VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label aku dan diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku dan diriku. Papar semua catatan

14 Julai 2012

Seminggu Menjelang Tibanya Bulan Penuh Barokah

Alhamdulillah, dan semoga Allah swt mengurniakan kita usia yang panjang untuk bersua kembali dengan bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak. Bagaimana persiapan kita untuk memasuki institusi Ramadhan? Semoga Ramadhan ini memberikan kita jutaan rahmat serta bisa beroleh keampunanNYA.
 
Ramadhan 2 Zaman
Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
 
Ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
 
Mereka gembira kerana kehadiranmu
Kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disimbah nur al Quran
tapi malam kami muram bertemu dengkur
 
Mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
 
Takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
 
[nasyid by The Zikr]

01 April 2012

Clothes Folder - Melipat Kain Lebih Mudah Dan Kemas!!!

Heeeee~ Memang bersepah almariku...

Lipat kain...?
Uhhhhh.... Satu pekerjaan yang amat leceh dan memang malas la nak buat. Memangla masa kecik-kecik dulu pernah je tolong nenek lipat-lipat kain. Tapi masa tu hanya suka lipat kain yang agak senang dilipat je la macam kain pelikat, kain tuala, kain batik atau kain selimut coz senang lipat kain cenggitu, 'cari bucu bertemu bucu' kain tu je.

23 September 2011

Bacalah Sehingga Ayat Terakhir - "Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?"
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

15 September 2011

Wajah-Wajah Kuala Lumpur

14 September 2011, Pudu Sentral (dulunya Puduraya)

Sekitar jam 10:20malam, usai bertemu sahabat, Ustaz Shahril Sazri yang pulang bercuti dari Mukah, Sarawak, aku terserempak dengan seorang warga emas yang duduk di kaki lima jalan. Tersentuh hati melihat warga emas yang sudah bongkok badannya (berbangsa cina) tersengguk-sengguk tertidur di laluan orang ramai. Bertemankan di sisinya kotak-kotak dan plastik-plastik terpakai (yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah).


20 Mei 2011

20 Mei 2011 - Setahun Pemergian Bonda Tercinta

Hari ini, 20 Mei 2011, genap setahun pemergian bonda tercinta Allahyarhamah Hajjah Azizah Binti Haji A Dolah. Jam 6.40 petang 20 Mei 2011, mak pergi meninggalkan kami. Semoga mak lebih tenang di sisiNYA dan doa tak pernah putus-putus kami iringi agar mak ditempatkan ALLAH swt di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.

02 Mac 2011

Pertemuan Tak Terduga - YB Dato' Haji Husam

21 Februari 2011 : Sedang syok menghirup tomyam di restoran Man Tomyam, Bunut Payong, Kota Bharu, tiba-tiba sebuah Camry hitam berhenti betul-betul depan kedai tu. Terkejut jugak bila tengok yang turun dari kereta tu adalah Exco Kanan Negeri Kelantan Darul Naim; YB Dato' Haji Husam Bin Haji Musa. Waktu lebih kurang jam 04:50 petang.

So, memang tak lepaskan peluang untuk merakamkan sekeping dua gambar bersama YB Dato' yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Bangga dengan sikap pemimpin sebegini yang tak segan silu berhenti makan mee goreng di warung yang cukup sempoi.

28 November 2010

LIMA GALAKSI KU

SAMSUNG Galaxy 5
GT-15503

Hari ni 28 November 2010, Alhamdulillah dah dapat handphone baru yang Encik SAMSUNG replace kerana handphone sebelum ni rosak. Handphone yang rosak masih dalam tempoh jaminan dan atas sebab 'takde spare-part' untuk model tersebut, maka pihak SAMSUNG menggantikannya dengan model Galaxy 5 ni. Terima kasih kepada Encik SAMSUNG atas perkhidmatan yang diberikan.


Related Posts with Thumbnails