VVIP DENAI CINTA

26 Jun 2011

Bersih 2.0 : LARANGAN TIDAK SAH, POLIS LANGGAR PERLEMBAGAAN!!!

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan. "Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit. Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar. Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan. Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. - MALAYSIAKINI

25 Jun 2011

Facebook Perdana Menteri Jadi Medan Maki Hamun


Pening kepala aku tengok page Facebook milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Penuh dengan maki-hamun, kejian, provokasi, menghina agama serta komen berbaur perkauman antara penyokong PM dan mereka yang tidak bersetuju dengan PM.

Dah jadi cacamarba wall
Facebook PM tu. Nampaknya usaha PM untuk mendekati rakyat/masyarakat melalui medium popular seperti Facebook ternyata gagal. Laman Facebooknya menjadi tempat 'serangan' di antara dua pihak. Begitu sengal dan meloyakan setiap kali berkunjung ke Facebook tersebut. K|E|S|I|A|N Perdana Menteriku.

MALAYSIA NEGARA ISLAM : Pelatih Bomba Wanita Kecewa Kepala Dibotakkan!!!

ALOR SETAR, 24 Jun : Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.

AMINULRASYID : Analisis Tidak Dipengaruhi Keterangan Saksi, Tertuduh - Pakar Forensik

SHAH ALAM, 24 Jun : Seorang pakar forensik Jumaat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau menjalankan analisis terhadap siasatan forensik dalam kes kematian Aminulrasyid Amzah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana keterangan saksi pendakwaan dan tertuduh.

Bekas Ketua Bahagian Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berkata sebaliknya beliau mengguna pakai maklumat yang diberikan kepadanya seperti gambar, laporan Jabatan Kimia dan laporan CSI untuk membuat penilaian.

24 Jun 2011

BAHAGIA BUKAN PADA HARTA

Tertarik dengan kata-kata penuh makna oleh Tok Guru kesayangan rakyat Malaysia ini. "Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Aalhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai-berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ni bukan boleh dibeli di market,tapi ia datang daripada Allah SWT." - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar : Penghargaan kepada saudara Topeng Perak Unmasked

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada BERSIH 2.0?

Artikel oleh : Wira Arjuna
Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong?

23 Jun 2011

MAHASISWA SERTAI HIMPUNAN BERSIH HADAPI TINDAKAN DIBUANG ATAU DIGANTUNG PENGAJIAN

Gelabah Pak Menteri, mahasiswa diberi amaran! Amaran yang dilihat sebagai ugutan. Seakan ia jalan terakhir kerajaan untuk membendung kebangkitan mahasiswa bersama rakyat. Mahasiswa yang ingin keluar berhimpun bukan atas dasar mereka 'mewakili' universiti/kolej tempat mereka menimba ilmu!!! Mereka keluar berhimpun atas dasar mereka adalah rakyat Malaysia yang sedar bahawa himpunan aman adalah hak semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Amat tidak wajar dan bacul apabila menteri sendiri mengeluarkan ugutan sebegini dan menggunakan AUKU. AUKU wajar dipinda agar tidak digunakan sewenangnya oleh mereka yang memegang tampuk kuasa.

TINDAKAN TERHADAP MAHASISWA SERTAI HIMPUNAN

S
LIM RIVER, 23 Jun : Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang didapati menyertai perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Beliau berkata menyertai perhimpunan haram merupakan satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.

"Perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa maka jelas ia adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram itu kelak. - BERNAMA

BERSIH Tujuannya Baik, Menuntut Hak Rakyat Seperti Yang Dijanjikan Oleh Perlembagaan - Mantan Mufti Perlis

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Mantan Mufti Perlis
Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya; Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara.

Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Bersama Berhimpun Untuk Meraikan Demokrasi


8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2.0
Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011 membuat 8 Tuntutan iaitu :

  • BERSIHKAN SENARAI UNDI
  • MEREFORMASI UNDI POS
  • GUNA DAKWAT KEKAL
  • MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  • AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  • KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  • HENTIKAN RASUAH
  • HENTIKAN POLITIK KOTOR

22 Jun 2011

SENGAL : Wang Zakat Biayai Yuran Guaman Menteri?

KUALA LUMPUR, 22 Jun : Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000. Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

21 Jun 2011

Saingan Warga Asing : Lelaki Pahang Ketandusan Cinta?


LELAKI PAHANG HADAPI SAINGAN CARI PASANGAN
KUANTAN : Negeri Pahang dijangka akan mengalami 'Marriage Squeeze' berikutan kehadiran golongan lelaki lebih ramai daripada wanita iaitu 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010. Jumlah tersebut juga dikenal pasti melebihi paras nasional iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

19 Jun 2011

AL FATIHAH : Zami Ismail Atau Pak Uda Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 19 Jun : Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan 'Pak Uda' dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN). Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung. Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

16 Jun 2011

Malaysia Belum Bersedia Menghadapi Cyber War

Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - BERNAMA
APA JAMINAN KESELAMATAN SISTEM NEGARA KITA
KUALA LUMPUR, 16 Jun :
PAS melahirkan rasa bimbang terhadap sistem keselamatan siber negara ekoran sekurang-kurangnya 10 laman web kerajaan digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas perkara itu berkata ianya satu perkara serius dan menunjukkan Malaysia belum bersedia mendepani Cyber War.

15 Jun 2011

KONTROVERSI : KARTUN UTUSAN MALAYSIA YANG MENGHINA KAEDAH PELAKSANAAN HUKUM ISLAM

Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pihak Utusan Malaysia melalui kartunnya ini? APakah ingin menggambarkan bahawa undang-undang Islam itu lemah dan terkebelakang dan cuba menampilkan pihak polis dan undang-undang ciptaan manusia yang diguna-pakai kini lebih baik?

Errr... Rogol dan zina tu sama ke bahalol...?!!!

863 Kes MURTAD : 135 DILULUSKAN!!!

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu. Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan. Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira. Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

14 Jun 2011

Kementerian Pelancongan : CURI-CURI WANG MALAYSIA?


Susulan tindakan bahalol
Kementerian Pelancongan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya, ia lantas mendapat reaksi dari kalangan pengguna laman sosial terutamanya Facebook apabila ada yang terus membina halaman mengkritik tindakan 'mencuri'/mentekedarah wang rakyat yang berlaku ini. CURI-CURI WANG MALAYSIA antara laman yang memprotes tindakan bahalol tersebut...!!! JOM NYATAKAN SOKONGAN ANDA DEMI MEMBANTAH TINDAKAN JAHAT KERA JAAN YANG ASYIK MENGENAKAN RAKYAT...!!!

Kementerian Pelancongan Belanja RM1.8juta Untuk Kendali Facebook?

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

DEMI RAKYAT - AYUH BERSAMA MELAKUKAN PERUBAHAN



DEMI RAKYAT : Bersama kita melakukan perubahan dan memilih pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat!!! Pilihlah pemimpin yang benar-benar MENDAHULUKAN RAKYAT, bukannya seperti pemimpin sekarang yang asyik memastikan RAKYAT KENA DULU!!!

Penampilan istimewa penyanyi dan komposer, Yasin. Pengurus artis, Vernon yang lantang mempertahankan Sarawak serta pelakon Man Kadir atau lebih popular sebagai Pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Saksikan video ini!!!

13 Jun 2011

Tidak Wajar Samakan Isteri Taat Dengan Pelacur Kelas Pertama - Mufti Kelantan

KOTA BAHARU, 12 Jun : Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

01 Jun 2011

Who's The Third Person?

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!!
Related Posts with Thumbnails