Sg Choh
Hulu Selangor
11 April 2010
8 pagi
Kejam malah perbuatan yang lebih keji dari sifat seekor binatang. Apa yang berlaku ini, bukan kali ke lima, kali ke 18, malah kali yang entah ke berapa berlaku. Mereka yang melakukan ini bolehlah diklasifikasikan di bawah binatang tahap kelas pertama. Itu belum lagi kes yang tidak diketahui dan akhirnya lenyap begitu sahaja.
Apa yang anda lihat ini, adalah realiti apa yang berlaku sekarang ini dan ia bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi berlaku di hadapan mata kita.
Bagi 3 pekerja sebuah syarikat mengangkut sampah, iaitu kontraktor kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, rutin harian mereka sama sahaja.
Bagaimanapun , pagi ini sesuatu yang memeranjatkan, berlaku ketika mereka tiba berhampiran tempat membuang sampah berhampiran lampu isyarat Sg Choh. Pemandu lori sampah, Mohd Kamil Enoh, 44 tahun, seperti biasa akan turut mengangkat tong sampang untuk dituangkan isinya ke dalam lori.
Bagaimanapun, entah mengapa, dia rasa sesuatu yang apabila terlihat satu bungkusan di atas timbunan sampah di dalam tong terbabit. Lantas Mohd Kamil membuka bungkusan plastik yang di dalamnya terdapat sesuatu yang dibungkus pula dengan suratkhabar.
Dia terlihat, kaki terkeluar dari bungkusan suratkhabar membuatkan Mohd kamil terkejut. Dan dia terus membuka bungkusan itu yang akhirnya terbukti benar - mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan cukup sifatnya.
Bayi ini dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. Kesan darah turut ditemui pada tubuh badan bayi ini. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi, masih belum dapat ditentukan sama ada bayi malang terbabit meninggal sebelum dilahirkan atau sebaliknya.
Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu bahru akan menentukannya
2 ulasan:
Ya allah..
ape nak jadi masyarakat hari nie..
kesian sungguh bayi2 yang di buang ini..
mereka tak berdosa langsung....
Ya allah, kau tempatkan lah anak2 di syurga mu yang indah, berikan lah mereka kehidupan yang terbaik.. terbaik dari alam duniawi ini...
amin!
Kes Pembuangan Bayi ! Apa Jua Pun.Pasti mengundang kemurkaan ramai.
"Mungkinkah Malaysia belum lagi merasai keperitan azab bagi satu nyawa yang hilang kerana penganiyaan, penderaan yang tidak berperikemanusiaan.
Mungkinkah Malaysia belum lagi merasai bagaimana hamparan semenanjung di balikkan langit kebumi dan umbi bertaburan menjadi debu berterbangan diudara. Atau jua ledakan air panas dan berapi dari perut bumi yang sedang menunggu masa.Dan kita tidak sedar atau tidak mengambil kira.
Atau yang pasti Malaysia hanya menunggu simpati dari belas peri-bumi....
Bumi kian merasakan kehampaan bahawa kemulian darjat dan keinsanan dipermainkan di atasnya. Setitis darah yang tidak berdosa jatuh diatasnya menanti kemurkaan dan sumpahan itu adalah nyata bagi hati yang merasai getarnya. Itupun tidak akan mudah menghindari bagi seribu lagi jiwa tidak berdosa yang tidak pernah mengetahui. Terhapus jua tanpa peringatan dan amaran. Kecuali bagi mereka yang diberikan perlindungan.
Dan semalam aku bermimpi, 'neraca pertimbangan' itu telah hampir dan datang dekat. Dilangit barat kulihat, 'Bintang - bintang berlima' hilang 'cahaya'nya.Di langit Utara 'Sang Mentari' pudar sinarnya. Dan dilangit Selatan hanya bumi yang kering dan tandus. Dilangit timur tiga bintang yang kian pudar dan hambar"
Lalu Hukum dan Ketentuan mana lagi yang manusia nafikan? Peraturan Alam Semesta (Makro Kosmos) adalah jua perbandingan Peraturan Manusiawi (Micro Kosmos)
Sedih kerana jiwa bumi yang kian mati. Matahari hati yang seharusnya memberikan sinar telah dihijabkan. 5 perkara telah hilang dan 3 perkara semakin pudar.
Mungkinkah saatnya kebijaksanaan dan hikmah telah diangkat dari hati, jiwa dan akal manusia"
Jaisma Jaafar B Musa
April 13, 2010
Catat Ulasan