VVIP DENAI CINTA

16 Ogos 2010

RAMADHAN DUA ZAMAN

Terkenang sebuah lagu nasyid lama, yang dialunkan oleh kumpulan nasyid The Zikr (kini Raihan)... Perhatikan bait-bait lirik nasyid ini, semoga ia menjadi iktibar kepada kita di dalam menjalani ibadah di sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini...


RAMADHAN DUA ZAMAN - The Zikr

Ramadhan... satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang

mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kehadiranmu

Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga...

3 ulasan:

NARDtheNERD berkata...

belum penah dengar.
nak search kat youtube lah.

Rohaifi Azri berkata...

emmm... tak pasti sama ada lagu ni ada atau tak kat youtube. Try la cari katmana2 yea... :-)

Rohaifi Azri berkata...

Solo lagu ni NAZREY JOHANI (bekas vokalis Raihan)...

Related Posts with Thumbnails