Pukau, Liwat Di Masjid
KUALA LUMPUR : Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.
Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah. Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.
"Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa," katanya.
Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh. "Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa," katanya.
Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit. "Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan," katanya.
Beliau berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh, berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan, di sini. "Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal. Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan," katanya.
Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. - HARIAN METRO

Tiada ulasan:
Catat Ulasan