VVIP DENAI CINTA

14 Januari 2011

Nyawa Hanya Pinjaman, Hargailah Ia

WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN
mymetro
LEDANG : Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis Paraquat.

Bagaimanapun, dia dikatakan menyesal selepas meneguk racun itu sebelum menelefon seorang rakan dan merayu supaya segera dihantar ke pusat rawatan berhampiran. Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya beberapa tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja. Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami.


Difahamkan, dalam perjalanan ke hospital mangsa mengaku menyesal minum racun.
Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital mangsa tidak sedarkan diri selain mulutnya berbuih. Mangsa gagal diselamatkira-kira tiga jam selepas rawatan. Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubung menerima laporan kematian wanita terbabit kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu.

2 ulasan:

MekWook berkata...

mak aih, seram bai gambar pocong..

Rohaifi Azri berkata...

mati nanti camtu le kita mekwook oiii...

Related Posts with Thumbnails