TAHUN 2011 baru 9 hari kita tempuhi. Namun amat mengejutkan apabila dalam MINGGU PERTAMA di tahun 2011, TUJUH KES BUANG BAYI dicatatkan berlaku dalam negara kita. Itu yang dilaporkan, bagaimana pula dengan kes yang masih belum terbongkar...? Purata 1 bayi dibuang sepanjang baru seminggu kita memasuki tahun 2011, MEMBIMBANGKAN SERTA MENGGERUNKAN kita!!! Apakah gejala sosial dan perbuatan zina ini akan terus mekar-subur dalam kalangan generasi hari ini? Apa peranan yang dimainkan agensi-agensi kerajaan? Sudah sampai masanya kita meletakkan ISLAM sebagai TUNJANG dan ASAS dalam segenap perkara. Hanya dengan ISLAM kita selamat. Selamat di dunia, dan inshaALLAH selamat jua di akhirat kelak.
KUALA LUMPUR, 8 Jan : Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan. Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.
"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Sabtu. Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat. Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan