VVIP DENAI CINTA

09 Januari 2011

JPJ SEMAKIN RAKUS - DUIT RAKYAT MENJADI IDAMAN?

JPJ RAKUS? Bagi aku, ia rakus kerana dalam tahun ini JPJ mungkin akan melaksanakan penguatkuasaannya di SEMUA JENIS JALAN!!! Bukan hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, bahkan penguatkuasaan akan turut dilaksanakan di jalan ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan!!!

Jangan HAIRAN BIN AJAIB andai suatu hari nanti anda akan menemui penguatkuasa JPJ melakukan sekatan jalan di jalan kampung!!! Mamat dalam gambar tu, saje jea nanti kena saman kerana tidak memakai topi keledar!!! JPJ kata, bahayakan keselamatan bawa motorsikal tak pakai topi keledar di kawasan pokok kelapa, nanti kang eksiden dengan buah kelapa yang jatuh!!!

Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, boleh diambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan.
Penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Dis lalu.

Mengikut pindaan akta itu, pemilik kenderaan yang bertukar alamat diberi tempoh dua bulan untuk memaklumkan alamat baru kepada JPJ dan jika gagal, tindakan undang-undang boleh diambil termasuk kompaun sebanyak RM300!!!

JPJ Kini Berkuasa Ambil Tindakan Di Semua Jenis Jalan
BERNAMA
ALOR GAJAH, 9 Jan : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan. Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini. Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka Datuk R.Perumal, yang mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ismail berkata penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Dis lepas. "Sekarang ini cuma tunggu ia diwartakan, dan kita jangka ia dapat dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu dalam tahun ini juga," katanya.

Beliau berkata mengikut pindaan akta itu, pemilik kenderaan yang bertukar alamat diberi tempoh dua bulan untuk memaklumkan alamat baru kepada JPJ dan jika gagal, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka, termasuk kompaun sebanyak RM300. Ismail berkata peraturan itu adalah bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah mereka tidak menerima saman yang dikeluarkan JPJ.

Beliau berkata JPJ juga sedang menaik taraf perkhidmatan untuk pengguna, termasuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan melalui kios yang diwujudkan di pasar raya. Pada program Satu Komuniti Satu JPJ itu, seramai 494 penunggang motosikal berusia 45 tahun ke atas, berjaya memperoleh lesen memandu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails