VVIP DENAI CINTA

17 April 2020

RESIPI BEST IKAN PERCIK!!!

Resipi percik citarasa Kelantan. Jangan abaikan resipi ini kerana ia betul-betul sedap dan menepati citarasa. Cubalah! Sama ada percik ikan, atau anda boleh aplikasikan juga resipi ini untuk buat ayam percik!!! Semoga bermanfaat untuk semua, ALHAMDULILLAH.

MENU MERECIKKK
BULAN RAMADHAN!!!




Ikan Kembung 5 ekor
(basuh bersih dan kelar ikan)

2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
(Semua bahan dihiris nipis)

Masukkan dalam tabung pengisar.

Tambahkan 3/4 sudu besar garam

dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal
(atau jenama lain pilihan anda).

Kisar semua bahan hingga lumat.



Lumur rata bahan kisar pada ikan.
Perap selama 20 minit.




BAHAN UNTUK KUAH PERCIK
Untuk penyediaan kuah percik :
5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
2 ulas bawang putih
1/2 hiris nipis halia
Secubit belacan
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
(disangai dan dikisar halus)

Kisar semua bahan hingga lumat.



Masukkan bahan kisar dalam periuk.

Tambahkan sekali 6 senduk santan segera
(beli di pasar. Pekat asli daripada buah kelapa).
Tambahkan 1 senduk air kosong.


Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar
(kisar sendiri)
Guna cili kering saiz paling besar.
Tak pedas. Warna pun merah cantik.


Letak periuk atas dapur.
Buka api perlahan.
Perahkan sehiris limau nipis.


Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam
dan secubit perencah Hilal
(atau serbuk perasa jenama lain yang ada di rumah anda).

*Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri,
masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat.
Kacau kuah dengan api sederhana.


Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
Tahap kelikatan kuah yang lazat.
Siap untuk kuah percik sedap tak terkata!!!


Bakar ikan di atas bara api.
Jangan bakar hingga kering garing
supaya isinya kekal juicy.


Angkat seketika pemanggang ikan.
Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik
dan lalukan pada badan ikan depan belakang.


Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika.
Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.

Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.

*Kuah percik yang disalut tadi akan menjadi
lebih sedaps etelah dibakar dengan bara api.
Baunya juga lagi menusuk jiwa!


Sedia digabung bersama menu lain
pelengkap hidangan!


Selamat mencuba!

Kredit resepi merecikkkk ini untuk
Puan Afy Al Habibi yang menuntut
dari bondanya. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails