VVIP DENAI CINTA

29 Jun 2010

PDRM DAN ATM WAJAR MEMANTAU ANGGOTA YANG MELAYARI INTERNET. CONTOHI LANGKAH DIAMBIL KERAJAAN CHINA

Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia wajar mengambil langkah sebagaimana kerajaan China yang mengharamkan anggota tenteranya menjalin cinta secara maya (online). Ini untuk memastikan agar segala rahsia dan maklumat sensitif tidak 'terlepas cakap' kepada pihak yang tidak sepatutnya.

DI MALAYSIA, langsung tiada kedengaran larangan dan pengharaman kepada anggota pasukan keselamatan kita untuk 'bersosial' di laman internet. Bahkan ada yang secara terang-terangan menggunakan status mereka sebagai anggota PDRM (contohnya) untuk 'menunjuk lagak' bahkan ada yang berbangga-bangga dengan jawatan yang disandang. Lebih-lebih lagi setelah terjadinya kes yang membabitkan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati tertembak tempoh hari, maka diamati sekian ramai anggota-anggota PDRM yang turut membuka akaun Facebook kononnya demi 'mempertahankan' institusi polis.

28 Jun 2010

PILIHAN JEJAKA : BUTANG BAJU MELAYU PERAK (SILVER) - SOLD OUT!!! DAN KAMI TIDAK MENERIMA LAGI TEMPAHAN, HARAP MAKLUM!!!

NO. SIRI 2002

BUTANG BAJU MELAYU PERAK (SILVER)
Kemasan Permata Zircon (Permata Russia)
Buatan Tangan

Harga Hanya RM120.00
(Termasuk Kos Penghantaran)


NO. SIRI 1001

APA NASIB BANGSA MELAYU KHUSUSNYA ISLAM DALAM KEPIMPINAN DI MASA HADAPAN?

Nisbah mendaftar sebagai pemilih pilihan raya membimbangkan!!! 1 : 40

KUALA LUMPUR : Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40). -BERITA HARIAN

.............................

Mungkin kesan gagasan 1 Malaysia ;)

Membimbangkan apabila nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih / pengundi baru dalam pilihan raya. 1Melayu? 40Non-Malay!!!

1Melayu = 1Malaysia

21 Jun 2010

PELAJAR PEREMPUAN DIJUMPAI MATI DI DALAM BILIK PUSAT PERANGINAN

KOTA BHARU : Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, dijumpai mati di sebuah bilik penginapan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, hari ini dipercayai akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran.

Noraini Mohd Noor, 17, dijumpai terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah ketika dijumpai pekerja sebuah pusat peranginan di situ, kira-kira jam 9 pagi tadi. Bagaimanapun, menurut polis tiada kesan tikaman terdapat pada badan mangsa.

11 Jun 2010

GULA! GULA! GULA! OH GULA!!! KUSANGKAKAN NEGARAKU PENGELUAR GULA... RUPA-RUPANYA.....

99% Gula Diimport
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu Dewan Rakyat, semalam bahawa 99 peratus bekalan gula di negara ini adalah diimport berbanding hanya satu peratus diproses sendiri. Katanya, jumlah kebergantungan itu bukan perkara baru yang mengejutkan, memandangkan sebelum ini negara sudah mengimport dari Brazil dengan jumlah 509,630 metrik tan atau 41%, Australia 447,480 metrik tan (39%) dan Thailand 174,020 metrik tan (14%).

02 Jun 2010

CIUMAN PEROKOK BOLEH MEMBUNUH!!!

Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak. Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney berkata, ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.

SALAM UKHWAH & PERGINYA BONDA TERCINTA

Salam ukhwah, salam persahabatan, salam penuh ingatan dan kasih sayang. Semoga kita semua terus hidup dalam kesihatan serta kesejahteraan di bawah lembayung rahmat jua kasihNYA. Dan semoga nikmat Islam itu akan kita kecapi sehingga ke hujung nafas terakhir kita.

Seminggu dua ini saya agak sibuk dan kurang berkesempatan untuk menulis mahupun men'copy-paste' artikel ke blog ini. Mungkin pemergian bonda tercinta pada petang 20.05.2010 yang lalu sedikit menggugat emosi dan membataskan aktiviti seharian, terkesan dengan pemergian insan yang amat disayangi. Buat sahabat yang masih memiliki ibu, hargailah mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan...
Related Posts with Thumbnails