VVIP DENAI CINTA

11 Jun 2010

GULA! GULA! GULA! OH GULA!!! KUSANGKAKAN NEGARAKU PENGELUAR GULA... RUPA-RUPANYA.....

99% Gula Diimport
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu Dewan Rakyat, semalam bahawa 99 peratus bekalan gula di negara ini adalah diimport berbanding hanya satu peratus diproses sendiri. Katanya, jumlah kebergantungan itu bukan perkara baru yang mengejutkan, memandangkan sebelum ini negara sudah mengimport dari Brazil dengan jumlah 509,630 metrik tan atau 41%, Australia 447,480 metrik tan (39%) dan Thailand 174,020 metrik tan (14%).


Malah, beliau menjelaskan, pemberian permit import (AP) kepada hanya empat pengilang gula tempatan juga dibuat berdasarkan keperluan gula bertapis domestik dan pembukaan kepada lebih banyak pihak tidak semestinya menyebabkan harga turun sekali gus mudah mendapat bekalan. "Selama ini kita juga mengambil gula daripada Nicaragua 9,940 metrik tan (8%) dan Guatemala dengan 12,430 metrik tan atau 0.6%, berbanding pengeluaran dalam negara yang disumbangkan Kilang Gula Perlis berjumlah 17,000 metrik tan (1.4%)."


"Ini semua bagi memastikan bekalan gula di pasaran domestik sentiasa mencukupi dan tidak terjejas dengan harga turun naik, selaras Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
"

Malah, dasar semasa yang membenarkan hanya empat pengilang gula tempatan mengimport gula mentah juga bertujuan memastikan bekalan gula bertapis bagi pasaran kita sentiasa ada," katanya menjawab soalan dikemukakan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) di Parlimen semalam.


Ahmad mahukan penjelasan mengenai jumlah pengimportan gula mentah dari negara luar bagi mengatasi masalah kekurangan bahan mentah negara serta adakah dasar pengimportan itu yang menyebabkan bekalan gula negara terjejas ketika ini.


Mustapa berkata, pada kadar harga gula dunia yang tinggi, meskipun AP dibuka kepada banyak pihak, tidak semestinya harga akan turun.
"Selepas diambil kira kos pengeluaran dan lain-lain yang berkaitan, harga gula di pasaran tempatan RM1.65 berdasarkan harga antarabangsa adalah RM2.45 sekilogram."

"Jika AP dibuka kepada banyak pihak pun tidak menambah bekalan gula sekiranya kerajaan tidak menambah peruntukan untuk subsidi yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM1bilion dan penyelesaian jangka panjang untuk menjamin bekalan ini adalah pengurangan kadar subsidi secara berperingkat," katanya. - HARIAN METRO

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails