Sekiranya anda membaca tajuk berita sedemikian, pada firasat anda, apakah di dalam berita tersebut akan menyebut bahawa anak sang Perdana Menteri itu ditembak kerana disyaki anggota geng penyamun atau penjenayah?
Dan apakah pihak polis akan mengeluarkan kenyataan bahawa anak sang Perdana Menteri adalah penjenayah yang dikehendaki dan anggotanya melepaskan tembakan kerana suspek mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri...???
Kalaulah yang ditembak dan terbunuh itu anak Perdana Menteri 1Malaysia, rasa-rasanyalah apakah tindakan yang akan dikenakan kepada anggota polis yang melepaskan tembakan tersebut? Apakah nilai nyawa Aminulrasyid Amzah lebih murah dari harga nyawa anak sang Perdana Menteri? Apakah nilai maruah mangsa dan maruah keluarganya lebih rendah berbanding nilai harga diri keluarga sang Perdana Menteri...?
Apabila ia berlaku kepada golongan bawahan, rakyat marhaen yang tiada kuasa, tiada kedudukan, tiada harta... Maka wewenang dikeluarkan kenyataan demi kenyataan yang ada di antaranya mengguris hati dan perasaan waris mangsa. Hukuman terus dijatuhkan dengan mengatakan bahawa pelajar ini adalah penyamun!
Kami hanya mahukan keadilan tertegak di bumi Malaysia tercinta ini. Berpegang dan berpaksilah dengan ISLAM yang MAHA ADIL! ALLAH SWT sama sekali tidak memandang rupa parasmu serta harta kekayaanmu... Kamu dinilai di sisiNYA atas setiap amalan dan imanmu...!

2 ulasan:
tiada kaitan dengan anak perdana menteri pun... budak ni kluar malam2...inilah bahana kluar mlm, nyorok2 tak bgtau mak....apa2 pun, biarkan polis melaksanakan tugas mereka. kita tak boleh nak komen lebih2 sebab kita sendiri pun tiada di tempat kejadian..hanya Allah je yg tahu..wallahu`alam...
yang terjadi sudah terjadi, kita ambil sebagai ikhtibar. Nak marah dia pun tak guna, sebab dia dah tak de. Kita doa kan sahaja roh nya di tempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman. Kun Fa Ya Kun..
Catat Ulasan