VVIP DENAI CINTA

24 September 2010

Reman Lima Suspek Kes Bunuh Sosilawati Dan Tiga Yang Lain Disambung Seminggu Lagi

KUALA LUMPUR, 23 Sept [Bernama] : Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi mulai Khamis. Pendaftar Mahkamah Majistret Ahmad Shakib Ismail membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas kelima-lima lelaki yang berumur antara 20-an hingga 30-an yang berakhir pada Khamis bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.

Perintah dikeluarkan Ahmad Shakib itu dibuat di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat kesemua suspek terbabit ditahan. Ini merupakan kali ketiga tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sementara itu, tempoh tahanan reman tiga lagi termasuk dua peguam adik beradik yang dipercayai suspek utama pembunuhan akan berakhir pada Sabtu ini. Kelmarin, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.

Beberapa arahan baru turut diberikan kepada polis termasuk meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails