VVIP DENAI CINTA

29 Jun 2012

BELASUNGKAWA : Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Otak

Oleh NIEZAM ABDULLAH
 
 
Osman Kering

PETALING JAYA, 29 JUN 2012 : Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.

23 Jun 2012

Kes Sosilawati : Sebutan Semula Kes Saksi Didakwa Beri Keterangan Palsu

SHAH ALAM, 22 Jun : Mahkamah Sesyen pada Jumaat menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes pekerja ladang, U.Suresh, yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini.

15 Jun 2012

Sultan Johor Murka Nizar Kritik Bida Nombor Plat WWW 1

MURKA Allah swt itu lebih hebat... Errrr, rasa-rasanya MURKAKAH Allah swt pada hamba-hambaNYA yang melakukan pembaziran...? RM520,000 untuk satu nombor plat... SENYUM tak perlu kata apa-apa.
 
Gambar dari web Malaysiakini.com
 
Sultan Johor Murka Terhadap Mohammad Nizar Atas Kritikan Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan
NUSAJAYA, 14 Jun : Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

14 Jun 2012

Gambar Pemimpin Pakatan Rakyat Mengadap Hidangan

Pemimpin yang adil, adalah pemimpin yang merendah diri,
kehidupannya tidak jauh beza dengan rakyat.
Mereka boleh duduk bersama rakyat,
dan makan sebagaimana rakyat biasa menjamah hidangan...


 


ZALIM DAN KEJAM : Pembunuhan Muslim Rohingya

Noor Afifah Jamaludin,
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
13 Jun 2012

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,
nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.
Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Surah An Nahl (16) : ayat 18]

Surah An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

13 Jun 2012

Bakal Menantu Najib Razak Terbabit Penipuan AS$20 Juta?

Lepas satu, satu demi satu skandal lain pula muncul... Sekian banyak skandal melibatkan Perdana Menteri Malaysia ini. Kalaulah skandal-skandal ini terjadi kepada Perdana Menteri negara lain, rasanya awal-awal lagi mereka akan meletakkan jawatan demi menjaga maruah parti yang diwakili dan yang lebih utamanya untuk menjaga maruah negara tercinta.
 
Adakah Najib Mahu Pasti Menantu Tidak Bermasalah?Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor, 12 Jun 2012
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Related Posts with Thumbnails