VVIP DENAI CINTA

26 Januari 2011

Permohonan Mencelah N. Pathmanabhan Ditolak

SHAH ALAM 26 Jan : Permohonan peguam, N. Pathmanabhan bagi mencelah dalam semakan kehakiman dan rayuan pekerja ladangnya yang dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan itu. Beliau turut menolak permohonan peguam Amer Hamzah Arshad agar prosiding rayuan dan semakan ditangguh sementara rayuan terhadap keputusan itu didengar. - Utusan

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails