VVIP DENAI CINTA

25 Januari 2011

JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA, KENAPA DIA TIDAK MEMILIH MALAYSIA...?

JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA

mStar Online
SINGAPURA : Bintang filem Hong Kong, Jet Li (gambar) secara terbuka mengisytiharkan, Selasa, yang beliau telah pun memperoleh kerakyatan Singapura kerana mahu anak-anaknya memperoleh pendidikan dwi-bahasa di negara ini.


Li - yang filem-filem lakonannya termasuklah filem Hollywood seperti "The Expendables" dan "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" berkata, keputusannya untuk menukar kerakyatan itu turut dipengaruhi oleh suasana 'aman' di Singapura yang bebas daripada di hendap paparazzi.
"Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.

Li, yang kini berada di negara ini untuk menghadiri satu kerja amal juga menyatakan rasa terujanya dengan reaksi dan respons yang ditunjukkan oleh masyarakat Singapura terhadap hasratnya untuk bertukar kerakyatan. "Saya telah memegang pasport Amerika dan tinggal di negara itu selama lebih 20 tahun dan tidak ada sesiapapun pun memperkatakan tentang hal itu tetapi setelah saya membuat keputusan untuk berhijrah dan memohon kerakyatan Singapura, tiba-tiba semua orang rasa hairan dan bercakap mengenainya," katanya.

Jet Li yang dilahirkan di Beijing tidak pula menyatakan sama ada dia kini melepaskan kerakyatan Amerika atau China tetapi undang-undang Singapura melarang rakyatnya memegang dwi kerakyatan atau pasport.


Singapura menjadi pilihan para selebriti antarabangsa khususnya dari Hong Kong kerana reputasinya sebagai sebuah bandar raya yang paling selamat di Asia dan sistem percukaiannya yang rendah dan tidak membebankan.

Selain Jet Li, seorang lagi artis terkenal Hong Kong yang telah pun menjadi rakyat Singapura ialah Gong Li, yang menempah populariti menerusi filem "Farewell My Concubine" dan kemudian "Memoirs of a Geisha."
Gong Li, memperolehi kerakyatan Singapura pada tahun 2008.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails