VVIP DENAI CINTA

30 Oktober 2010

FINAL PIALA MALAYSIA 2010 - Kelantan vs Negeri 9

Lebih kurang tiga jam dari sekarang, pertembungan antara Red Warriors (Kelantan) dan Negeri Sembilan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (8.45malam). Pertemuan di pentas final dua tahun berturut-berturut untuk kedua-dua pasukan ini.

Satu pencapaian hebat buat Kelantan yang belum pernah menjulang piala berprestij ini untuk sekali lagi beraksi di pentas final, dan pastinya skuad Hoben Jang Hoben juga menyimpan hasrat tinggi untuk mempertahankan kejuaraan ini agar tidak terlepas piala keagungan bolasepak Malaysia ini untuk di bawa ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Semoga suasana kemeriahan perlawanan akhir malam ini tidak dicemari oleh insiden-insiden pergaduhan dan merosakkan harta benda awam setelah kegagalan pasukan kegemaran. Peminat Kelantan terutamanya pasti lebih matang dan tenang kali ini dalam menghadapi segala kemungkinan sama ada menang mahupun kalah pasukan mereka.

Semoga kebangkitan sukan bolasepak tempatan dapat kita kecapi bermula dari detik ini, sudah sampai masanya pembangunan sukan bolasepak tempatan kembali kekemuncak sebagaimana kegemilangan di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. SENARIO SOKONGAN PADU PEMINAT yang ditonjolkan peminat-peminat Kelantan wajar DIJADIKAN TANDA ARAS SOKONGAN buat semua pasukan lain yang bertanding di dalam liga tempatan. NYATA, SOKONGAN TIDAK BERBELAH-BAGI PEMINAT SETIA KELANTAN TURUT MENAIKKAN MORAL PEMAIN UNTUK TERUS MENGEJAR KEJUARAAN.

SELAMAT MAJU JAYA, SEMOGA BERJAYA MEMBAWA PULANG PIALA MALAYSIA SEBAGAI HADIAH KEPADA KDYMM AL-SULTAN BARU KITA...!!! TAKBIIIIRRRR!!!

KAMI BUKAN TAMAKKAN DUIT


KUALA LUMPUR : "Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.

Rayuan Remaja Kes Lupus Bahan Bukti Ditangguh Ke 15 November

SHAH ALAM, 29 Okt : Mahkamah Tinggi Shah Alam Jumaat menangguhkan ke 15 Nov ini untuk mendengar rayuan berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap seorang remaja oleh Mahkamah Majistret Telok Datok selepas mengaku melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki berkata beliau sedang menunggu alasan penghakiman daripada majistret berkenaan.
Pada 15 Okt lepas, K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, masing-masing mengaku salah terhadap empat pertuduhan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan itu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Aminulrasyid Meninggal Dunia Disebabkan Luka Tembakan Di Kepala

SHAH ALAM, 28 Okt : Perbicaraan kes seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian remaja lelaki berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis diberitahu bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan oleh luka tembakan di kepalanya. Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa, juga berkata Aminulrasyid berkemungkinan besar meninggal dunia beberapa minit atau saat selepas ditembak.

Semakan Hukuman Kes Lupus Bahan Bukti Ditangguh Ke 15 November

SHAH ALAM, 29 Okt : Mahkamah Tinggi Shah Alam Jumaat menangguhkan ke 15 Nov ini semakan terhadap hukuman penjara tujuh tahun ke atas dua lelaki yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki berkata beliau terpanggil untuk menyemak semula keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini berikutan aduan daripada orang awam yang mendakwa Majistret Hurman Hussain memutuskan hukuman itu tidak mengikut undang-undang.
"Saya lakukan ini atas kuasa review saya," katanya.

27 Oktober 2010

SUAMI ISTERI BERKHIDMAT DI SEKTOR AWAM TIDAK WAJAR DIPISAHKAN!!!

Jangan Pisahkan Pasangan Penjawat Awam, Kata Anggota Parlimen
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 27 Okt : Kerajaan diminta agar tidak memisahkan tempat bekerja mana-mana penjawat awam yang sudah berkeluarga bagi memastikan ia tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka. Beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan sependapat bahawa tindakan memisahkan pasangan yang sudah berkahwin, walaupun disebabkan kenaikan pangkat, bukan sahaja menyebabkan kenaikan kos sara hidup mereka, malah mungkin menimbulkan masalah sosial lain.

23 Oktober 2010

PENDERMAAN ORGAN - 89 Peratus Penderma Berbangsa Cina

Halangan Keluarga Punca Pengikrar Tidak Dapat Derma Organ Pada Saat Akhir
KUALA LUMPUR, 22 OKT : Halangan keluarga adalah antara faktor pendermaan organ tidak dapat dilakukan oleh pengikrar penderma pada saat-saat akhir. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia menyumbang kepada statistik hanya 300 daripada 147,092 pengikrar yang dapat menderma bagi tempoh 1997 hingga September lepas.

21 Oktober 2010

RITA SERTAI PUTERI UMNO

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 : ERNI BERI KEJUTAN
KUALA LUMPUR : Kehadiran anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno ketika perwakilan asyik mendengar ucapan pembahas dari Perlis, Amzira Abdullah, nyata memberi kejutan kepada semua. Dia hadir kira-kira jam 5.30 petang memakai baju kurung berwarna kuning untuk menyerahkan borang keahlian Puteri Umno kepada Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

20 Oktober 2010

Mahkamah Lawat Lokasi Aminul Ditembak

Peguam pihak pembelaan dalam perbicaraan kes kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang ditembak polis cuba menimbulkan keraguan ke atas saksi utama, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin dengan mengaitkan hubungan rapatnya dengan keluarga Aminulrasyid.

Zafrullah, 28, berkata beliau menelefon Shahriman, abang simati yang juga rakannya pada 26 April lalu ketika berjalan dari rumahnya di Jalan Silat Gayung menuju ke lokasi kejadian di Jalan Tarian 11/2 in Shah Alam. "Saya telefonnya kerana perlanggaran itu berlaku berhampiran rumahnya. Dia tidak jawab panggilan itu,” kata Zafrullah berhubung kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira 100 meter dari rumah Aminulrasyid.

Hakim Lawat Tempat Kejadian Aminulrasyid Ditembak

SHAH ALAM, 19 Okt : Hakim Mahkamah Sesyen, pasukan pendakwa dan peguam yang terbabit dalam perbicaraan kes seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah dalam kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini, hari Selasa melawat ke tempat kejadian.

Hakim Latifah Mohd Tahar dan peguam tertuduh dibawa ke ke tempat kejadian oleh pihak pendakwaan bagi melihat lebih jelas gambaran yang diberikan oleh saksi ke-15 pendakwaan, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, 28, berhubung kejadian itu semasa memberi keterangan pada Khamis lepas.

19 Oktober 2010

MINTA KAJI PERTUDUHAN

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S Ramamurthy memohon Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria menggunakan budi bicaranya mengkaji semula kertas pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya supaya mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan. Jumaat lalu, kedua-dua mereka K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana melupuskan bahan bukti.

TEKAD BERSAMA MELAKSANA HUDUDULLAH

Firman Allah SWT, Surah An-Nur : 1,

Bermaksud : Ini ialah satu 'surah' yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan.

Dialog Kota Raya - Karya Juragan

18 Oktober 2010

Tertuduh Kes Sosilawati Dan Adiknya Bukan Lagi Peguam

BERNAMA
KUALA LUMPUR, 18 Okt : Tertuduh pertama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan adiknya kini tidak dibenarkan bertindak sebagai peguam cara dan peguam bela. Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak dengan kos permohonan N. Pathmanabhan dan juga adiknya N. Surendran supaya mahkamah mengetepikan perintah Lembaga Tatatertib Peguam-peguam yang membatalkan nama mereka sebagai peguam berdaftar.

'SUSPEK' PEMBUNUH UTAMA WANITA Kini Semakin Aktif

PEMBUNUH UTAMA WANITA Kini Aktif Di Pedalaman Kelantan [BERNAMA]
KOTA BHARU, 17 Okt : Kanser payudara, pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan itu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Datuk Dr Zaidun Kamari berkata statistik mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

"Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, pada hari Ahad.

17 Oktober 2010

PENGAKUAN TIDAK CUKUP KUAT

KUALA LUMPUR : "Ini hanya permulaan saja," kata Pakar Kriminologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr P Sundramoorthy, ketika mengulas hukuman tujuh tahun penjara membabitkan dua suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, selepas mengaku bersalah memusnahkan bahan bukti kes terbabit.

"Pengakuan itu hanya menjurus kepada pembabitan kedua-dua suspek yang bertindak memusnahkan bahan bukti saja, dan bukan bukti terhadap siapa yang terbabit dalam pembunuhan itu.
Jadi, jangan kita terlalu teruja dengan perkembangan itu kerana secara dasarnya, fokus kes itu adalah bagi mengenal pasti siapa yang merancang, yang memberi arahan serta yang membunuh semua mangsa, bukan orang yang hanya mengikut arahan saja," katanya ketika dihubungi, semalam.

16 Oktober 2010

Tertuduh Lupus Bahan Bukti Jadi Saksi Perbicaraan

BANTING : Dua lelaki yang dihukum kerana melupuskan bahan bukti kes pembunuhan kejam pengasas kosmetik Novelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya akan tampil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu kelak. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff selepas Majistret Telok Datok di sini, Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara terhadap K. Sarawanan dan U. Suresh pada Jumaat. "Kedua-dua tertuduh akan dipanggil sebagai saksi untuk perbicaraan. Justeru itu, mereka akan diletakkan secara berasingan," katanya.

Yalal Chin Selamat Dikebumikan

Terkejut juga apabila membaca berita yang tersiar di mstar Online, kita kehilangan seorang lagi anak seni. Seorang pelakon yang bagi aku cukup berkarekter dan mampu menghidupkan setiap watak yang diberikan kepadanya dengan amat baik. Semoga Allahyarham ditempatkan Allah swt di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham Yalal Chin. Al-Fatihah.
....................................

Emelda Rosmila dan Yalal Chin (kanan) ketika berlakon dalam Jongkang Jongkit.
PETALING JAYA : Jenazah pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka pada pukul 11.30 pagi, Sabtu. Beliau meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu. Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya. Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam, drama bersiri Ezora dan telefilem Aku Yang Aku Cari.

'Saya Tak Maafkan Mereka Sampai Bila-Bila'

BATU PAHAT: "Saya tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila. Hingga hari ini, saya tidak faham kenapa mereka sanggup buat anak saya macam tu," kata Yatmah Abdul Rahman, 80, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh di Banting, Selangor, Ogos lalu, ketika ditanya hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dua lelaki yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu. Yatmah berkata, dia tidak tahu undang-undang, namun sebagai ibu yang melahirkan Sosilawati sukar baginya memaafkan mereka yang membunuh dan membakar anaknya itu.

'HUKUMAN TAK SETIMPAL'

KUALA LUMPUR : "Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam. Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.

Rita Tabah Teruskan Hidup Bersama Adik-Beradik Tanpa Sosilawati

KUALA LUMPUR, 16 Okt : Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mempunyai kecekalan luar biasa dan beliau sangat tabah dalam melalui episod tragis yang menyaksikan ibunya menjadi mangsa pembunuhan kejam. Mesra dipanggil Rita, anak sulung kepada jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang disahkan dibunuh bersama tiga lagi individu lain, mempunyai aras ketahanan emosi yang cukup tinggi, maka tidak hairanlah ketabahan beliau dikagumi.

'Kami Mohon Maaf, Kami Sudah Insaf'

BANTING : Sambil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia, dua pekerja ladang mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.

Dengan wajah tenang, K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap pertuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar mayat dan membuang abu mayat keempat-empat mangsa bagi mengelakkan tertuduh utama dalam kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.

BERSALAH... Sarawanan (kiri) dan Suresh dibawa keluar
dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam.


Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu.

2 Lelaki Dipenjara 7 Tahun Lupus Bahan Bukti

DUA suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dekat Ladang Gadong Tanjung Sepat, dibawa ke mahkamah Majistret Telok Datok, Banting dihukum penjara tujuh tahun selepas mereka mengaku salah menghapuskan bahan bukti dengan cara bakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi elak empat tertuduh lain dikenakan tindakan undang2. Gambar Rosdan Wahid (15/10/10)


KENDERAAN pacuan empat roda yang digunakan untuk melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong dibawa ke Mahkamah Majestret Telok Datuk, Banting, hari ini. Gambar : Rosdan Wahid (15/10/10)

15 Oktober 2010

Dua Lelaki Dipenjara Tujuh Tahun Lupus Bahan Bukti Kes Bunuh Sosilawati

BANTING, 15 Okt : Dua lelaki pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini atas tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.
Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.

GERAM TETAP BERSARANG - Bonda Datuk Sosilawati

Sumber myMetro
BATU PAHAT : "Anak orang kenapa dimatikan (dibunuh). Apa dia ingat dia Tuhan ke apa? Ada padi ada beras, ada budi ada balas, anak kita dibunuh, dia itu dibunuh (dihukum bunuh)," luah Yatmah Abdul Rahman, 80, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh di Banting, Selangor, Ogos lalu. Warga emas yang masih bersedih dengan kejadian berkenaan berkata, dia bersetuju dengan pandangan cucunya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, yang mahukan pembunuh berkenaan dihukum gantung sampai mati atas perbuatan mereka.

Proton INSPIRA RM79,888 Dibuka Untuk Tempahan

Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana 'Inspira', dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja. "Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.


Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC). Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya. "Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

Polis : Aminulrasyid Langgar Lampu Isyarat

Kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati oleh polis, tidak berhenti di lampu isyarat Bulatan Kayangan, Shah Alam ketika dikejar oleh kereta peronda polis.

Saksi Kes Kematian Aminulrasyid Dengar 10 Tembakan

Sumber Bernama
SHAH ALAM, 14 Okt : Seorang saksi dalam perbicaraan kes seorang anggota polis dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11 di sini 26 April lepas, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Khamis bahawa beliau terdengar lebih 10 tembakan pada hari kejadian.

14 Oktober 2010

BIAR KE TALI GANTUNG

Sumber myMetro
KUALA LUMPUR : "Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.

Polis Bebas 3 Individu Disiasat Kes Sosilawati

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 13 Okt : Polis membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Polis Teruskan Siasatan Kes Orang Hilang

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 13 Okt : Polis meneruskan siasatan ke atas beberapa lagi kes orang hilang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun empat daripada suspek berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor pada Rabu.

13 Oktober 2010

CIKGU SHIDA YANG TERLAMPAU - MENCEMAR IMEJ MUSLIMAH DAN MEMPERMAINKAN KEWAJIPAN BERTUDUNG



Sebenarnya malas nak menulis perihal Cikgu yang dah semakin glamor di Youtube dan Facebook ni. Tapi, melihatkan semakin melampau kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya demi mempertahankan video-video mimingnya, maka terpanggil jugalah untuk memasukkan sedikit rencana perihal CIKGU TERLAMPAU ini.

Kenyataan di bawah ini disalin tampal melalui penulisan/kenyataan beliau di laman sosial (facebook) miliknya. Ikuti 'temubual' Cikgu Shida bersama dirinya sendiri.

'Mayat Aminulrasyid Dalam Kedudukan Aneh'

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.

Genap Sebulan Sosilawati Dan Tiga Lagi Disahkan Dibunuh Dengan Kejam

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 12 Sept : Hari ini genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong, Banting. Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

4 Termasuk Peguam Didakwa Membunuh Sosilawati Dan 3 Yang Lain

Sumber myMetro
BANTING : Peguam N Patmanabhan (gambar) dan tiga orang lagi didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30.

Kematian Aminul : 17 Kelongsong Peluru Dijumpai

Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendengar perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, yang bermula hari ini diberitahu 17 kelongsong peluru dijumpai di lokasi kejadian. Pasukan forensik polis juga menjumpai dua butir peluru hidup daripada jalan di mana adegan mengejar itu berlaku.

Permohonan 3 Suspek Ditolak

12.10.2010 : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

19 Kelongsong Peluru Di Samping Aminulrasyid

SHAH ALAM, 12 Okt : Seorang saksi kes perbicaraan seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah, 16 tahun, memberitahu mahkamah, ada 19 kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

12 Oktober 2010

Kes Bicara Kematian Aminulrasyid Bermula

Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

3 Suspek Kes Sosilawati Mohon Perintah Lanjutan Penahanan Mereka Disemak Semula

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 11 Okt : Peguam dua beradik dan seorang suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya memfailkan permohonan supaya perintah lanjutan tahanan reman terhadap mereka yang diperoleh pihak polis, disemak semula. Permohonan itu difailkan peguam Ravi Nekoo pagi Isnin di pejabat pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Hakem Arabi & Associates.

Dewan Rakyat : Enam Laporan Polis Dibuat Terhadap Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 11 Okt : Sebanyak enam laporan polis telah dibuat terhadap peguam dan adiknya yang disyaki suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, yang mana kesemuanya berkaitan dengan kes penipuan, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Dalam Negeri itu memberitahu Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, bahawa kesemua laporan yang dibuat di Balai Polis Banting, masing-masing bertarikh 19 Ogos 2005, 20 Oktober 2005, 20 Februari 2009, 18 Mac 2010, 13 dan 14 September 2010.

09 Oktober 2010

Tempoh Reman Suspek Kes Kehilangan Kontraktor Dari Sungai Petani Dilanjutkan

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 9 Okt : Polis hari ini mendapat perintah melanjutkan tempoh penahanan reman lima suspek berhubung kehilangan seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah baru-baru ini sehingga 15 Okt depan. Majistret Norhayati Ahmad Mansor mengeluarkan perintah itu pada 10.30 pagi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini hari ini bagi membolehkan mereka membantu siasatan kes kehilangan Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang bersama rakan niaga pada April lepas.

Mereka juga adalah suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Isteri Mohd Syafiq, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya pada 13 April di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.

Tempoh Reman Suspek Kes Kehilangan Ahli Perniagaan Dilanjutkan

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 8 Okt : Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman tiga suspek berhubung kes ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini sehingga 13 Okt. Perintah reman ke atas ketiga-tiga suspek, dua daripadanya peguam adik-beradik, dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Shakib Ismail kira-kira pukul 11.10 pagi tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini. Seorang daripada suspek itu merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu.

08 Oktober 2010

CINTA HAKIKI : 'INGAT ALLAH' Hiburan Golongan Beriman

MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah.

Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling. Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.

Ratusan Fail Lagi Diambil Dari Pejabat Suspek Kes Bunuh Sosilawati

Sumber Bernama
BANTING, 7 Okt : Polis mengambil ratusan fail dari firma guaman milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, di sini. Firma guaman suspek utama itu terletak di Jalan Kemboja, Off Jalan Sultan Alam Shah, di sini. Fail-fail itu dipunggah ke dalam sebuah lori dua tan oleh tiga pekerja termasuk pemandunya petang tadi dengan pengawasan beberapa pegawai dan anggota polis.

Jesyntha Yang Diburu Polis Berhubung Kes Sosilawati Serah Diri

Sumber Bernama
KUALA LUMPUR, 7 Okt : Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini Khamis.

Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesyntha menyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang sebelum ditahan polis.

07 Oktober 2010

PEGUAM DAN ADIKNYA DITANGKAP SEMULA

07.10.2010 : Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dalam kenyataan medianya mengesahkan bahawa suspek seorang peguam, adiknya dan seorang lagi telah ditangkap semula hari ini untuk siasatan bersabit kes pembunuhan 2 ahli perniagaan sepertimana yang dilaporkan di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur pada April 2010. SAMA ADA MEREKA DIREMAN LANJUT BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN SIASATAN.

06 Oktober 2010

ISTERI KEDUA SUSPEK

Justify FullSumber myMetro
KUALA LUMPUR : Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa. Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu. "Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui," katanya.

Suspek Utama Dalam Kes Sosilawati Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 5 Okt [Bernama] : Suspek utama dan adik lelakinya yang ditahan polis sejak 11 Sept berhubung dakwaan kaitan mereka dengan pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, membuat laporan polis di balai polis Teluk Panglima Garang semalam. "Datuk" berusia 41 tahun itu dan adiknya berusia 38 tahun membuat laporan pada kira-kira 5 petang berhubung dakwaan mereka dinafikan hak representasi yang sah dan lawatan oleh anggota keluarga.

"Mana Ada Hantu" Kata Khalid

SHAH ALAM, 5 Okt [Bernama] : "Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Selasa, Khalid lantas menafikan laporan itu. Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan. Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

05 Oktober 2010

KALAU DAH JODOH : Kasih Bertaut Jua



KAMPUNG GAJAH [myMetro] : Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun. Selepas tiga kali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Garam, dekat sini, kelmarin.

BURUAN BARU

WANITA JADI BURUAN POLIS!!!
KUALA LUMPUR [
myMetro] : Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya. Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Media Tidak Sepatutnya Mengadili Kes Bunuh Sosilawati, Kata Nazri

SHAH ALAM, 4 Okt [Bernama] : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata media sepatutnya tidak mengadili suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Katanya beliau tidak mahu media menjadi penganiaya atau pendakwa awam bagi kes itu kerana adalah tidak adil untuk membuat andaian atau melemparkan tuduhan ke atas mereka.

04 Oktober 2010

KERTAS SIASATAN HAMPIR SIAP DAN POLIS MASIH LAKUKAN KAWALAN RUTIN DI LADANG GADONG

KERTAS SIASATAN KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI HAMPIR SIAP
KUALA LUMPUR, 4 Okt [
Bernama] : Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.

03 Oktober 2010

BAGAI HANGAT BERCINTA

KUALA LUMPUR [myMetro] : Hubungan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dengan penyampai berita Bernama TV, Zulkifli Bujang, 32, dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta. Malah, Rita juga sering dilihat bersama Zul iaitu ketika ke pejabat Nouvelles Visages (NV) di Kampung Baru serta kediamannya di Taman Harmonis, Gombak. Namun, seolah-olah sepakat, kedua-duanya mendakwa hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan.

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI : Kaitan Suspek Dengan Kes Lain

S Anpalagan, 43, hilang sejak Ogos 2009.
[Gambar & Laporan - myMetro]

KAITAN SUSPEK DENGAN KES LAIN
  • Kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga yang lain.
  • Kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja Allal Kanthan dari Chennai, India.
  • Kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah dan seorang rakannya.
  • Turut dikaitkan dengan satu lagi kes pembunuhan membabitkan seorang wanita yang mati ditetak di hadapan rumahnya di Banting, tahun lalu.
  • Disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), K Celladuran, 50, yang ditembak dua lelaki di hadapan rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru, pada 8 Mac lalu.

Siapa Sebenarnya Pembunuh Sosilawati?

Kita membaca pelbagai laporan akhbar serta menonton televisyen berhubung berita perkembangan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 mangsa lain.

Terbaharu, anggota polis bertugas menjaga Ladang Gadong, Teluk Sepat, Banting, Selangor, dipercayai lokasi pembunuhan minimum 7 mangsa dikatakan diganggu suara meminta tolong pada waktu malam. Kesahihan berita itu tidak dapat disahkan. Namun, bilangan anggota polis bertugas memantau kawasan terbabit dilaporkan ditambah. Apapun, melihat bilangan korban di ladang itu, saya tidak hairan jika dakwaan terbabit benar.

02 Oktober 2010

5 Suspek Kes Bunuh Datuk Sosilawati Disambung Reman Hingga 8 Oktober 2010

BANTING, 1 Okt [Bernama] : Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disambung sehingga 8 Okt. Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja.
Related Posts with Thumbnails