VVIP DENAI CINTA

22 Ogos 2010

TIDUR ITU ADALAH IBADAH

...Bagaimana Menjadikan Tidur Sebagai Ibadah...

Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun dihabiskan untuk tidur sahaja. Oleh itu, amatlah rugi andainya tidur tersebut berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas. Tingkatkan darjat tidur kita melalui :
  • NIAT : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.
  • SUBJEK : Tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud : "Dan kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)." [Surah al-Naba' 78:10]
  • PELAKSANAAN : Pelaksanaannya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau mendengar khutbah.
  • OPTIMUM : Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW juga perlulah dipatuhi.
  • TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG ASAS : Jangan tidur hingga tertinggal waktu solat.
  • NATIJAH : Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebalknya, melakukan kemaksiatan.
Adab kebiasaan yang kita lakukan di dalamnya terselit nilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan kita sehari-hari seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, memasak dan sebagainya.

Dipetik dan diedit dari Majalah SOLUSI Isu No. 11 2009



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails