KUALA LUMPUR : Pakej mandi bersama antara perkhidmatan tambahan ditawarkan kepada pelanggan di sebuah pusat pelacuran di Taman Sri Petaling, Sungai Besi di sini yang berselindung di sebalik perniagaan salun kecantikan. Ia terbongkar dalam serbuan malam kelmarin oleh sepasukan anggota dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur (IPPKL) hasil maklumat awam.
Dalam serbuan itu, polis menahan tujuh wanita warga asing dari China, Vietnam dan Indonesia berusia antara 22 hingga 36 tahun, selain seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dipercayai ibu ayam. Cif Inspektor Badrul Hisham Bakri yang mengetuai operasi itu, berkata ketika serbuan, semua pelacur terbabit tidak sempat melarikan diri kerana sedang tawar-menawar dengan pelanggan.
"Siasatan awal mendapati pelacur terbabit mengenakan bayaran antara RM100 hingga RM150 bergantung kepada perkhidmatan diinginkan pelanggan, termasuk khidmat tambahan iaitu mandi bersama dalam tab mandi yang disediakan di situ. Turut ditemui beberapa kondom yang berselerak dan rekod pelanggan di premis terbabit. Berdasarkan lapan bilik yang dibina dari papan lapis, kita tidak menolak kemungkinan kegiatan ini baru aktif beberapa bulan lalu," katanya.
Semua pelacur dan ibu ayam yang ditahan, termasuk beberapa lelaki tempatan berusia 52 hingga 59 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk disoal siasat. - BERITA HARIAN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan