BODOH+BANGANG+BENGONG!!! Bila nafsu menguasai diri, tak kira tempat, asal ada peluang, dalam hutan, dalam semak pun boleh jadi tempat 'projek'!!! Gara-gara kemaruk sangat, nasib baik tak mati tertembak dek pemburu haiwan liar. Kot-kot la pemburu tu nampak korang macam babi yang sedang mengawan...!!!
PASANGAN LARI BERBOGEL - Harian Metro
KULIM : Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel. Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.
Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan kekasih itu yang tiba di ladang dengan menunggang motosikal, dipercayai mengambil keputusan memadu asmara dalam ladang itu kerana menyangkakan tempat berkenaan selamat.
"Niat untuk melakukan persetubuhan haram terbantut apabila mereka terkejut dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka melarikan diri dalam keadaan bogel. Mereka terserempak dengan kumpulan penembak itu dan seorang anggota kumpulan itu menghubungi PADK," katanya, semalam.
Jurucakap itu berkata, ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa menjemput kekasihnya di rumah kira-kira jam 10 pagi untuk melawat ibu gadis berkenaan yang sakit di hospital tetapi mengambil peluang berkenaan untuk melakukan maksiat di ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari jalan utama ladang berkenaan.
"Anggota PADK yang dimaklumkan mengenai kejadian itu, tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi dan ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku berniat melakukan persetubuhan haram namun terbantut selepas terdengar bunyi tembakan," katanya.
Menurut jurucakap itu lagi, kedua-dua pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sungai Kob dan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. "Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman penjara atau denda RM2000," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan