VVIP DENAI CINTA

19 Oktober 2010

MINTA KAJI PERTUDUHAN

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S Ramamurthy memohon Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria menggunakan budi bicaranya mengkaji semula kertas pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya supaya mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan. Jumaat lalu, kedua-dua mereka K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana melupuskan bahan bukti.

Jeevan berkata, hukuman yang dijatuhkan kepada mereka tidak memadai dengan kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh.
"Kami ingin memaklumkan kepada Ariffin dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa kami tidak setuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas mereka berdua."

"Walaupun mereka tidak terbabit dengan pembunuhan itu secara langsung tetapi mereka bersubahat membantu melakukan perbuatan itu seperti yang dihuraikan Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta yang sama," katanya di sini semalam. Menurutnya, kedua-dua mereka juga gagal memberi maklumat berkenaan pembunuhan itu kepada polis dalam tempoh yang lama sebelum kedua-dua mereka ditangkap dan disiasat.


Sementara itu, Timbalan Majlis Gabungan NGO Melayu Islam, Rahimuddin Md Harun turut mendesak hukuman ke atas kedua-dua tertuduh dikaji semula. "Saya amat terkejut dengan hukuman yang dikenakan kepada tertuduh, sepatutnya kedua-dua yang mengaku bersalah menghapuskan bukti menerima hukuman lebih berat," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails