VVIP DENAI CINTA

02 Oktober 2010

5 Suspek Kes Bunuh Datuk Sosilawati Disambung Reman Hingga 8 Oktober 2010

BANTING, 1 Okt [Bernama] : Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disambung sehingga 8 Okt. Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja.

Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada pukul 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis. Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 10.50 pagi. Ini merupakan kali keempat tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sebelum ini kelima-lima suspek telah ditahan reman bermula 12 Sept lepas bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas.

Isteri mangsa, S. Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sejak beberapa hari lepas.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails