VVIP DENAI CINTA

20 April 2020

KETUPAT SOTONG CITARASA KELANTAN


Bahan-bahan :
- 1kg Sotong (seeloknya saiz C)
- Beras pulut
- 1/2kg Santan segar
- Garam
- Gula Melaka/Nissan (disaran guna nissan Siam)
- Daun pandan




Cara penyediaan :
(01) Rendam beras pulut, bajet sesuai untuk bilangan sotong yang nak dimasak. Rendam beras pulut sekitar 30minit. Kemudian toskan airnya.

(02) Sotong yang dah disiang/dibasuh bersih, buang juga matanya. Masukkan beras pulut ke dalam sotong (masukkan beras pulut separuh badan sotong sahaja), kemudian ambil kepala sotong tekan-masukkan ke dalam badannya, cucuk dengan lidi/buluh (sekarang mudah sebab boleh guna buluh pencungkil gigi tu je).

(03) Masukkan sotong ke dalam periuk. Isi santan sehingga tenggelam sotong² tu, tak perlu ditambah air kerana air dari badan sotong tu pun akan keluar nanti.

(04) Masukkan pemanis, gunakan gula nissan (disarankan nissan Siam kerana warnanya lebih wowww coklat pekat). Dan daun pandan usah dilupa untuk aroma yang lebih memukau. Tambahkan juga sedikit garam.


Masukkan beras pulut, jangan penuh sangat, memadai separuh badan sotong.

Masukkan kepala sotong ke dalam badannya, tekan ke dalam dan cucuk lidi. Pastikan dicucuk elok agar tidak tertanggal agar pulutnya nanti kekal cantik di dalamnya.

Masukkan santan, gula melaka dan garam. (Kawal kemanisan yang diinginkan, ada yang suka manis dan ada yang suka kurang manis)

Masak dengan api sederhana sehingga kuah memekat dan sotong tu akan terbentuk comel.

Biasanya jika guna sotong saiz C, hasilnya akan sebegini. Kecil comel je saiznya setelah masak. Lebih kurang saiz sudu besar tu je.
SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails