Gelabah Pak Menteri, mahasiswa diberi amaran! Amaran yang dilihat sebagai ugutan. Seakan ia jalan terakhir kerajaan untuk membendung kebangkitan mahasiswa bersama rakyat. Mahasiswa yang ingin keluar berhimpun bukan atas dasar mereka 'mewakili' universiti/kolej tempat mereka menimba ilmu!!! Mereka keluar berhimpun atas dasar mereka adalah rakyat Malaysia yang sedar bahawa himpunan aman adalah hak semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Amat tidak wajar dan bacul apabila menteri sendiri mengeluarkan ugutan sebegini dan menggunakan AUKU. AUKU wajar dipinda agar tidak digunakan sewenangnya oleh mereka yang memegang tampuk kuasa.
TINDAKAN TERHADAP MAHASISWA SERTAI HIMPUNAN
SLIM RIVER, 23 Jun : Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang didapati menyertai perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Beliau berkata menyertai perhimpunan haram merupakan satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.
"Perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa maka jelas ia adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram itu kelak. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan