VVIP DENAI CINTA

29 Jun 2010

PDRM DAN ATM WAJAR MEMANTAU ANGGOTA YANG MELAYARI INTERNET. CONTOHI LANGKAH DIAMBIL KERAJAAN CHINA

Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia wajar mengambil langkah sebagaimana kerajaan China yang mengharamkan anggota tenteranya menjalin cinta secara maya (online). Ini untuk memastikan agar segala rahsia dan maklumat sensitif tidak 'terlepas cakap' kepada pihak yang tidak sepatutnya.

DI MALAYSIA, langsung tiada kedengaran larangan dan pengharaman kepada anggota pasukan keselamatan kita untuk 'bersosial' di laman internet. Bahkan ada yang secara terang-terangan menggunakan status mereka sebagai anggota PDRM (contohnya) untuk 'menunjuk lagak' bahkan ada yang berbangga-bangga dengan jawatan yang disandang. Lebih-lebih lagi setelah terjadinya kes yang membabitkan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati tertembak tempoh hari, maka diamati sekian ramai anggota-anggota PDRM yang turut membuka akaun Facebook kononnya demi 'mempertahankan' institusi polis.

Menyedihkan apabila ada di kalangan anggota ini yang bercakap bagai menggunakan 'kepala lutut' dan ada juga yang 'mulut sama saja dengan kaki' hinggakan memberikan komen-komen negatif yang bukan sahaja memperlihatkan kebodohan diri mereka sendiri tetapi pada masa yang sama turut memburukkan imej PDRM itu sendiri.

Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan serta Menteri Dalam Negeri bertindak mencontohi apa yang dilaksanakan oleh kerajaan China ini demi menjaga imej pasukan pertahanan / keselamatan negara agar terus dihormati, dan juga untuk memastikan segala maklumat sensitif tidak terlepas ke tangan pihak bertanggungjawab.

.................................................

CHINA LARANG ASKAR JALIN CINTA INTERNET
BEIJING : Kerajaan China mengharamkan anggota tentera negara itu menjalin hubungan dan mengadakan temujanji secara online berikutan bimbang mereka mungkin terlepas cakap dan mendedahkan maklumat sensitif.

Akhbar China Daily melaporkan, arahan baru itu secara tidak langsung akan meletakkan tanggungjawab mencari jodoh anggota tentera di tangan pegawai atasan mereka.
Panglima memerintah 2.3 juta anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) sedang membuat kajian cara untuk membantu anggota tentera yang masih bujang mencari cinta, kata akhbar itu.

China Daily yang memetik kenyataan sebuah akhbar tentera melaporkan, selain menjalin hubungan melalui internet, menulis blog, mencari pekerjaan secara online juga dilarang di bawah peraturan yang berkuat kuasa 15 Jun lalu.

Mereka yang berniat jahat mungkin boleh menggunakan maklumat peribadi anggota tentera untuk mengancam keselamatan negara, kata pegawai tentera di Tibet, Yang Jigui, yang dipetik akhbar Harian PLA. Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails