VVIP DENAI CINTA

01 Januari 2011

KONSERT WALI BAND @KOTA BHARU 31.12.2010

WALI BAND telah mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.

ketua kumpulan Wali Band, Sarhan Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara. Sarhan, yang juga penyanyi utama, berkata beliau mahu kumpulannya dilihat sebagai gerakan dakwah alternatif bagi menarik golongan sasaran terdiri daripada anak-anak muda melalui muzik. "Dakwah secara santai ini lebih ringan dan mudah difahami anak-anak muda zaman kini," katanya.


Tiga lagi anggota kumpulan itu ialah Aan Kurnia Maduri (pemain gitar utama); Ikhyan Bestomi Nursalam (pemain dram) dan Hamzah Sasi Hidayat (pemain bass). Walaupun sudah empat kali mengadakan persembahan di negara ini, namun Kelantan adalah negeri pertama di Pantai Timur yang dikunjungi atas jemputan urusetia Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri
.



SUMBANGAN IDR1,000,000.00
DARI WALIBAND UNTUK AMAL CAKNA PALESTIN



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails