KERTAS SIASATAN KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI HAMPIR SIAP
KUALA LUMPUR, 4 Okt [Bernama] : Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.
"Ada lagi perkara yang perlu disiasat. Dijangka (kertas siasatan) siap dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin. Mohd Bakri berkata kertas siasatan itu berkemungkinan dihantar bersama keputusan ujian DNA.
"Kami belum memperoleh sepenuhnya keputusan ujian dan masih menunggu perincian dari Jabatan Kimia. Kita tidak mahu bagi tekanan kepada Jabatan Kimia, pakar patologi dan mereka yang terlibat, jadi kita akan tunggu perincian sepenuhnya dari mereka dahulu," katanya. Mohd Bakri turut meminta orang ramai terutama media supaya bersabar menunggu siasatan polis dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Sept lepas tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.
Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik beradik, bagi membantu siasatan. Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Okt dan lima yang lain sehingga 8 Okt bagi membantu siasatan.
Siasatan turut merangkumi satu lagi kes pemubuhan melibatkan hartawan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini pada 18 Jan lepas.
.......................................
POLIS MASIH LAKUKAN KAWALAN RUTIN DI LADANG GADONG
KUALA LANGAT, 3 Okt [Bernama] : Polis masih melakukan kawalan rutin di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kawalan di ladang itu adalah prosedur biasa kerana siasatan masih dijalankan dan lokasi berkenaan masih di bawah kawalan polis.
"Polis masih ditempatkan untuk mengawal kawasan ladang itu kerana siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama. Tinjauan Bernama di ladang berkenaan mendapati suasana di kawasan itu kini sunyi tanpa sebarang kenderaan di bahu jalan serta laluan sepanjang 600 meter menuju ke ladang itu.
Sebuah kenderaan MPV polis kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan. Bagaimanapun kini, tiada lagi sekatan di laluan utama berhadapan dengan kuil seperti yang dilakukan sebelum ini. Sementara itu, kenderaan forensik dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat kira-kira pukul 1.30 petang ini sebelum keluar semula sejam kemudian.
Ladang Gadong yang majoriti kawasannya ditanam dengan kelapa sawit selain beberapa perusahaan buah-buahan seperti longan dan tanaman sayuran mula menjadi tumpuan selepas satu daripada lot ladang di kawasan itu disyaki sebagai lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mereka kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang berkenaan.
Suspek utama kes turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya. Muthuraja dilapor hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas manakala Shafik serta rakannya dilapor hilang sejak lima bulan lepas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan