VVIP DENAI CINTA

05 Ogos 2010

KERAJAAN TIDAK MAMPU MENGAWAL KEBEJATAN SOSIAL SERTA SEKS LUAR NIKAH [ZINA]

Nampaknya tiada kemampuan di pihak 'KERA'jaan untuk membendung permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat yang dilihat kian membarah dan seterusnya bakal membawa kemusnahan dalam sistem masyarakat itu sendiri.

Lantaran ketidak-mampuan menangani permasalahan sosial khususnya penzinaan yang semakin berleluasa membuatkan timbul pelbagai cadangan demi cadangan yang kononnya bagi membendung permasalahan sosial ini. Nyata cadangan-cadangan yang langsung tidak berpaksikan Islam-alQuran-Sunnah menjadikan segala perlaksanaannya gagal dan membazirkan wang rakyat!!! TERBARU, cadangan dari 'KERA'jaan negeri Melaka 'menggalakkan' ibubapa agar memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin.

CADANGAN BENARKAN PELAJAR KAHWIN DIBIDAS!!!
Keputusan kerajaan negeri Melaka bagi 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik.

Bagi tujuan berkenaan, semalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

"Ini mengarut. Kita kembali ke zaman silam, apabila bukti yang mencukupi menunjukkan kita menolak perkahwinan kanak-kanak,” kata Ivy Josiah, dari Pertubuhan Bantuan Wanita kepada Reuters.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibubapa masing-masing.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibubapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Melaka sebelum ini mengumumkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung di Jasin yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Dasar seperti ini tidak sepatutnya dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri tetapi seharusnya terletak di tangan menteri persekutuan yang bertanggungjawan terhadap hal ehwal wanita, pendidikan dan kesihatan," kata Josiah.

Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah 'secara moral dan sosial tidak dapat diterima'. Menurut perangkaan, jumlah wanita hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008.

Sementara itu, Bernama
melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes. Katanya, mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.

"Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur.

"Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes," katanya kepada pemberita, di Putrajaya. Bagaimanapun, Jamil Khir berkata tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu.
- MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails