VVIP DENAI CINTA

18 Januari 2011

PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN BERKUATKUASA FEBRUARI 2011 INI!!!

mymetro
CYBERJAYA : Pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang
berkuatkuasa 1 Februari ini akan mengambil kira kepentingan orang ramai, termasuk membenarkan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak terhadap pesalah trafik di semua jalan seluruh negara termasuk di kawasan kebun, ladang, kampung, kawasan perumahan dan tempat letak kenderaan bertingkat.

Pindaan itu juga membolehkan pemilik kenderaan yang berpindah menukar alamat dalam tempoh dua bulan, berbanding sebulan mengikut akta sedia ada dan tindakan undang-undang termasuk kompaun RM300 boleh dikenakan jika gagal mematuhi peraturan.


Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tidak semua pindaan berkuat kuasa pada tarikh berkenaan kerana ada beberapa perkara belum sedia termasuk mengenai pendaftaran kereta hibrid dan kereta elektrik yang memerlukan sedikit masa.


"Secara dasarnya, pindaan ini berkuatkuasa 1 Februari, tetapi tidak bermakna semuanya beroperasi sebab ada beberapa perkara belum sedia," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Mengulas lanjut perkara itu, Solah berkata, ada 50 pindaan dan bidang baru yang termasuk dalam pindaan berkenaan yang dijangka berkuat kuasa sepenuhnya menjelang Mac. Pada masa sama, beliau turut menolak persepsi orang ramai bahawa JPJ cuba meningkatkan kuasa mereka terhadap rakyat melalui pindaan itu.

"Sebagai contoh, sebelum ini kemalangan yang berlaku di tempat letak kereta atau melanggar lembu atau pembahagi jalan, pemiliknya tidak boleh menuntut ganti rugi insurans, tetapi dengan pindaan ini mereka boleh berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, pindaan itu juga membabitkan Sistem Merit Kesalahan Jalan raya (Kejara) apabila pesalah yang disaman tidak akan ditolak mata dimerit jika jumlah saman dibayar dalam tempoh dua bulan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails