VVIP DENAI CINTA

15 Jun 2012

Sultan Johor Murka Nizar Kritik Bida Nombor Plat WWW 1

MURKA Allah swt itu lebih hebat... Errrr, rasa-rasanya MURKAKAH Allah swt pada hamba-hambaNYA yang melakukan pembaziran...? RM520,000 untuk satu nombor plat... SENYUM tak perlu kata apa-apa.
 
Gambar dari web Malaysiakini.com
 
Sultan Johor Murka Terhadap Mohammad Nizar Atas Kritikan Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan
NUSAJAYA, 14 Jun : Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
 
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
 
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya"
 
"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, Khamis.
 
Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan. - BERNAMA

2 ulasan:

Unknown berkata...

ALLAH s.w.t murka pun ada pengampunan jika TAUBAT dilakukan :))

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts with Thumbnails