati TANPA UNSUR PERKAUMAN - Ismail Omar

BANTING, 16 Sept [Harian Metro] : Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.

"Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa," katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara. - Sumber BERNAMA

Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati Disyaki Terbabit Kes-Kes Lain

BANTING, 16 Sept [Harian Metro] : Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek utama siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya turut mempunyai kaitan dengan kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersil di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang juga seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lalu.

Jangan Kaitkan Setiap Kejadian Dengan PERKAUMAN

KUALA LUMPUR, 16 Sept [Bernama] : Orang ramai diminta supaya tidak sentiasa mengaitkan setiap perkara atau kejadian yang berlaku dalam negara dengan unsur perkauman. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang membuat gesaan itu berkata tindakan mengaitkan setiap kejadian dengan unsur perkauman perlu dielak, khususnya dalam suasana negara menyanjung perpaduan di dalam kepelbagaian kaum.

"Saya tahu mungkin ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang ingin memporak-perandakan masyarakat dan memecah-belah perpaduan yang sedia wujud di kalangan rakyat Malaysia dengan mengaitkan setiap isu yang timbul dengan perkauman, termasuklah kes jenayah bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya," katanya.

16 September 2010

IKLAN RAYA PERODUA : DICIPLAK DARI KISAH DI INTERNET...?


Iklan Raya yang bertemakan 'Janji'
Klien : Perodua
Agensi Pengiklanan : Naga DDB Sdn Bhd
Pengarah Filem : Joe Hasham
Jangkamasa : 90 saat

.....................

Iklan oleh antara 'GERGASI' automatif di Malaysia. Namun agak mengecewakan apabila iklan yang ditangani oleh pengarah berkaliber ini diciplak kisahnya dari cerita-cerita di internet. LEBIH MENGECEWAKAN, dah la meniru, penyampaian yang dilakukan amat kurang berkesan dan 'hampir' langsung tidak menyentuh hati. Kisah ini pernah disalin-tampal di blog ini pada Disember 2009 menggunakan tajuk SETIA SEORANG LELAKI


LAPORAN HARIAN METRO : KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI

Pembunuh Sosilawati Layak Digelar Iblis!!!

16 ANJING GANAS
BANTING [Harian Metro] : Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

Helikopter Milik Bomba Terhempas Di Lanchang

KUANTAN, 16 Sept [Bernama] : Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang Pahang kira-kira 9.30 pagi tadi. Nasib empat anggota bomba dalam helikopter berkenaan masih belum diketahui, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood.

......................
UPDATE!!!
SAKSI NAMPAK HELIKOPTER BERPUSING SEBELUM TERHEMPAS
TEMERLOH, 16 Sept [Bernama] : Seorang peneroka berkata beliau melihat helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat berpusing sebelum melanggar pokok getah di atas bukit dan terhempas di celah pokok di ladang getah Bukit Lada, Felcra Kuala Kaung dekat Lanchang pagi tadi.

15 September 2010

PEMBUNUHAN KEJAM Datuk Sosilawati : Kunci Kereta Ditemui

SELAM... Anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut
tempat membuang abu mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.


KUALA LUMPUR :
Sepasukan polis menemui 'objek' dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu. Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Dua Kes Orang Hilang Ada Kaitan Dengan Suspek Kes Pembunuhan Sosilawati

BANTING, 15 Sept : Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya.

ISU PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI : MB Kelantan Ucap Takziah

ISU PEMBUNUHAN JUTAWAN KOSMETIK DATUK SOSILAWATI LAWIYA

1. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri.

2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki." – hadis riwayat Imam Bukhari.

Waris Keempat-empat Mangsa Bunuh Jalani Ujian DNA Di HKL

KUALA LUMPUR, 14 Sept : Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari Selasa.

Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak pukul 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya, Azlan Shah Aziz, yang merupakan adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali. Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Tindakan Tegas Oleh SKMM Terhadap Penyalahgunaan Internet

KUALA LUMPUR, 14 Sept : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

SKMM berkata pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita atas talian yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

14 September 2010

Pembunuhan Sosilawati Tidak Berunsurkan Perkauman - KPN

14 Sept : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan menegaskan kes pembunuhan (Datuk Sosilawati dan 3 yang lain) 'tidak sama sekali berunsurkan perkauman'. "Ia adalah kes pembunuhan atau satu kes jenayah yang gruesome and cowardice," katanya.

Ismail turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau tafsiran sendiri dengan hanya mendengar khabar angin sehingga boleh memudaratkan keadaan. Beliau berkata dengan tertangkapnya beberapa suspek, kes ini boleh dianggap selesai dan ia merupakan satu kejayaan bagi Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.


"Siasatan akan disiapkan segera dan cadangan pertuduhan akan dikemukakan kepada pihak Peguam Negara agar mereka yang terlibat boleh diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,"
katanya. - BERNAMA

Senjata Cangkuk Diguna Bunuh Sosilawati

Anggota forensik bersama jam tangan (dalam bulatan)
yang ditemui ketika mencari bukti
kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

BANTING : Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.

Kes Sosilawati : EMPAT JUGA DISEMBELIH

CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.

BANTING : Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam. Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan."

13 September 2010

Tengku Muhammad Faris Dimasyhurkan Sultan Kelantan Hari Ini

KOTA BHARU, 13 Sept : Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki Takhta menggantikan Ayahanda Baginda berkuatkuasa hari ini," katanya.

12 September 2010

GANJARAN BESAR PUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Artikel ini disalin-tampal dari Harian Metro
Bagi sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka. Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Penemuan 4 Mayat di Morib, Apakah Ada Kaitan Dengan Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya?

Justify FullDesas-desus bertiup kencang setelah paparan berita di TV1 menyiarkan perihal penemuan 4 mayat di Morib, Selangor. Apakah ia punya kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Sosilawati Lawiya. Kita masih menunggu pengesahan dari pihak berkuasa mengenai kesahihan identiti 4 mayat yang ditemui itu.

Sebagai manusia apatah lagi sebagai umat Islam yang baru menyambut ketibaan Aidilfitri, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan biadab tidak kira ia dilakukan sesama insan mahupun haiwan. Perbuatan jahat, kejam dan zalim wajib dibanteras. Pelaku-pelaku kejahatan ini harus diheret kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman berat setimpal jenayah yang dilakukannya.

Salam Lebaran 1431H

Assalamualaikum wbt...
Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada. Salam lebaran khusus ditujukan buat sahabat dan saudara seISLAMku yang sudi meluangkan masa untuk menjengah belog usang ini.

Ampun maaf dipinta kerana diri ini pastinya tidak terlepas dari melakukan kekhilafan. Maaf andai ada tutur bicara dan tingkah perbuatan yang mengguris hati dan perasaan... Kadang-kadang, tanpa sedar, pasti ada kesilapan yang dilakukan sehingga membuat ada hati yang terluka...

Ramadhan 1431H berlalu meninggalkan kita. Pantasnya masa berlalu dan kita kan sepantas itu juga untuk menuju ke liang lahad... Apakah akan bersua lagi denganmu ya Ramadhan. Semoga Allah swt Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengurniakan usia yang panjang untuk kita terus mengecapi nikmat Ramadhan dan yang paling utama agar nikmat iman dan Islam ini berkekalan dalam diri kita hingga ke akhir nafas.

Tidak ingin berbicara panjang, hanya sekali lagi ingin diucapkan, SALAM SELAMAT MERAIKAN AIDILFITRI UNTUK SEMUA... SEMOGA EID MUBARAK INI MEMBERIKAN SEJUTA 'KEGEMBIRAAN DALAM KETAQWAAN' BUAT KITA. Dalam bergembira, usah dilupa pada mereka yang serba kekurangan. Wassalam...

09 September 2010

PENGGUNAAN TAJUK 'MELAMPAU' UNTUK MENARIK PERHATIAN PEMBACA

Tajuk akhbar bukan main gempak, tetapi apabila kisah sebenar diselidiki, ia tidaklah sehebat berita yang dipaparkan sebelumnya. Akhbar kebanyakkannya sanggup melakukan gimik sama ada melalui tajuk atau paparan gambar yang berlebih-lebihan semata-mata untuk menarik perhatian pembaca membeli akhbar mereka...!!!

Lihat sahaja kes remaja mangsa rogol ini, akhbar HARIAN METRO bertarikh 01 September 2010 meletakkan tajuk TIGA HARI HABUAN NAFSU LAPAN PEKERJA KILANG. Apabila membaca berita tersebut, maka kita pastinya akan terkejut dan ingin mengetahui kesengsaraan yang dihadapi oleh si mangsa yang 'diaqiqah' oleh LAPAN MALAUN...!!!

Namun PELIK BIN AJAIB apabila kes ini disiasat polis dan tertuduh dibawa kemuka pengadilan, mengapa hanya EMPAT MALAUN yang didakwa...? Ini dapat kita lihat dalam paparan berita yang disiarkan oleh MSTAR ONLINE (08 September 2010) dengan tajuk EMPAT PEMBAIKI PIANO DIDAKWA MEROGOL.

Inilah kesannya apabila berita ditulis tergesa-gesa dengan 'nawaitu' meletakkan tajuk 'gempak' untuk menarik perhatian (jualan akhbar) maka 'berita panas' sebegini dilaporkan dalam keadaan agak semberono. Tetapi mungkin juga maklumat yang diterima oleh wartawan pada masa tersebut masih juga belum lengkap lantaran mangsa yang masih trauma turut keliru dengan jumlah syaitan yang berulang-kali merogolnya. Setelah siasatan demi siasatan oleh pihak polis, barulah dapat disimpulkan tertuduh sebenar kes tersebut.

Walaupun begitu, kita amat berharap agar wartawan lebih beretika serta bertanggungjawab dalam mencari bahan berita agar perkara sebegini (meletakkan tajuk berita melampau) dapat dielakkan. Jika ingin menarik perhatian dan meningkatkan jualan akhbar sekalipun, biarlah tajuk penulisan tersebut selari dengan berita dan tidak terlalu jauh melangkaui fakta sebenar kes.

Related Posts with Thumbnails