Sahabat-sahabat yang sudi membuka blog ini. Esok genap seminggu kes berkaitan RAFIQIN DARWISY, pelajar yang mengutuk dan menghina Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi.
RAFIQIN DARWISY, itulah namanya. Nama yang menggemparkan pengunjung laman sosial terutamanya Facebook kerana pelajar ini menghantar komen biadabnya di laman sosial milik arwah. Rafiqin Darwisy mula menghantar komennya di Facebook arwah pada pagi Ahad lalu, 04 April 2010 iaitu 2 hari selepas pemergian arwah. Apa motif pelajar ini berbuat demikian?
- Mungkin menganggap perkara tersebut tidak serius
- Mungkin sekadar untuk suka-suka
- Ingin cepat dikenali
- Inginkan perhatian
Apapun sebab dan agendanya, pelajar ini kini ternyata dikenali dan pada masa yang sama 'terbeban' dengan permainan ciptaannya sendiri. Dengan pengetahuan yang kurang luas tentang dunia internet, terutamanya apabila dia mengubah-ubah nama (nickname) berbeza tetapi tetap menggunakan email yang sama iaitu rafiqindarwisy@yahoo.com sehinggakan dikesan pelayar internet yang lain.
Kedangkalan pelajar ini turut memberi peluang kepada pengguna internet lain untuk mengesan sehingga umum mengetahui di mana pelajar ini bersekolah. Jelas bukan hanya ibubapa pelajar ini yang terkesan dengan tindakannya, bahkan sekolah tempat pelajar ini belajar turut terkena tempiasnya. Betullah kata orang tua-tua; "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." Pengajaran & Moral yang boleh kita kutip :
Kedangkalan pelajar ini turut memberi peluang kepada pengguna internet lain untuk mengesan sehingga umum mengetahui di mana pelajar ini bersekolah. Jelas bukan hanya ibubapa pelajar ini yang terkesan dengan tindakannya, bahkan sekolah tempat pelajar ini belajar turut terkena tempiasnya. Betullah kata orang tua-tua; "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." Pengajaran & Moral yang boleh kita kutip :
- Berfikir sebelum berkata-kata
- Jangan mengungkapkan kata-kata yang mengguris hati insan lain
- Jangan lancang mulut lebih-lebih lagi apabila menyentuh perkara berkaitan agama, bimbang ia menjejaskan aqidah kita (bahkan boleh membawa kepada murtad, na'uzubillah)
- Kematian bukanlah sesuatu yang boleh dipersendakan
Semoga pelajar ini sedar akan kesilapan yang dilakukannya. Dia kini terbeban dengan 'permainan' ciptaannya sendiri. Kesilapan Rafiqin Darwisy pada tanggal 04.04.2010 :
- Berada di laman sosial yang salah, tersilap langkah mendaftar masuk ke Facebook milik arwah dan mengutuk arwah.
- Arwah meninggal dunia pada 02.04.2010 dan Rafiqin Darwisy menulis di laman Facebook arwah pada pagi 04.04.2010 (2 hari selepas pemergian arwah)
- Purata kemasukan Peminat (Fans) baru ke laman Facebook arwah sejak hari kematiannya adalah lebih 10,000 orang setiap hari. Pastinya kebanjiran peminat arwah memasuki Facebooknya ini seterusnya dapat mengesan kata-kata biadab yang ditulis oleh pelajar ini.
- Peminat-peminat arwah yang masih bersedih pastinya terkejut dengan tindakan Rafiqin Darwisy, dan lantas wujudlah pelbagai laman Facebook yang mengutuk keras perbuatan pelajar ini.
...Wallahu a'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan