VVIP DENAI CINTA

18 Ogos 2010

BUANG BAYI DI TEPI PAGAR RUMAH POLIS

Baru je rasanya aku terbaca di akhbar mengenai hukuman bunuh boleh dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bertanggungjawab membuang bayi. Nampaknya hukuman bunuh tersebut seakan tidak 'menakutkan' si pelaku untuk terus membuang bayi yang baru dilahirkan.

Kes di Terengganu ini sebagai buktinya. Tak tahulah sama ada si pembuang bayi ini sengaja atau secara tak tersengaja meletakkan bayi yang baru dilahirkannya di tepi pagar rumah seorang anggota polis. Sekiranya dia sengaja dan tahu yang itu rumah anggota polis, maka ia dilihat seakan mencabar pihak polis itu sendiri.


JELAS, undang-undang sekiranya mahu dipraktikkan biarlah ia bukan hanya semata-mata dengan tujuan menakutkan pesalah dan mereka yang mahu berbuat salah TETAPI SEWAJARNYA undang-undang tersebut boleh bertindak lebih jauh untuk mendidik masyarakat menghindari segala salah-laku sebagaimana undang-undang SEMPURNA yang termaktub dalam syariah Islam. Wallahu a'lam.

...............................................


BAYI DIBUANG DI TEPI PAGAR RUMAH POLIS
KUALA TERENGGANU, 18 Ogos:
Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi dalam negara serta tidak terkecuali di negeri ini. Ini berikutan penemuan kes terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam.

Nur Hafiana menunjukkan tempat bayi lelaki malang itu ditemui
(tulisan dan anak panah kat tiang tu, aku jea yang memandai menambah...)


Malah, mereka yang tidak berhati perut itu bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut merupakan seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu.


Bayi tersebut ditemui oleh seorang remaja perempuan, Nur Hafiana Marzuki, 19, kira-kira jam 10.15 malam tadi di atas rumput hadapan pintu masuk pagar rumahnya dalam keadaan tanpa secebis pakaian.


Sejurus selepas bayi malang tersebut ditemui dan diambil oleh Nur Hafiana terus diselimutkan dengan tuala sebelum menghubungi ibu bapanya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu.
Menurutnya, kejadian penemuan bayi tersebut amat mengejutkan ahli keluarga kerana jika terlambat diselamatkan kemungkinan meninggal dunia disebabkan kesejukan.

"Kira-kira jam 10.15 malam, saya mahu keluar ke kedai dan terjumpa seorang bayi lelaki dalam keadaan berbogel tanpa sebarang pakaian ditinggalkan di atas rumput depan pintu pagar rumah saya.
Selepas diambil (bayi) saya masuk semula ke dalam rumah dan menyelimuti bayi itu dengan kain tuala saya."

"Saya terus menghubungi ibu dengan memberitahu kejadian penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh ibu bapanya untuk pemeriksaan kesihatan.

Marzuki Hamid, 44, yang merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di bahagian hal ehwal awam pula memberitahu, ketika kejadian beliau bersama isteri serta anak-anak lain berada di bandar Kuala Terengganu atas urusan keluarga.


"Saya terkejut apabila diberitahu oleh anak (Nur Hafiana) melalui panggilan telefon tentang penemuan bayi itu.
Setelah pulang ke rumah, saya terus membawa bayi itu ke hospital (HSNZ) dan membuat laporan polis," jelasnya. Harakahdaily dimaklumkan berat bayi lelaki berkenaan dianggarkan 2.7 kilogram ditemui dalam keadaan sihat serta tidak menangis ketika dibuang. - Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails